Friday, May 31, 2013

Projek hari keluarga 2013




ok tak? sebenarnya saya cadang nak buat poster,dalam fikiran saya sudah ada idea kalau saya pakai poster. letak gambar banyak-banyak je. tapi tapi kawan saya cakap yang tu mesti melukis. taulah saya tak pandai melukis lepas tu saya pilih craft ajelah. tu hasilnya macam yang saya gambar. tema untuk tahun ni :" KELUARGAKU HARAPANKU "

Projek ni ada hadiah yang lumayan untuk 30 hasil yang terbaik. adik saya yang seorang cakap kami pasti tak akan menang sebabnya pihak lawan( ye keh?) semuanya buat yang lebih hebat dan gempak. saya pun tak kisah kalau menang ke atau tak sebabnya saya buat ni sebabnya WAJIB membuatnya... 

kawan -kawan saya cakap semoga hadiah yang lumayang yang dijanjikan ialah duit dan mereka hanya akan bagi orang yang menolong mereka aje. tapi kata mereka sekirannya duit tu hanya $10 ringgit mereka akan simpan je sebab mana cukup untuk dbahagikan kalau ramai yang menolong. 

tapi saya harap hadiah lumayan tu hadiah yang gempaklah sikit, tiket percutian ke..? kalau saya menang dan dapat duit pun dah syukur saya... mana boleh memilihkan dan rezeki jangan ditolak, pernah dengar perkataan macam ni? 








Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Review Novel: Bukan Cinta Monyet ~ Hasliza Ismail



buku ni selesai baca pada 14 bulan 4. pinjam di library sekolah. hari ni baru ada kesempatan nak buat entry. secara overall. jalan ceritanya sadang-sandang aje, menarik bila ditengah-tengah cerita...

nak tahu sinopisnya? 
Kamal Ilham hadir ke dalam hidup Nurul Suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang hanya Kamal Ilham seorang sahaja yang tahu. Hadirnya sebagai anak angkat kepada umi telah membawa sinar bahagia kepada mereka dua beranak.

Lapan tahun Kamal Ilham dan Nurul Suhana terpisah apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air, Nurul Suhana yang baru menginjak ke usia tujuh belas tahun mula terusik dengan ketampanan Kamal Ilham. Hati remajanya mula berbunga cinta. Namun, kawan baiknya (Anita) mengingatkannya bahawa perasaan yang sedang memekar di dalam hatinya itu tak ubah seperti cinta monyet. Nurul Suhana pula yakin cintanya itu bukanlah cinta monyet.

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul Suhana yang menaruh harapan terhadap Kamal Ilham.

Walaupun kedudukan Nurul Suhana agak istimewa di hati Kamal Ilham, dia yakin sayangnya pada Nurul Suhana persis sayang seorang abang kepada adik sahaja. Dia memilih untuk menyedarkan Nurul Suhana dari lena yang indah dengan menyunting Annetalia sebagai tunangnya.

Kecewa dengan pertunangan Kamal Ilham dan Annetalia, Nurul Suhana bertindak menjauhkan diri daripada Kamal Ilham. Tambahan pula dengan kejadian malang yang telah mencacatkan sebahagian tubuhnya. Nurul Suhana tenggelam di lautan kesedihannya yang tidak bertepi.

Mendung tidak selamanya memayungi hidup Nurul Suhana. Alvin hadir menceriakan hari-harinya. Semakin lama hubungan mereka berdua semakin rapat dan mesra. Ini telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Kamal Ilham.

Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Review novel: Qantan Biru Langit ~ Muliati Abdul



buku ni saya pinjam dari pepustakaan sekolah. mula-mula saya teragak-agak nak pinjam buku ni sebabnya maximum buku yang boleh dipinjam ialah 2 buah. sudahlah tangan saya ada 2 buah dah... masa tu kawan saya cakap sinopisnya menarik. itulah saya tidak mahu ada yang pinjam, saya akhirnya bercadang meletakkan sebuah buku yang sudah ada ditangan saya digantikan dengan buku ni...

nak tahu sinopisnya:
Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zafran dan Rafael Vivarte.

Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suat hari nanti dia akan ketemu juga dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja di dalam hidupnya.

Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau Khalid Zafran, pemain tenis terbaik dunia yang 'dingin beku' orangnya atau mungkin juga Rafael Vivarte yang mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan.

menarik tak jalan ceritanya? 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Review novel: Korea I'm In Love ~ Zuliana Abuas



cuba lihat tarikh pada 2 gambar diatas tu. tarikh tu ialah tarikh buku tu selesai saya baca. memang tak rugi baca buku ni. jalan ceritaya menarik dan endingnya cantik. Walau apapun.. yang paling buat saya gembira ialah saya dapat tandatangan penulis buku ni. buat aku gembira sangat-sangat ni...

 saya bagi sinopisnya ye...

Apa akan jadi kalau tiba-tiba musuh ketat mencabar dengan cabaran yang tak masuk dek akal? Sanggupkah menerima cabaran itu semata-mata mahu mempertahankan maruah? Ke Korea dan bergambar dengan kumpulan K-Pop?

“Baiklah! Kalau aku dapat gambar-gambar lebih hebat daripada kau, apa kau nak buat? Kau nak tabik spring dekat aku dan tutup mulut kau tu?”

Disebabkan kata-kata yang sudah terlajak, Hanna, Nita dan Fara terlibat dengan cabaran yang tak masuk dek akal bagi manusia yang bijaksana seperti mereka bertiga. Namun, dek kerana maruah, Hanna berkeras hendak menyahut cabaran walaupun kedua-dua temannya tidak bersetuju pada awalnya. Demi menyahut cabaran itu dan demi melihat musuh ketatnya berputih mata, Hanna sanggup melakukan apa sahaja. Ya, apa sahaja. Tapi, dengan jalan yang betul. Bukan dengan cara kotor.

Namun, perjalanan untuk menyahut cabaran itu tidak mudah seperti yang dirancang. Pelbagai cabaran lain perlu diharungi. Biarpun begitu, dalam melalui setiap dugaan itu, mereka bertiga menemui sesuatu. Sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup mereka. 

Apakah yang mereka temui? Mampukah ‘sesuatu’ itu membawa kemenangan kepada mereka? Atau, cabaran mereka hanya tinggal cabaran?

JOM DAPATKAN BUKU NI SEKARANG...



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Thursday, May 30, 2013

ANIME: One piece



There once lived a pirate named Gol D. Roger. He obtained wealth, fame, and power to earn the title of Pirate King. When he was captured and about to be executed, he revealed that his treasure called One Piece was hidden somewhere at the Grand Line. This made all people set out to search and uncover the One Piece treasure, but no one ever found the location of Gol D. Roger's treasure, and the Grand Line was too dangerous a place to overcome. Twenty-two years after Gol D. Roger's death, a boy named Monkey D. Luffy decided to become a pirate and search for Gol D. Roger's treasure to become the next Pirate King. 

The man who had acquired everything in this world, the Pirate King, is Gol D. Roger. The final words he said at the execution tower were "My treasures? If you want it, I'll let you have it. Look for it; I left all of it at that place." These words sent many to the seas, chasing their dreams, headed toward the Grand Line, in search of One Piece. And a new age began! Seeking to be the greatest pirate in the world, young Monkey D. Luffy also heads toward the Grand Line in search of One Piece. With his diverse crew joining him along the way, consisting of a swordsman, marksman, navigator, cook, doctor, archaeologist, and cyborg-shipwright, this will be one memorable adventure. 

Seeking to be the greatest pirate in the world, young Monkey D. Luffy, endowed with stretching powers from the legendary gum-gum devil's fruit, travels toward the Grand Line in search of One Piece, the greatest treasure in the world. Along with comrades in arms Roronoa Zoro (the swordsman), Usopp (the sharp shooter), Nami (the navigator), Sanji (the cook), Chopper (the doctor), Nico Robin (an Archeologist), Franky (a shipwright), and Brook (the musician/skeleton) comic adventures mix with true heroism in the time of great naval battles. 

***kalau nak lihat setiap profile crew membernya boleh tekan SINI ***

Disini saya bagi gambar straw hat pirates group, enjoy...

monkey D Luffy 

Roronoa Zoro 

Nami 

usopp




Franky 

Brook 

cerita ni best tau. tak rugi kalau menontonnya. sesiapa yang ada melihat ceritanya,bolehlah memberi komen dan jangan lupa follow saya ya...




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Tip dari kawan untuk maths exam...



hari ni, saya tanya dengan kawan-kawan saya macam mana mereka dapat pass maths.. so ini adalah tip-tip untuk kamu semua.. SHARING IS CHARING kan? 

  • pada malam hari sebelum exam bermula pastikan membuka buka untuk membuat revision.
  • keesokkan hari pastikan jangan terlalu membaca sebab akan membuat kamu keliru 
  • pastikan selalu practice membuat last year question classwork dan note ( selalunya cikgu akan keluar question dalam ketiga-tiga ni) 
  • apal formulae dan kamu kena pastikan soalan mana yang guna formula tu

itu saja yang mereka bagi tips untuk maths. kalau kamu ada tips yang lain bolehlah share denagn saya karang saya tulis entrynya... walau apapun terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan saya; Marsya, Khatie dan Fazirah 

nantikanlah entry yang seteusnya mengenai oleh-oleh yang diberikan oleh mama saya yang melawat ke sarawak dan beberapa buku novel yang saya beli... 
COMING SOON! 





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Bm 1 & ugama paper 1... :)




alamak, pasti bulan ni saya kena bomm oleh cikgu bm saya. sebab apa? sebabnya.... dalam arahan minta JANGAN KURANG DARI 250 PATAH PERKATAAN. Tapi aku tulis sampai 361 patah perkataan. sebab itulah kawan-kawan saya cakap, mesti saya kena BOMMMM... oleh cikgu. manakan tidak, sebelum exam cikgu pesan, jangan lebih tulis patah perkataan. Saya ni denagr ke atau tak. Mudah-mudahan cikgu tak marah... tapi alhamdulilah, dapat saya selesaikan...

untuk paper ugama, ada 2 jawapan saya tulis salah. topic pasal zakat. tadi masa exam terfikir saya apa bezanya MUALLAF dengan MUKALLAF ( ada sesiapa yang sudi bagitahu ?) di section B iaitu sejarah, saya harap apa yang saya tulis pasal muawiyah tu semuanya betul  . dapat 20 marks. amin...

yeah.. walau apa pun hari sabtu ni hari askar. jadinya ada masa baca maths 'D' paper 2.  nasib baik jadual mid year exam ni lebih baik dari jadual march test. sebanya kalau march test tak bagi peluang. contohnya hari isnin kamu ada test, balik rumah, revision untuk hari selasa. dan mana tahu subject examnya susah untuk diingatkan dalam separuh masa. 

WISH ME GOOD LUCK FOR BM 2 AND MATHS 'D' paper 2 on Monday , ok? 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Wednesday, May 29, 2013

Mid year exam...^^




hari ni, saya exam English paper 1 and 2. paper 2 payah bagi saya menjawab, nama pun sudah cikgu cakap 70% dari o-level. untuk paper ni saya tak mahu ada high expectation. saya tak mahu macam march test pertama saya, high expection tapi resut fail. doakan result untuk kedua-dua paper ni pass... 

esok saya ada test bm 1 dan IRK 1.

 wish me do the best.  


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Tuesday, May 14, 2013

446 patah perkataan!?




hari ni saya diberikan test sambung karangan. karangannya mengenai aku ni dah menunggu bas dari 4 petang , dah tunggu 15 minit tapi muka bas belum tiba2 juga. TIDAK LAMA KEMUDIAN.. lepas tu saya mesti sambung. jadi saya tulis lah tidak lama kemudia bas yang saya tunggu tu sampai... lepas tu saya dahlah bosan dan mengantuk...  akhirnya saya tertidur. Dalam mimpi dahlah ceritanya " aku berada didalam hutan yang sunyi dan gelap... 

secara ringkasnya:
  1. aku terjumpa sebuah rumah. rumah ni usang 
  2. mengentuk pintu tapi tak ada jawapan
  3. kerana ribut tiba2 datang terpaksa masuk ke rumah tu 
  4. didalam rumah, perabotnya rosak
  5. terjumpa beberapa ketul roti dan minuman- mengambil 2 ketul 
  6. tiba2 datang nenek tua ( macam pemilik rumah tu) 
  7. nenek tua ni marah dan mengikat dan mengtutup mata aky guna kain( bagi aku walaupun nenek tua ni dah tua tapi tenaga masih ada )
  8. tiba-tiba terdengar tapak kaki beberapa orang 
  9. tidak memahami bahasa yang digunakan oleh nenek tua dan beberapa orang
  10. terasa badan aku kena angkut dan diletakkan di bahu seseorang
  11. akhirnya badan aku diletakkan ke lantai dan sesorang membuka ikatan kain di mata aku
  12. melihat sekeliling, dan ternampak beberapa orang sedang membawa pisau disekeliling
  13. ketua datang kedepan, lalu berkata" kalau kau ada emas, aku lepaskan kau."aku terpinga-2 kalau kau tak ada, kami akan bunuh kau . berasa takut
  14. beberapa orang kedepan untuk serang aku
  15. malang tak berbau seorang yang bersedia tu tempak kaki kanan saya
  16. orang jahat nampak peluang , mereka serang aku.. 
  17. aku teriak meminta TOLONG 
  18. Tiba-tiba bahu ku kena tepuk
  19. rupanya aku sedang bermimpi, mimpi yang menakutkan 
  20. masa akan datang, aku akan bersolat untuk dijauhi dari syaitan
sebenarnya karangan ni arahannya suruh tidak kurang dari 250 patah perkataan. tapi tak tahulah macam mana boleh karangan saya boleh jadi 446 patah perkataan. bagi saya sebabnya saya tak ingat langsung pasal mengira patah perkataan dan saya dah terlalu siok sendiri dah.. mana ingat perkara lain terlalu fokus dalam karangan bermimpi ni.. 

sampai cikgu bm saya cakap, kalau nak kena potong markah buat lagi panjang-panjang. saya sendiri pun terkejut selalunya bila karangan yang senang tu saya tak ada idea pun sampai patah perkataan yang arahan minta pun tak mencukupi. tapi bila karangan yang payah macam berimagine ni senang nak dapat idea pula...

OK ke cerita ni ? 

which me good luck for ugama test tomorrow.. 

THE END 
  


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Saturday, May 4, 2013

Happy 1st anniversary...



anniversary apa pula..saya dah sakit ke? ada acara apa bulan may ni...? ada yang tahu tak? oklah saya bagitahu, blog yang tercinta ni akhirnya dah berusia tepat setahun untuk bulan ni. saya selaku pemilik dari blog ini mengucapkan banyak ribuan terima kasih kepada kalian yang selalu datang berkomen dan berkunjung di blog ini.komen kalian sangat membantu saya agar blog ini lebih maju dan berkembang pada masa yang akan datang. 

This is a simple word... happy birthday http://chien-puterirahsia.blogspot.com/~ __ ~ the first anniversary for THIS BLOG , thank you so much because you are make me to survive for one year. tak sangka saya Ternyata saya membuat entry pertama di blog ini tepat 4 bulan 5. 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Trouble Benar Eh...?



hari ni  sepatutnya group saya presentation english project tadi pagi. tapi kerana parent saya buat cikgu mib dan english naik angin.  sebabnya parent saya sepatutnya jumpa cikgu english kami, tapi lain pula parent saya jumpa, jumpa cikgu mib pula... itulah sampai cikgu mib tadi jumpa adik saya. 

tapi nasib baik, cikgu english bagi group saya peluang kedua. tapi asalkan kami buat yang terbaik dan kalahkan 3 group yang lain... sebabnya markah group kami kena potong 3 markah tapi kalau kami dapat kalahkan cikgu akan balikkan markah tu...
GOOD LUCK FOR ME ON WEDNESDAY... 

untuk hari isnin, saya dan kepumpalan saya dan buat presentation pasal masjid utama di Brunei. tapi partner saya seorang tak ada transport nak ambil gambar masjid di brunei...  ehh... itulah trouble yang kami segroup hadapi sekarang. tapi doakan semoga apa yang kami buat lancar. GOOD LUCK FOR ME ON MONDAY. 



NEED TO TO NEXT WEEK: 
Monday- presentation MIB
Wednesday- presentation English

kedua-dua presentation ni saya perlu buat yang terbaik, PERLU dan WAJIB ! 

WISH ME GOOD LUCK^^





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Thursday, May 2, 2013

Result "GAGAL" di march test!



GAGAL??!! sebenarnya menang dah lama nak tulis entry mengenai result march test tapi tak ada peluang. banyak correction. secara overallnya, menang saya gagal di march test walaupun baru ujian pertama tahun ni tapi tak tahulah kenapa saya boleh gagal? mungkin saya tak bersungguh-sungguh belajar dan careless. tapi banyak kawan-kawan saya cakap jangan terlalu memberi tumpuan di buku karang lupa juga akhirnya...

ini resultnya: 


sekarang pun sekolah saya dah buat syarat baru macam o'level. semua pelajar dikehendaki markahnya over 60%. bukan macam dulu kalau dah 50% pass sudah subject tu.. tapi tahun ni berlainan sikit. kalau 50% ( red zone dah) ertinya just pass tak dapat credit . tapi bila 60% keatas( blue zone) kau dapat kredit. itulah dari pandangan saya march test ni saya dapat 2 O kalau do o'level kalau tidak dicampur dengan mib. mib memang tak campur sebab tak ada mib exam masa o'level. 

memang benar kata cikgu samsul( teacher bm) saya ni tidak boleh ada high expectation. maksudnya sebelum test tu jangan fikir kan dulu grednya mahu dapatkan "A" . Harapkan dapat 'c' dulu. bila kita harapkan dapatkan gred 'A' dan kalau kita tidak dapat apa yang kita harapkan sedih juakan. tapi ila kita jangkankan dapat gred c tapi kita dapat grad b and c .. gembira jua kan...


 untuk mid year exam, saya harap saya dapat pass semua subject dan belajar sebelum exam ni . dan saya tak mahu lagi last minit bru tah nak buat revision.. saya tak suka dapat rank ke 19 over 21 orang.  

itulah sebabnya masa parent meeting mak dan bapa saya tak datang sebabnya sebelum march test ni, mak saya cakap nama saya mesti ada di top ten march test result.. tapi saya kecewakan harapakan mak saya..  dapat nombor 19! 





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters