17 November 12:
Huh! Letihnya, badan pun sakit. Hari ini saya dan
kawan-kawan saya pergi melawat taman
warisan tasek merimbun sambil-sambil tu belajar. Masa sampai sana , mula-mula kami pergi mendengar ceramah yang disedia
oleh pihak sana .
Ceramahnya mengenai binatang,tumbuhan, aktiviti yang pernah dibuat, binatang
yang pernah dilihat dan sebagainya. Masa saya dengar ceramah banyak juga saya
lihat cikgu Mikal angkat tangan suruh kami diam tapi semakin besar juga suara
mereka, tsk tsk tsk! Seterusnya kami pergi
melihat balai pameran yang disediakan. Contohnya ikan, burung dan sebagainya. Hanya
ikan je yang benar, maksudnya semua ikannya yang hidup dan yang lainnya bukan.
Hanya perhiasan je. Masa saya tengah lihat pameran, saya terlihat cikgu Gee.
Masa tu dia tengah lihat jualan bakul-bakul buatan. Apa lagi terus saya tanya
setiap bakul punya tugas. Selepas tu saya dan kawan-kawan disuruh membuat
comment, apa ajelah janji kami tulis comment.Seterusnya cikgu yang mengawasi kami menjadikan kami 2 kumpulan. Kumpulan saya dan
kawan-kawan pergi dulu Jungle trekking Buanani
Trail. Kumpulan yang lain pergi dulu melawat Taman Kulimambang baru tah Jungle
trekking.
Jungle trekking memang pengalaman pertama saya. Tidak pernah seumur hidup saya
pergi ke hutan. Ada
satu kali saya pernah hampir terjatuh, tapi nasib baik saya pengang baju
Rabi’ee. Nama pun dia didepan saya, tak kan
nak pengang pokok kok. Semasa saya masuk ke dam, perasan ku takut sangat. Mana
tah tidak, pertama jalannya lincah pasal baru hujan. Kedua, tempat tu banyak batu licin dan boleh buat kita
tergelincir. Tapi permandangan didalam hutan memang masih dijaga. Selalunya
kalau dinegara lain pasti suka suka saja potong pokok je sampai hujan lebat
pokok tiada untuk support air hujan dari mengalir. Wah, saya ni macam sudah
hebat sangat sampai beri komen begitu, maaf ya :D. Selepas keluar dari hutan tu, badan dan kaki
saya rasa keletihan benar. Macam saya dah lari lima round lari pecut. Lagi pun setelah
keluar dari hutan, saya terpaksa naik bukit lagi untuk malawat Taman
Kulimambang pasalnya jalannya naik keatas.
Huh! Kaki pun sakit. Lepas tu saya dan kawan-kawan
pergi melawat Taman Kulimambang .Lupa
nak beritahu Taman Kulimambang ni ialah dimana banyak rama-rama yang boleh kita
tonton atau lihat. Tapi, masa saya masuk kedalam, sedikit je rama-rama masa tu.
Tapi didalam nya memang banyak sedia bunga-bunga dan ‘notice board’ contohnya pasal
cara-cara rama-rama lahir, perbezaan rama-rama dan sebagainya pasal tidak ingat
terlalu banyak. Cikgu Azean pernah juga bagi kita homework. Homework nya ialah
‘ berapa jenis rama-rama yang ada di Taman Kulimambang?’. Tapi saya lupa nak Tanya guide
yang ada di Taman Kulimambang. Jadi tidal terjawablah soalan yang disediankan. Akhirnya
kami berpeluang untuk berehat. Pihak sekolah ada menyediakan makanan dan
minuman. Terima kasih untuk sediakan makanan dan minuman walaupun hanya nasi
bungkus dan air putih. ^n^
Sebelum kami nak balik, kami sempat berherti dan
melihat tasek. Yang ini juga pengalaman pertama saya iaitu saya berpeluang turun
melihat dan berhampiran dengan tasek. Ada
juga saya lihat kawan-kawan saya berani berhampiran dengan tasek. Ada yang tidal pasal
takut karang buaya datang. Selepas tu kami pun baliklah. Pukul 11.30 baru
sampai di sekolah. Kawan saya Abiel dan Fazirah awal sampai ke
kelas.Mereka berdua tidak satu bas sama
saya dan kawan-kawan pasalnya bas tidal muat jadi terpaksa mereka satu bas sama
kelas lain.
jom sama-sama kita lihat gambar dibawa:
jom sama-sama kita lihat gambar dibawa:
No comments:
Post a Comment