Saturday, April 5, 2014

Novel terbitan alaf 21 april 2014


AWAK JANGAN NAKAL - MuRni AqiLa
PANDORA BUAT INSYIRAH - Anis Ayuni.
KUKEJAR KAU LARI - Raihan Zaffya
CINTA JANGAN TIPU - Emma Maizura.


Pandora Buat Insyirah
Anis Ayuni
ISBN: 978-983-124-950-5
Halaman: ~624

Sinopsis

SEGALAnya sudah tertulis di atas lantai takdir. Tujuh tahun Irman Mirza dan Insyirah Hayati terpisah dek tujuh lautan dalam yang tidak bertepi. Selama waktu itu hati masing-masing menggelisah dan dendam rindu yang tidak terperi. Irman hidup dalam teka-teki. Insyirah masih bersekolah lagi. Masakan dia memaksa gadis itu menerima cintanya? Akhirnya, masa berlalu begitu sahaja sehingga mereka dipertemukan dalam masing-masing menginjak dewasa. Ketika itu, Insyirah pula seolah-olah bermain tarik tali. Antara mahu terima dan tidak. Akhirnya, keputusan telah dibuat. Irman adalah jodoh buatnya.


Cinta Jangan Tipu
Emma Maizura
ISBN: 978-983-124-945-1
Halaman: ~640

Sinopsis

Demi sahabat baiknya, Nurain rela berkorban apa saja. Saat remaja lain asyik melayan cinta, dia pula ke sana ke mari mengendong Abil. Dia tepaksa butakan mata, pekakkan telinga. Katalah apa saja, demi amanah Nabila… dia rela hidup terpinggir. Bagi Nurain, Abil adalah anugerah terindah. Selagi Abil ada di sisi, selagi itu dia akan teus mengorak langkah. Status janda atau anak dara, dia sudah tidak kisah. Yang penting, Abil membesar menjadi anak yang sempurna. 

Kadangkala dia rasa sendiri dan sunyi. Tika itu, Khairul akan datang menerangi kegelapan. Sekali gus meletakkan dirinya di dua persimpangan. Antara amanah dan keikhlasan. Dalam tercari-cari mana letaknya kejujuan Khairul, Imran hadir menagih jawapan. Jika benar Abil itu warisnya, dia nekad ingin menikahi Nurain sebagai membalas jasa. Nurain terperangkap. Jika dia memilih Khairul, Abil akan terlepas daripada pegangannya. Oh, dia memang tidak sanggup! Tetapi jika dia memilih Imran, bagaimana dengan kisah silam lelaki itu yang penuh dosa?



Awak Jangan Nakal
Murni Aqila
ISBN: 978-983-124-944-4
Halaman: ~622

Sinopsis

Pernah dengar pasal Geng Mat Ngek? Ya, memang Ayu jatuh cinta dengan Shahrul. Tapi Shahrul tak senakal Geng Mat Ngek yang suka mengusik, menyakat, membahan dan mengenakan kaum perempuan. Lebih-lebih lagi ketua Geng Mat Ngek, Jeffry. Nakalnya… Bencinya dia melihat Jeffry. 

Namun, apa yang kita harapkan adakala lain yang jadi. Disebabkan berada pada masa, tempat dan keadaan yang salah, Ayu terpaksa menerima Jeffry sebagai suaminya. Perkara yang tak pernah dibayangkan terjadi dalam hidupnya, membuatkan dia sengsara. Hubungannya dengan ibu menjadi dingin. Terpaksa pula berhadapan dengan keluarga Jeffry yang kacau-bilau. Argh... tertekan!

Macam manalah hidup dia selepas sebumbung dengan Jeffry? Sedangkan dia masih mengharapkan Shahrul. 



Kukejar Kau Lari
Raihan Zaffya
ISBN: 978-983-124-943-7
Halaman: ~528

Sinopsis

Sejak kecil Nadira dibesarkan di Rumah Anak-anak Yatim Al-Mustaqim. Namun dia harus pergi kerana diambil oleh keluarga angkat yang kaya-raya. Dia protes. Akhirnya, dia meninggalkan rakan-rakannya, iaitu Zariq, Tajol dan Busrya. Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula. Namun, dalam rindu dan sayang ada rasa benci di hati. Kemunculan Nadira membuatkan banyak hati yang kecewa. Pertemuan itu tidak menggembirakan Zariq. Dia tahu perasaan Nadira terhadapnya, tetapi dia tidak sanggup melihat Tajol, sahabat baiknya terluka kerana gadis itu.

Busyra pula tersasar arah. Cintanya pada Zariq rupa-rupanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dia benci Nadira! Dia cemburukan Nadira! Nadira juga apabila Busyra selalu mendekati Zariq. Namun cinta bersegi-segi ini makin konflik bila Hardy, abang angkatnya meluahkan perasaan cinta.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters