Saturday, November 2, 2013

Novel Terbitan BUKU PRIMA Disember 2013




HANYA UNTUK DIA(Nurul Izah)

Sinopsis
Amira, wanita yang cekal menghadapi dugaan hidup. Selepas dirinya dinoda, dia membawa diri mengubah kehidupan walaupun terpaksa melupakan cinta pertamanya. Pertemuan semula kekasih hati, KhairulAzmi mengingatkan semula kisah lama. Sikap Khairul Azmi yang bersahaja, menjadikan dia yakin lelaki itu tidak lagi mencintainya. Apatah lagi Khairul Azmi memilih Suraya menjadi suri hatinya. 

Amira sedar dia tidak layak untuk lelaki sesuci Khairul Azmi. Dalam kekecewaan dia akhirnya menerima lamaran Zahid yang sanggup menerima seadanya yang tahu sejarah hidupnya. Dia harap Zahid akan membahagiakannya. 

Ketika dia mula menerima Zahid, Khairul Azmi muncul dengan persoalan. Mengharap cintanya kembali. Namun Amira sudah berjanji, berjanji untuk Zahid. Namun panas tak sampai ke petang. Zahid menduakan Amira sebelum pergi menemui Ilahi. Sekali lagi Amira kecewa. Sekali lagi Khairul Azmi hadir menagih cintanya selepas banyak dugaan yang datang. Amira keliru... masih adakah bahagia untuknya?

"Az... Mira bukan wanita yang dulu. Mira tak layak untuk Az... Mira tak layak untuk menjadi isteri Az" ~ Amira

"Mira akan jadi milik Zahid. Itu sudah memadai. Zahid tak harapkan apa-apa. Zahid Cuma mahu Mira bahagia walau di mana Mira berada." ~ Zahid

"Mira... Jangan tinggalkan Az" ~ Khairul Azmi


BILA HATI DAH SUKA (Cahaya Izzati)

Sinopsis:

Auni Liyana seorang gadis yang ceria dan agak nakal. Namun, ada satu rahsia yang sengaja dipendam. Dia tidak pasti apakah esok masih ada untuknya. Dia nekad untuk membahagiakan orang-orang di sekelilingnya. Cinta bukan lagi pilihan dalam hatinya!
Rifdi Riyadh seorang lelaki yang tampil berkarisma dan agak ego. Kehadiran semula lelaki yang pernah disayangi Auni Liyana sejak sekolah itu sedikit menggoyahkan pendirian hatinya. Namun, ternyata lelaki itu masih menyimpan perasaan yang sama terhadapnya. Tetapi ternyata, perasaan mereka berdua jauh berbeza.

Hadir pula Doktor Hazim sebagai doktor pelatih. Doktor muda itu menunjukkan sikap prihatin yang menyenangkan hati. Auni Liyana gembira berkawan dengan doktor itu. Semakin hari, dia semakin lemah. Mujurlah doktor muda itu tidak pernah jemu memberinya kata-kata semangat.

Bagaimanakah kesudahan hidup Auni Liyana? Apakah keajaiban hanya wujud dalam cerita dongeng? Adakah Rifdi Riyadh akan terus membencinya? Apakah Auni Liyana tidak akan menyedari perasaan sayang yang tersembunyi dalam setiap pandangan Doktor Hazim?

“Terus terang Nana katakan, Nana tak mungkin akan pernah membenci Rifdi. Sayang Nana sentiasa ada. Tapi... Nana tak boleh! Nana tak layak untuk Rifdi.”- Auni Liyana.

“Kalau aku dan kau... enjoy, happy, bahagia... atau apa aje perkatan yang positif, tak mungkin akan wujud.” - Rifdi Riyadh.

“Tapi tolong berjanji dengan saya sesuatu. Jangan pernah berhenti berharap...”- Doktor Hazim.



KATAKAN KAU CINTA 

Sinopsis
Norisha Barbara Jane, gadis berdarah kacukan yang lahir hasil hubungan luar nikah ibu dan bapanya meletakkan dirinya gadis yang cukup malang. Dibuang keluarga sendiri, dipulau orang kampung malah menjadi mangsa kebencian kakak tirinya sendiri. Nur Izham Syah, lelaki bekerja dan egois. Cinta baginya adalah permainan.

Kemalangan yang tidak disengajakan telah menerbitkan rasa dendam Izham kepada Norisha. Gadis itu perlu mendapat balasan di atas apa yang terjadi. Kehilangan Kartini (kakak tiri Norisha) pada hari pernikahan mereka umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Untuk merealisasikan rancangan jahat itu, Norisha perlu menjadi pengantinnya. Kerana budi yang ditabur demi menjaga maruah, Norisha sanggup menjadi pengantin kepada lelaki yang tidak dikenali.

Mampukah perkahwinan berasaskan dendam melahirkan bibit cinta antara mereka? Dan apa yang bakal terjadi apabila Farid, lelaki yang tidak jemu menagih cinta Norisha hadir? Lebih parah lagi apabila Kartini merebut kembali pengantin lelaki. Berjayakah rancangan jahatnya untuk membunuh Norisha?


"Kalau tak kerana kau pernah menjatuhkan air muka aku tempoh hari, aku takkan kahwin dengan kau. Kalau tak kerana Kartini tinggalkan perkahwinan itu, perkahwinan ini tak mungkin berlaku dan kalau tak kerana aku berdendam dengan kau, tak ingin aku berkahwin dengan kau, kau tahu tak? Bagi aku, perkahwinan ini tak penting. Apa yang penting, dendam aku terbalas." 
– Norizham Syah


"Norisha, walaupun hanya berbaju kurung, namun dia tetap seksi, sopan dan cantik. Tak macam kau, pakaian macam bungkus nangka. Dan aku rasa kalau kau telanjang sekalipun, belum tentu Izham akan tersangkut. Memang patut pun Izham tinggalkan kau." – Farid Iskandar

Seronok tak? 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters