RULE NOMBOR 1
Penulis : AZWIN ZULKAPLI
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-41-5
Rule Number One, boss is always right. Rule Number Two, if the boss is wrong.... see Rule Number One. – Hezree Bekerja dengan lelaki seperti Hezree tak adalah susah sangat. Cuma hati nak kena tahan, nak kena ada karung besar untuk simpan rasa sakit yang kadang-kadang beratnya berpuluh kilo. “Awak tak ketuk pintu? Main terjah macam penyamun.” Hezree menyergah. Aduh ayat menanah telinga. “Saya dah ketuk, encik tak dengar ke?” “Ada saya suruh masuk?” “Encik kata lepas siap sebut harga terus hantar pada encik.” “Awak ni banyak cakap. Ingat Rule Number One.” Bosan betul. Sentiasa mencari salahku. Tapi, bila bicara Hezree berubah rentak jadi manis bergula, hati Amanina pula bagai diserang penyakit gelabah. Semuanya jadi serba tak kena. “Siapa suruh awak ambil hati saya?”- Hezree “Saya tak pernah ambil hati sesiapa. Lain kali jangan bersusah-payah untuk saya. Saya tak akan berikan hati saya pada Encik.” – Amanina. “Siapa yang minta hati awak? Saya cuma nak berikan hati saya pada awak.”- Hezree. Dia mahu lari dari Hezree kerana jalan yang mereka lalui tidak sama. Hezree sudah bertunang dan dia juga akan jadi milik orang. Tapi, masa yang sama dia sangat perlukan kerja tersebut. Dan masa yang sama juga, hati Hezree bagai magnet menarik hatinya. “Kalau saya tanya, jawab!” “Nak suruh jawab apa? Kalau tak sakit tak adalah pergi klinik. Saya patut minta doktor bagi ubat tahan sakit untuk hati sekali.” “Kenapa pula awak yang sakit hati? Saya ni yang patutnya sakit hati. Seronok sangat berpeluk dengan lelaki tu.” Apa yang akan berlaku bila mereka tahu sebuah kebenaran? Akan adakah sebuah magis untuk menukar rasa sakit di hati masing-masing menjadi bahagia yang diimpikan?
TANGISAN KEMARAU CINTA
Penulis : NUR BALQIS
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-41-5
TAHUN : 2015
Mahligai mereka dipacak bersaksikan cinta. Mereka bahagia sehinggalah mahligai yang dibina tiba-tiba direntap rakus. “Makin aku benci tengok muka kau, makin kerap kau muncul depan aku!.” – Puan Shuhada Baru dia tahu tahap mana kebencian seorang ibu mertua. Walau dia pernah menjadi penyelamat keadaan, Sarina yang dulunya pernah menconteng arang di muka keluarga mereka juga yang disanjung, dipuji. Kerana syurga sang suami ada pada ibunya, Aliyah cuba reda. Tapi, dugaan lain yang datang bertimpa-timpa buat dia hampir rebah. Rupanya, Komplot merobohkan istana cinta mereka dilakar hebat. “Siapa pula kali ni? Tak cukup adik ipar sendiri, rembat jantan lain pulak?” – Sarina. Saat jiwa wanitanya dihunus oleh belati tak bermata, sang suami pula bagai hilang kata percaya. Cinta yang diungkap bagaikan semakin berkemarau di dinding hati! “Tak boleh ke mengalah sikit dengan ibu tu? Pasal anak-anak pun nak bertekak ke?- Ihsan Sehingga satu detik, relung hati wanita bernama Aliyah seakan sudah tandus dengan perasaan yang bernama cinta dari seorang suami. “Buat apa Aliyah nak balik kalau hati Aliyah kena tusuk tanpa rasa bersalah?” – Aliyah Sampai bila jiwanya akan disalai sedang sebagai isteri, dia sangat perlukan kasih seorang suami. Apakah Ihsan akan sedar, semua yang terlakar di depan mata itu hanyalah satu fitnah untuk merobohkan istana cinta mereka?
No comments:
Post a Comment