Monday, November 9, 2015

Novel terbitan lovenovel mei 2015


TAJUK : ISTERI TUAN IHSAN
PENULIS : SARA KYOKO
NO ISBN : 978-967-0657-74-5
TERBITAN: LOVENOVEL

BLURB
Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!
Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.
Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.
Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...
“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina
“Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan
Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?
“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan
Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?
“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina
Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

TAJUK : AISEYMAN, DRIVER AJE!
PENULIS : ARASHARRINA
NO ISBN : 978-967-0657-73-8
TERBITAN: LOVENOVEL

BLURB:
Ini kisah romantik komedi di antara si driver yang clumsy dan si Tuan Besar yang banyak bunyi…

Si driver itu bernama Pelangi binti Abdullah. Pelangi anak yatim piatu yang sangat kasihan tapi berdikari. Pelangi clumsy tapi comel. Pelangi nakal tapi sweet.

Pelangi bekerja sebagai driver kepada Irham Alfie bin Dato’ Affandy. Irham orang kaya tapi ada dua karakter berbeza. Irham baik dan Irham jahat. Irham baik untuk semua orang dan Irham jahat untuk dirinya.
“Kau sekarang driver kepada Irham Alfie Bin Dato’ Affandy, CEO Khazanah Co., kau jangan nak malukan aku dengan pakai handphone murah macam tu…” - Irham

Bengang dengan Tuan Besar, Pelangi lepak pula dengan kawan baiknya. Nama dia Farish tapi kadang-kadang Farisha. Farish menjengkelkan tapi dialah teman hidup dan matinya.

“Heh! Kenapa panggil I macam tu. Panggil I Farisha okey. Fa… Ri… Sha.. Haa… Cuba sebut balik Fa… Ri… Shaaa.” - Farish

Dalam diam, Pelangi juga ada ‘secret admirer’, nama dia Amer. Amer kacak tapi kurang berani.

“… Bila awak senyum, saya rasa bahagia. Bila awak marah, awak comel sangat…”- Amer

Farish dan Amer? Alah… Pelangi tak kisah sangat. Tapi Irham? Okey, soal lelaki itu Pelangi kisah banyak!

Mereka selalu bergaduh. Pelangi si dugong terlepas, Irham si babun merah. Ngam! Mereka sama-sama sengal dan mereka juga si pembuli. Pantang berdua, pasti akan ada yang kena ketuk kepala! Duk asyik sangat bergaduh, tiba-tiba Irham ajak kahwin.

“Pelangi… Kita kahwin. Saya serius, saya tak merepek. Kita kahwin!” – Irham

Tak cukup dengan ajakan Irham, bondanya pula datang menyapa.
“Kahwin dengan Irham, jadi isterinya…” – Datin Yuhanis

Pelangi pening kepala. Irham naik kepala. Betul ke mereka akan berkahwin? Boleh ke babun merah dan dugong terlepas ni bersatu dalam ikatan perkahwinan?

TAJUK : PEMILIK HATI ENCIK DOKTOR
PENULIS : WAN ROHAYU
NO ISBN : 978-967-0657-75-2

BLURB


Siapalah yang tak nak jadi kekasih encik doktor? Dengan karisma dan paras rupa Dr Irfan, sudah pasti ramai perempuan yang tergila-gila, mengimpikan untuk menjadi teman hidup si doktor. Malangnya, Dr Irfan sukar meninggalkan cinta lamanya, lantas menjadikan Edlin sebagai eskapisme.


Edlin, gadis sempoi dan selamba, sering kali mencuit hati lelaki si doktor. Aura gadis itu menghangatkan dan Dr Irfan sangat selesa apabila bersamanya. Mereka berkawan tetapi Dr Irfan lupa, tiada istilah berkawan baik antara lelaki dan perempuan.


Edlin seperti gadis-gadis lain juga, ada hati dan perasaan untuk dicintai dan mencintai. Angan untuk menjadi pemilik hati encik doktor itu umpama mimpi ke bintang. Edlin tahu sangat hati doktor itu untuk siapa. Puas dilarang hatinya tetap degil juga menyimpan rasa.


“Please stop calling me... doctor! Call abang pun sweet, kan sayang?” – Dr Irfan


“Doktor Irfan, jangan panggil saya dengan panggilan yang awak tak maksudkan apa-apa. Tak bagus untuk hati orang! Sebab hati saya hati orang, manusia... bukan hati unta!” – Edlin


Terima kasih kepada Iqzal Iqbal, seorang yang misteri, kurang ramah orangnya dan perasan macam bagus-bagus. Pertama kali berjumpa, menyakitkan hati. Setelah mengenali, lelaki itu punyai kebaikannya yang tersendiri. Iqzal Iqbal mula mewarnai kehidupan Edlin. Bukan hanya ada Dr Irfan sahaja.


“Cik kak, telefon jatuh ni.” – Iqzal Iqbal


“Hah!” - Edlin


“Wangi bau cik kak. Rasa nak kunyah macam chewing gum!” – Iqzal Iqbal


Segalanya menjadi keliru! Dr Irfan mula pandai cemburu. Hati Edlin yang jadi libang-libu, terpaksa bersabar dengan perangai pasang surut Dr Irfan. Lelah mengharap kasih yang tak kunjung tiba, Edlin nekad mengakhiri segalanya. Cinta seharusnya bukan menyakiti hati. Cinta adalah penyatuan hati. Kalau tiada cinta di hati, apa gunanya lagi menyimpan hati.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters