Friday, February 7, 2014

NOVEL TERBITAN PRIMA BULAN februari 2014.




Pabila Dia Tersenyum
Liza Nur
ISBN: 978-967-0535-77-7
~592 hlm
Bahasa Melayu

Sinopsis
Pabila Dia Tersenyum refleksi dunia fiksyen Elina. Kerana gilakan Irman, ibu Elina, Mirah meninggalkan keluarga. Selepas ayah saudaranya, Benson dimasukkan ke lokap, Elina yang hidup diperam benci terpaksa menjejaki Mirah. Zuhayr yang dalam perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital. Apabila sedar dari koma, Elina kehilangan memorinya. Bermulalah hidup kucar-kacir Zuhayr yang cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui nama atas kad pengenalan. Hadirnya Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah haru.

Mampukah Elina tersenyum semula?

*****

Kurang Asam Punya Bos!
Nuroll Shazlinda Hairul
ISBN: 978-967-0535-78-4
~608 hlm
Bahasa Melayu

Sinopsis
ELFIRA adalah anak Tan Sri Lukman Hakim, seorang ahli perniagaan yang disegani. Pulang dari luar negara, dia diarahkan bekerja dengan papanya tetapi dia enggan. Dia lebih suka bekerja dengan orang lain. 

Tanpa pengetahuan papanya, dia telah meminta kerja di tempat Sofea, sebuah syarikat yang diterajui oleh Tan Sri Mikhail dan anaknya Firuz Eidil. Firuz Eidil bersetuju mengambil Elfira bekerja tetapi dalam masa yang sama dia perlu melakukan tiga kerja, iaitu sebagai pemandu peribadi, pembantu rumah dan despatch. Tanpa berfikir panjang, Elfira terus terima. 

Pelbagai insiden lucu berlaku di antara Firuz Eidil dan Elfira hingga membuatkan Elfira makan hati. Tunang Firuz Eidil, Julia cemburu melihat kemesraan mereka. Sejak Elfira bekerja dengan Firuz Eidil, Julia sering diabaikan. Apabila diajak keluar, ada-ada sahaja alasan yang diberi. Julia mula bosan dan berkenalan pula dengan Tengku Naim, kenalan papanya. 

Apakah yang terjadi kepada hubungan Firuz Eidil dan Julia? Dapatkah pertunangan mereka bertahan. Dan apa pula yang terjadi kepada Elfira? Dapatkah dia lakukan kerja-kerja yang diberi?

*****

Aku Bukan Perampas!
Amyliey Haizani
ISBN: 978-967-0535-79-1
~672 hlm
Bahasa Melayu

Sinopsis
Mahligai cinta Nur Jannah runtuh apabila dikhianati suami tersayang. Aiman Ezri yang mengatakan cinta, kembali menyulam kasih bersama Zurina. Rizman Fakhruddin, entah bagaimana hadir membawa bahagia, mengajar Nur Jannah untuk terus bertahan.

Hadirnya Sahara, teman baik Zurina mencipta sengketa. Sahara kembali mengemis kasih Rizman Fakhruddin, lelaki yang pernah dia kecewakan dulu. Namun semuanya menemui jalan buntu setelah cinta bekas kekasihnya kini juga untuk Nur Jannah.
Dasar perampas kekasih orang! Itulah kata-kata Zurina dan Sahara kepada Nur Jannah apabila dua lelaki yang mereka cintai, mencintai gadis yang sama. 

Perlukah cinta Rizman Fakhruddin diterima dengan rela hati sedangkan Nur Jannah sudah menjadi milik orang? Mengapa Aiman Ezri tega untuk terus bersama jika cinta itu sememangnya telah tiada?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters