★ JANGAN LAMBATKAN WAKTU MAKAN
Semakin pagi kamu makan, maka semakin pagi jugalah tubuh badan kamu akan memulakan kerja membakar kalori. Namun jangan lupa untuk memilih sarapan yang sihat.
★ MAKAN MAKANAN YANG PEDAS
Makan makanan yang pedas boleh membantu kamu mempertingkatkan metabolisme lebih cepat. Cili secara semula jadinya mengandungi bahan kimia dan senyawa yang disebut Capsaicin, yang boleh meningkatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh.
★ MAKAN LEBIH BANYAK PROTIEN
Pastikan setiap kali kami makan, kamu harus mengambil protein. Ini kerana, protein boleh membantu meningkatkan jumlah kalori yang di bakar setiap hari. Selain itu, protein juga membantu untuk mencegah hilangnya otot saat kamu berdiet.
sharing is caring :)
sumber: REMAJA
No comments:
Post a Comment