Sunday, October 5, 2014

Novel terbitan ilham pena bulan 2014




NOVEL : AKU, DIA & SOMTAM
ISBN : 978-967-12400-0-7

SINOPSIS:

Pertemuan pertama di gerai somtam
mengheret Anis dan Imran ke arah
perkenalan yang tak diminta. Anis,
gadis kampus yang menjadi penujal
somtam di kampung bercita-cita ingin
seorang peniaga yang berkaya.
“Sini ada somtam?”
Imran, anak orang berada yang
sombong dan suak berfoya-foya begitu
benci pada gadis bertudung
disebabkab kekecewaannya dulu.
“Awak ingat dengan tudung baik
sangatkah? Hipokrit!”
Namun, takdir menentukan segalanya.
Anis dan Imran terpaksa bernikah
kerana tindakan bodoh Imran sendiri.
Lantas Imran membuat satu perjanjian
dalam pernikahannya.
“Jika awak setuju atau dipaksa
bersetuju, maka awak kena ikut syarat
yang telah saya tetapkan”
Bermulalah kisah rumahtangga yang
dibina atas dasar paksa dan terpaksa.
Impian Anis untuk memiliki seorang
suami yang boleh sama-sama menuju
jalan ke syurga hancur berkecai
walaupun Imran adalah insan pertama
yang berjaya mencuri hatinya.
Perkenalan di alam maya tak sengaja
antara Anis dan Jay telah membuka
ruang untuk Anis mengenali lelaki itu
yang mula kembali ke jalan Allah
setelah lama hanyut dibawa arus dosa.
Ciri yang dicari selama ini dari seorang
lelaki. Anis nekad ingin berpisah
dengan Imran dan menerima Jay.
Siapa Jay?
Siapa pula gadis idaman Imran?
Semua persoalan menjadi teka-teki...
sehinggalah..


NOVEL: DUDE! I'M GETTING MARRIED!
ISBN : 978-967-12400-1-4


SINOPSIS : 

“Tak sangka rupanya kau bekas tunang aku. Jadi memang betullah kata Acik. Aku dah jatuh cinta dengan bekas tunang aku tanpa aku sedar…” - JAI

IKHWAN HARRIS a.k.a JAI, mencintai seorang gadis dalam diam namun cintanya terpaksa dilepaskan bila menyedari sahabat sendiri turut menyukai gadis yang sama. Rasa kecewa semakin parah bila mengetahui gadis itu adalah bekas tunangnya tujuh tahun dulu. 

“Kau tahu tak..adik aku dah lama suka kau tapi kau tak pernah balas. Susah sangat ke nak bagi hati emas kau tu kepada dia?” - ACIK

DANIEL HAKIM a.k.a ACIK , sahabat Jai, kecewa bila segala rancangannya punah kerana sikap Jai yang tidak pernah menghiraukan perasaan adiknya yang selama ini menaruh hati pada Jai. 

“Kalau rasa terpaksa, tak payah awak nak menipu diri sendiri. Saya faham kalau awak tak suka saya.” – KOCI

FARID a.k.a KOCI, tidak pernah serik dengan sikap berfoyanya dengan perempuan terutama perempuan cantik. Semua itu ada sebabnya. Dia pernah dihina oleh gadis yang diminati sejak zaman sekolah dulu. Sejak itu perempuan yang didekatinya dipermainkan untuk suka-suka. Namun, sikapnya mula berubah bila bertemu adik Acik.

JAI terpaksa menerima pilihan orang tuanya setelah kecewa. Pertunangan Koci putus di tengah jalan kerana kejadian memalukan. Acik putus kasih setelah gadis yang dicintai pergi buat selamanya dalam satu kemalangan yang sengaja dirancang menyebabkan adik kesayangannya hilang ingatan saat ingin dinikahkah. 

Namun, takdir mengatasi segalanya. Perancangan Allah melebihi semuanya. Dapatkah mereka mengecapi nikmat hidup berumahtangga yang diredhai Allah? Bahagiakah Jai, Koci dan Acik menjalani kehidupan setelah apa yang berlaku?


NOVEL: BEB! AKHIRNYA AKU DILAMAR!
ISBN : 978-967-12400-2-1

SINOPSIS :
“Beb…kau sungguh bertuah. Aku jugaklah yang masih terkontang kanting. Mr. Baseball cap aku tu masih menjadi misteri. Sampai sekarang ni aku tak jumpa dia. Aku rindu la kat dia beb…”– FELISHA 

FELISHA, gadis lincah yang meminati seorang senior yang digelar Mr. Baseball Cap sejak di universiti, tidak lagi pernah bersua sejak pulang ke tanahair. 

““Itu mama jangan risau. Bila tiba masanya nanti, Riz akan jumpa juga dengan calon isteri Riz dan Riz akan kenalkan dengan mama.” – Haih….manalah Ms. Specky yang aku suka dulu tu. Sampai sekarang tak pernah jumpa lagi. Dah kena telan bumi agaknya..lenyap terus! Mana nak cari dia ni. - FARIZ

FARIZ, seorang jurutera berjaya, masih belum melupakan Ms. Specky. Gadis pertama yang telah mencuri hatinya sejak di alam pengajian tanpa gadis itu sedari. Sikap selamba dan tidak betah dengan hal perempuan menyebabkan rasa itu tidak pernah terluah sehingga kini. Siapa sangka, hati batu Fariz akhirnya menjadi cair. Dalam diam dia mencintai Felisha walaupun sering bertekak. Sejak bila...dia sendiri tidak pasti. Yang pasti, gadis itu mesti dimiliki. 

“Betul ke awak nak nikah dengan saya?” 

“Kenapa? Tak boleh?”

“Awak sendiri tahu kan. Awak tak suka saya dan saya tak suka awak. Jadi kenapa nak teruskan jugak?” 

Ternyata semua itu bukan senang dan mudah. Banyak kejadian yang tak terduga hadir dalam hidup Felisha. Pengkhianatan dan dendam kesumat yang hampir-hampir meragut mahkota wanitanya!

Dapatkah Fariz bertemu semula Ms. Specky yang dicari selama ini? Berjayakan Felisha memiliki Mr. Baseball Cap?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters