Wednesday, November 13, 2013

Novel terbitan Alaf 21 December 2013






Sedutan sinopsis Bukan Dia Tapi Aku:

Pernikahan Zariq Fahri dan Lisa Erina terjadi tanpa dirancang. Disebabkan satu kemalangan kereta, Zariq menikahi Lisa tanpa kerelaan hati gadis itu. Hakikatnya Zariq lupa bahawa Lisa merupakan kekasih Iqbal, sahabatnya. Namun disebabkan cintanya pada gadis itu sudah tidak dapat ditahan, inilah peluang yang perlu diambil. Dia mahu bertanggungjawab atas kemalangan itu.

Lisa pula terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami kerana desakan ibu bapanya. Dia cuba menyambut huluran kasih Zariq namun dia tidak mampu. Jiwanya sering dibelenggu rasa bersalah kerana Nadira, kawan baiknya sendiri menyukai lelaki itu. Dia takut dituduh perampas! 

Hatinya pula tidak tenang bila wajah Iqbal yang jauh di perantauan sering bermain di matanya. Bayangan Nadira pula muncul dalam igauan ngerinya. Sampai bila dia harus menyembunyikan status mereka daripada Nadira dan Iqbal?

Apabila keikhlasan hati dan jodoh tidak bertemu di garisan takdir, wajarkah taat dan setia dijadikan pilihan? Lisa dalam dilema


Sedutan sinopsis Benci Itu Rindu:

Mariah gadis kampung yang tabah dan cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Dia ditakdirkan lahir dalam keluarga yang serba kekurangan. Demi kasihnya terhadap keluarga, Mariah sanggup berkorban waima terpaksa melupakan cita-citanya. Sesungguhnya, takdir itu tidak pernah teramal. Nasib hidup Mariah berubah tanpa terduga apabila ditakdirkan bertemu jodoh dengan Azizan.

Sangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tatkala mengetahui Azizan berkahwin dengannya atas dasar ingin membalas dendam, hancur lebur sekeping hati Mariah. Parah luka hatinya bila harga diri jadi sendaan. Mahligai indah impiannya bergoncang, retak seribu ditiup ribut kekecewaan.

Dendam Azizan akhirnya bertukar cinta. Dilupakan kisah masa lalu setelah menyedari hatinya sudah terpaut. Mariah cinta pertamanya. Sungguh hati lelakinya diburu kekesalan berpanjangan. Sukarnya meleburkan sekeping hati Mariah yang sudah membeku. Mampukah dia merawat kelukaan Mariah? Dapatkah Azizan mencantumkan semula keretakan mahligai cinta mereka?


apa itu CINTA MOU? mari baca untuk mengetahuinya. 

Sinopsis
"Bila aku kahwin nanti, aku nak pakai gaun kembang yang meleret sampai ke lantai. Aku nak pegang bunga tangan yang sangat cantik. Kemudian, aku lambung bunga tu ke udara. Siapa yang dapat sambut, orang tu akan bertemu jodoh." Itulah angan-angan gadis bernama Chitra. Ketika itu, wajah Reza Irfan terbayang di ruang matanya.

Ketika angan-angan hampir menjadi kenyataan, Chitra dipaksa berkahwin dengan orang lain. Jika lelaki itu masih muda, tidak mengapa. Tuan Firdaus itu sudah hendak habis tarikh luputnya. 

Hatinya ingin menolak, tapi mulut berkata jangan. Disebabkan hutang lama ayahnya, Chitra rela dalam terpaksa. Ayah menarik nafas lega sebab hutangnya dikira selesai. Emak tirinya paling gembira sebab tanggungjawabnya terlepas. Tapi, mengapa dia tak boleh tersenyum? Saban hari dia menangis menyesali takdir yang menimpa diri.

Ah, kalau lelaki itu boleh bermain politik, dia juga tidak mahu menjadi isteri yang dicucuk hidung! Dalam diam, Chitra merangka satu MOU. MOU yang diharap boleh merubah masa depannya. 


Sedutan sinopsis Gadisku Rabbita

ILA NADIRAH, gadis remaja yang masih tercari-cari makna kehidupan. Perkenalan dengan dua lelaki membuatkan jiwa mudanya bergoyang. Pandang kanan Hakimi, pandang kiri Andrew. Tetapi orang kata jalan lurus itu lebih baik daripada belok kanan atau kiri. 

Ila garu kepala... Dia terjebak dalam cinta tiga segi ke? Wah, hebat! Baru kali pertama bercinta, hatinya disapa dua orang lelaki sekali gus. Yang mana satu harus dipilih? 

“Dia comel. Suka melompat sana sini macam arnab. Eeii... geram!” 
Hakimi tidak peduli! Dia tetap mahukan Ila. Apa nak jadi, jadilah! Bersama Ila, cinta bukan lagi bagaikan biskut, tapi oksigen. Tapi bagaimana mahu membuat Ila menerimanya? Gadis arnab tu degil!

“Saya tak main-main. Saya sayang awak, tapi tak boleh nak bagi lebih.” 
Andrew tidak berani berhadapan risiko meskipun tahu hati Ila dalam genggamannya. Dia tidak mahu kehilangan Ila, tapi masalah yang satu itu menyukarkan hubungan mereka.

Sudahnya, Ila terjebak dalam mainan perasaan yang maha aneh bernama cinta!



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters