Friday, November 22, 2013

Resepi NASI DAGANG KELANTAN



1 kg beras lembut (beras nasi dagang dari Kelantan)
Santan pekat (RM2.50) + air (sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari) 
1 sudu garam halus 
sejemput halba 
1 1/2 in halia ~ dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris

Cara:
1. Bersihkan (basuh) beras hingga bersih & tos sebentar. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker.
2. Masukkan santan pekat + air & garam. Gaul rata semua bahan. 
3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak.
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.

Ini pula resepi gulai ikan khas untuk nasi dagang versi Kelantan...

GULAI IKAN NASI DAGANG (versi Kelantan)

Bahan2
9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalaman 
rebus dengan 2 sudu kecil garam & 6 keping asam gelugur & 1 cawan air)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) 
2 biji cili merah dibelah dua 
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka
1 keping asam keping
garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin) 
1 sudu besar gula merah

Bahan kisar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air

Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.

tara... dah boleh di mkn...

SHARING IS CARING :)


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...