Wednesday, November 13, 2013

NOVEL TERBITAN KN DISEMBER 2013





NAMAMU TERPAHAT DI HATI

Sinopsis:-
Dek kerana patah hati, Nur Anisa pergi membawa diri. Kenangan Azril Hakimi cuba dihapus dari kotak memori. Hadirnya Farel Fahry disambut sekadar teman pengganti dan penghibur hati.

Namun, tidak bagi Fahry. Hatinya yang sudah tertawan serta situasi terhimpit tanpa pilihan angkara Farel Fahrezi dan Melly Careena membawa Fahry kepada satu keputusan nekad. Di antara rasa tertipu atau perlu berterima kasih? Anisa masih keliru.

Nur Anisa: You masih nak teruskan dengan perkahwinan ni? I tak kisah kalau you nak lepaskan I.....

Farel Fahry: I dah lafazkan akad, jadi I bertanggungjawab ke atas you!

Fahry tekad, cinta hati itu perlu diraih tatkala Anisa mula pasrah kerana dia perlu menerima takdir. Mampukah Ary menggapainya dan sediakah Anisa memupuk rasa tanpa kerelaan hati?

“Hari ni mungkin kau kata kawan, esok aku akan
pastikan kau jatuh sayang.”



CINTAKU 100%

Sinopsis:-
Bermula dengan mimpi, hidup Cassandra (seorang gadis free thinker) mula berubah 180%. Dia mula bosan dengan hidupnya yang penuh dengan keseronokan sebelum
ini.

Sejak dia mengalami mimpi yang sama saban malam, Cassandra mula resah dan tertanya-tanya. Jiwanya bagai kosong. Tetapi dia tidak tahu hendak bertanya kepada siapa. Cassandra menyimpan sendiri segala persoalan yang menganggu jiwa dan mindanya itu sehinggalah dia bertemu dengan sepasang suami isteri iaitu Hanafi dan Soleha.

Segala keresahannya terjawab satu per satu dan diamula meminati agama Islam. Cassandra membulat tekad untuk berhijrah menjadi Muslimah. Penghijrahannya itu
dirahsiakan dari keluarga dan sahabat baiknya. Dalam pada berguru dengan Hanafi dan Soleha, tanpa sedar Cassandra menaruh hati pada Hanafi kerana perwatakan lelaki itu.

Demi permintaan terakhir Soleha, Cassandra menerima lamaran wanita itu untuk menjadi madunya. Bagi Cassandra inilah peluang terbaik untuk dia mendalami agama
suci ini tanpa ada halangan dan fitnah. Namun, ternyata usaha Cassandra itu mendapat tentangan hebat. Perkahwinan rahsianya juga terbongkar. Dia diculik dan dipaksa murtad! Apakah Cassandra akan goyah imannya? Dan siapakah yang telah menculiknya?

“Kalau disuruh sukat cinta dia, mestilah jawapannya
banyak! Cintanya bukan cinta biasa tau. Cintanya 100%
hanya untuk Dia.”



ALAMAK! ARZIRIL KE ARIEL

Sinopsis:-
Dania dan Ariel merupakan sahabat baik yang membesar dan menjalani hidup susah senang bersama. Sepanjang persahabatan mereka, Ariel telah menyimpan perasaan kepada Dania namun, tidak pernah sekali pun dia mengungkap kata sayang kepada gadis itu.

Disebabkan satu kemalangan, hubungan Dania dan Ariel semakin renggang. Dania membenci dan memulaukan Ariel bertahun lamanya. Walau bagaimanapun, kehadiran Arziril dalam hidup mereka kembali menyatukan persahabatan mereka. Dalam masa yang sama, perasaan sayang kembali berputik di hati Dania untuk Ariel. Cuma dia keliru dengan perasaan itu.

Siapakah Arziril Ryan yang sebenarnya? Apakah kaitan antara Ariel dengan Arziril? Adakah orang yang sama ataupun berbeza? Mampukah Ariel memikat hati Dania? Atau Dania masih mengejar bayang-bayang Arziril yang tiada kesudahannya?

“Awak Arziril ke Ariel?”
“Errr… Ariel.”
“What?!”
“Eh, tak! Saya Arziril. Kenapa? Tak percaya?”

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters