Thursday, April 10, 2014

Novel terbitan lovenovel bulan April 2014





Si Kolot Suamiku - Fazlyn Ridz

Blurb

“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”

“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?


Sesungguhnya... Dia Lelaki Pelindungku ~ Wan Rohayu

Dia Megat Qaiser Zulkarnain, menjadi kegilaan setiap perempuan. Zara Diandra mengejar lelaki itu seawal remaja lagi namun cintanya tidak pernah berbalas. Zara tidak pernah berputus asa dan terus berusaha memenangi hati lelaki itu biarpun Qaiser terlalu mudah memperkotak-katikkan perasaannya. Bagaimanapun segala-galanya bernoktah setelah Qaiser bertemu dan jatuh cinta dengan gadis lain. Lelah dan mengalah, hati yang galau dibawa pergi.

Lantaran manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan, pengumuman pertunangan antara Qaiser bersama pujaan hati menambahkan luka di jiwa Zara. Lantas Daris Hadif, si kenalan baru menjadi galang ganti dan pengubat kekecewaan. Zara sengaja mempergunakan Daris demi melupakan lelaki yang telah melukai cintanya. Namun mampukah hati terawat sebegitu mudah?

“Demi untuk melepaskan perasaan sakit hati dan terluka saya dengan seseorang, ia tidak adil untuk awak mengingatinya.” ~ Zara Diandra

Daris bukan lelaki biasa. Walaupun hanya lelaki biasa-biasa saja di mata dunia namun kehadirannya membuka dimensi baru dalam hidup Zara. Saat hati mula membuka ruang untuk lelaki lain, Qaiser kembali bagaikan Sang Taufan.
Jadi kepada siapa kaki Zara perlu berlari? Dan siapakah lelaki yang mampu menjadi pelindung dirinya sehingga ke akhir waktu?


Lai lai lai...lagi satu cvr utk Apr 2014...Yang ditunggu2... Aku Sayang Kamu by kak Adzra Sue... 

Blurb...

Aku…. Insan kerdil yang kepingin untuk bercinta dan dicintai. Sebagaimana gadis lain, aku juga menyulam mimpi indah untuk bersanding bersama Putera Idaman hati di pelamin khayalan.

Muncul Putera Idaman tanpa kuduga. Malangnya.. dia bukanlah Prince Charming belahan jiwa. Hadirnya menyakitkan hati… Gurau mesra? Jauh sekali…. Tapi hati ini, tetap menyukai walau ego sang Putera bertali-tali.

“Saya tak pernah jumpa lelaki yang perasan macam Encik Irfan….” ~Idayu Aireen~

“So sekarang…… kau dah jumpa. Baguslah! Aku suka jadi lelaki yang pertama dalam hidup kau” ~Irfan Mukhriz~

Rupa-rupanya aku berada di tempat yang salah, masa yang salah dan jatuh cinta pada orang yang salah!

Ku tak percaya kata… cinta tak harus memiliki…
Tapi mengapa….. hati terasa sakit…

Rapuhnya jiwa….. murahnya air mata…. Abang Is rela pinjamkan bahunya lewat kesedihanku. Andai Abang Is bukan siapa-siapa dalam keluargaku, ingin sekali aku melayari bahtera cinta bersamanya.

Sayang sekali…. ada gadis lain yang bertakhta di hati Abang Is. Dan ketenanganku berkocak. Akan pudarkan kasih sayang Abang Is padaku selama ini?

“You know how much I love you? I have loved you the entire of my life!” ~Ameer Iskandar~

Ekori langkahku….. hayatilah ceritaku merialisasi mimpi demi cinta sejati. Sesungguhnya, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

~IDAYU AIREEN~


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters