Friday, December 5, 2014

Novel terbitan karya seni bulan January 2015



1. Layakkah Aku
2. Miss you Mr. Arrogant - sambungan novel/drama love you mr Arrogant


Akan Datang!

Novel terbaharu karya Aliesha Kirana 
MISS YOU MR. ARROGANT.
Sambungan kepada novel Love You Mr. Arrogant. 
Akan terbit pada bulan Januari 2015..

Tajuk : Miss You Mr. Arrogant
Penulis : Aliesha Kirana

ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.

MARWAN NAKHAIE... Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.

“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM

“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?” – ZAARA

“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” – IRHAM
Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang mr. arrogant menjadi mr. gentleman. Ya, dia nekad!

“Bunga tadi awak yang hantar?” – ZAARA “Of course.” – IRHAM

“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” – ZAARA

“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrogant lagi.” –IRHAM

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant!


Tajuk : Layakkah Aku
Penulis : Azura Rasiddin

26 tahun Farra Hani hidup dalam kebencian ibu kandungnya. Dia bukan sahaja dibenci oleh ibu kandungnya, malah dia juga dibenci oleh Mikail Amsyar. Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sedar dirinya dibenci, Farra Hani cuba menahan diri daripada terbuai dengan layanan mesra Mikail Amsyar yang tidak tahu identiti sebenarnya.

“We have another date then.” – Mikail Amsyar

“Errr, it is not a date. It is a normal dinner.” – Farra Hani

“Tapi bagi I, it is a date. So, see you tomorrow, sayang.” – Mikail Amsyar

Semakin dia cuba larikan diri, semakin dekat lelaki itu dengannya. Puas berlari, Farra Hani memutuskan untuk menerima lelaki itu selagi identitinya tidak diketahui. Di Cameron Highlands, Mikail Amsyar melamar Farra Hani untuk menjadi suri dalam hatinya dan di Cameron Highlands juga identiti Farra Hani terbongkar.

“Eh, perempuan! Kau sedar tak selama ni aku benci kau? Boleh pula kau tayang wajah tak bersalah kau kepada aku. Kau boleh selamba aje dengar aku cerita pasal perasaan benci aku kepada perempuan yang dah hancurkan hidup adik aku masa kat Cameron. Dasar perempuan tak tahu malu. Tak ada maruah. Aku benci tengok kau. Aku benci tengok lakonan kau. Aku benci tengok kepura-puraan kau!” – Mikail Amsyar

Dalam kebencian, akhirnya Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan jua. Farra Hani tuduh Mikail Amsyar memerangkapnya. Mikail Amsyar pula menuduh Farra Hani. Mereka saling tuduh-menuduh. Kalau bukan mereka, siapa pula yang memerangkap mereka?

Setelah memastikan sesuatu, Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Farra Hani reda dengan pernikahannya. Meskipun dia rasa bersalah kerana mengheret Mikail Amsyar dalam masalahnya, dia bersyukur kerana dia diperangkap dengan Mikail Amsyar. Bukan lelaki lain. Dia ikhlas menjadi isteri Mikail Amsyar.

Namun, ikhlaskah Mikail Amsyar untuk menerima Farra Hani sebagai isterinya? Bisakah dia memaafkan Farra Hani setelah apa yang gadis itu lakukan kepada keluarganya? Layakkah Farra Hani untuk memiliki cintanya?

Masih Adakah Bahagia Untukku?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters