Friday, March 27, 2015

Novel terbitan alaf21 bulan mei 2015




Tajuk: GILA TAK RINDU
Penulis: Murni Aqila
Terbitan: Alaf 21

sinopsis:
Alangkah terkejutnya Nomi apabila Mr. Krab yang pertama kali dia nak jumpa tu, lelaki yang bergaduh dengannya di lampu isyarat! Apa lagi, bertekaklah budak dua orang tu.

Adib mula menyesal menyamar jadi Mr. Krab. Mr. Krab yang sebenarnya ialah Risham. Risham suruh Adib ganti jadi dirinya sebab dia dah bercinta dengan Kisya. Adib terima tawaran Risham itu bersebab walau dia sukakan Hazza dalam diam.

Adib ingatkan... cerita sini, habis sini. Sekali Nomi langgar motornya! Berdebus jatuh berendam dalam parit. Mengamuklah dia. Dia nak Nomi jadi kulinya. Selagi motornya ada di worksyop, Nomi kena hantar dia pergi dan balik kerja.

Nomi bengang. Perangai Adib sungguh menjengkelkan. Asal jumpa mereka bertekak. Asal bertekak mereka jumpa. Sampaikan apabila tak bertekak, rasa sunyi pulak.

Eh, eh, ehh... lain macam je dia orang ni. Macam ada apa-apa je.

Kalau Nomi tahu siapa Mr. Krab yang sebenar macam mana? Alamak... huru-haralah dunia ni.

Tajuk: ULAM KASIH SAMBAL CINTA 
Penulis: Norzailina Nordin
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

Caption: Tanpa ulam, sambal tak enak. Tanpa cinta, kasih tak bahagia.

Tajuk: CINTA… AKU DOAKAN
Penulis: Durrah Fatiha
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: Bertemu semula dengan Syafiq setelah bertahun-tahun terpisah membuatkan hati Ameerah gembira dan leka. Hidup bagai ditaburi bintang berkelipan. Apatah lagi dengan layanan Syafiq terhadapnya yang mesra dan begitu menyayangi. Namun, hati Ameerah terdetik bila sesekali bayangan sejarah hitam antara kedua-dua keluarga menerjah di sudut memori.

Harraz muncul ke dalam hidup dua sejoli itu. Dia menjadi tempat mereka meluahkan masalah.

Ameerah tiada perasaan lain terhadap lelaki itu kecuali menghargai dan sikap ambil berat yang dicurahkannya. Namun dia terkedu apabila menerima pengakuan cinta daripada Harraz yang tidak pernah diduga sama sekali.

Kini, Amerah keliru dengan perhatian daripada kedua-dua jejaka itu. Antara Syafiq dan Harraz... dia tidak pasti siapa yang lebih layak untuk bertakhta di hatinya.


Tajuk: AKU TAK SUKA KAU!
Penulis: Emy Raziela
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: 
Dijadikan ‘cina buta’ untuk kepentingan manusia lain? Jahil dan kejamnya manusia itu. Sanggup Nina Natasha mempertaruhkan Iskandar demi mencapai kebahagiaannya sendiri. Kenapa sanggup dia menjatuhkan maruahnya hanya kerana cinta kepada bekas suami? Kerana keangkuhan dirinya, dia dihimpit derita yang tidak berkesudahan.

“Kalau kau nak tahu, aku masih mencintai Izz Zhafran dan aku tak boleh hidup tanpa dia! Aku menyesal kahwin dengan kau, Iskandar! Menyesal! – Nina Natasha

Semuanya bagaikan mimpi ngeri yang membuatkan Iskandar terlontar jauh. Mengapa semua ini terjadi, sedangkan dia terlalu sabar dan begitu setia pada isterinya?

“Setiap kali lepas solat, abang akan berdoa minta ALLAH lembutkan hati sayang dan terima abang sebagai suami sayang. Abang akan tunggu sampai hati sayang terbuka untuk abang.” – Iskandar

Iskandar terus berkorban demi untuk isteri tersayang. Apakah mampu dia memiliki sepenuh hati Nina? Atau berundur dari hidup Nina? Tanpa cinta, tiadalah bahagia. Tanpa kasih sayang, tiadalah kemesraan. 


Tajuk: ANTOLOGI CINTA - SAYANG 
Penulis: Aisya Sofea, Aleya Aneesa, Rozita Abd Wahab, Anis Ayuni.
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: 
Novel antologi bertemakan cinta ini telah ditulis oleh 4 orang penulis hebat terdiri daripada

Aisya Sofea = Dari Kerana Mata
Anis Ayuni = Tunang Sesaat
Aleya Aneesa = Tetaplah di Sisiku
Rozita Abd. Wahab = Andai Dia Untukku




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters