Wednesday, January 20, 2016

Novel terbitan karyaseni bulan januari 2016

credit to Dinah novel 


# Cik Calla Lily & Encik Bos 

Sinopsis:
Seperti awak mencuri calla lily, seperti itulah awak curi hati saya. 

AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni. 

Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali.

“Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?” 

“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!” 

“Enjoy kepala hotak korang. Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?” 

“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?” 

“Fast and Furious!” 

Cantik! Memang dapat pun tukar nama kumpulan. Tapi hampeh juga, sebab semuanya ahli lembik belaka.

Sebab itu ke ada orang hantar aku bunga calla lily? Aku pun perasan juga, masa team building tu ada sorang mamat ni macam minat aje kat aku, tapi masalahnya peserta team building kali ni kebanyakannya pegang status suami orang. Tak pun duda orang. Tak mau aku kalau duda. Nanti satu kampung gelak sebab aku dapat duda. 

Tapi memang serius, selang sehari selepas tu aku terima calla lily. Siapakah gerangan dia?


# Selamat Tinggal Sayang... 

Sinopsis:
Dalam soal hati… benarkah perempuan tidak pernah dewasa?

Aku ingin menjadi ‘puteri’… kalau tidak puteri kayangan pun… cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu puteri kecapi. Lalu kerana ‘Puteri’, dia senang menjadi ‘Dee’, bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun ‘Dee’ tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab… melepaskannya jua satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi perlarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi… dan sampai bila puteri harus digantung tidak bertali…


# Angin Cinta 

Sinopsis:
Angin yang menderu, membawa cintaku kepadamu.

Khairi Kamarudin Osman atau mesra dipanggil KK punya segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini. Pangkat, harta, wang ringgit juga segala kemewahan dunia tetapi hanya satu kekurangan bagi dirinya iaitu cinta. 

Dan orang cakap, kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di angkasa sanggup dipetik buat permaidani. Fuhhh! Kalau bercakap memang semua nak indah, tapi realitinya? KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan dirinya. Tetapi demi seorang Irika, KK sanggup melakukan apa saja yang terdaya.

Kehadiran IRIKA seolah memberi satu nafas baru dalam hidup KK yang sepi tanpa sebuah cinta selama ini. Saat cinta itu dia perolehi dan hampir saja ke jinjang pelamin, ada satu permintaan yang Irika pinta, membuatkan KK rasa serba salah. Irika pula tidak pernah mengimpikan apa-apa sepanjang hidupnya, kecuali satu perkara. Bersatu dengan abahnya semula setelah mereka lama terpisah. 

Dan sebaik saja menerima lamaran KK, perkara pertama yang Irika mahu ialah melangsungkan majlis mereka di rumah abahnya. Namun perkara itu tidak semudah dan seindah yang dia sangka.

“Awak, rumah abah awak tu dekat pulau! Saya ulang sekali lagi, pulau! Awak dengar tak? 

Pulau okey! Apa nama dia tadi? Oh… Pulau Tuba, kan? Nama pulau tu pun dah buat saya rasa macam kena racun tuba.” – KK

Namun, setelah menempuh pelbagai halangan untuk mencuri hati gadis itu, KK masih ada halangan besar yang dia perlu atasi! Kenapa dalam banyak-banyak halangan, halangan ini yang paling sukar?

“Hei, budak tak ada adab! Hang mai sini aku tak pernah pelawa tau! Jangan kurang ajaq sangat. Sekarang ni aku nak hangpa dua-dua berambuss!!!” – Pak Mustafa

Kehadiran mereka ke pulau itu langsung tidak digemari Pak Mustafa. Lelaki itu seolah-olah sudah membuang Irika jauh dari hidupnya setelah dia berpisah dengan mama Irika. 

Kemunculan KK pula menambahkan kebencian abahnya dan langsung tidak mahu merestui hubungan mereka apatah lagi hendak menjadi wali Irika dan mengizinkan majlis mereka diadakan di situ.

Irika kini tersepit antara abahnya yang sudah lama dia tidak ketemu dan juga KK, cinta hatinya yang baru dia jumpa. Siapakah yang harus Irika korbankan? 

Ketika keputusan telah Irika bulatkan, KK membawa diri entah ke mana membuatkan hati Irika dipagut penyesalan. Andai benar tiada jodoh antara mereka, kenapakah angin yang menderu itu membawa cinta bersamanya?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters