Friday, October 17, 2014

Novel terbitan KN bulan November 2014




SAYA PUJUK AWAK, OKEY?
No. ISBN:- 978-967-0448-82-4
Jumlah muka surat:- 448

Sinopsis:-
Mulanya dikenali sebagai ‘pelesit SMK Jauhari’ oleh abangnya dan kini lelaki itu bertukar status menjadi suaminya. Mikhail pula mengenali gadis itu sebagai adik ‘jin tanah’, musuh abadi sejak dari zaman persekolahannya.

“Aku nak propose kau,” jawab Mikhail.

Luna ternganga, tidak faham. “Buat apa?”

“Nanti kalau orang tanya, senang kau nak jawab macam mana aku propose kau.” Jelas Mikhail. 

“Perlu ke?”

“Perlu! Dah, banyak soal la kau ni. Nah, ambil ni!” Jambangan bunga tulip itu dihulur kepada Luna. “Ambil!”

Jambangan itu beralih tangan.

“And….” Mikhail menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan satu kotak kecil. Dibukanya kotak itu dan isinya ditunjukkan kepada Luna.

Bulat mata Luna tatkala melihat cincin platinum yang dia tengok di kedai emas tempoh hari! RM2,999!

“Nur Luna, marry me. Kahwin dengan aku.”

“Memandangkan kau tak nak, aku prepare tilam lipat tu.” Mikhail menjuihkan mulutnya pada bungkusan tilam baru yang belum dibuka. “Jauh lebih selesa daripada cadar kat bilik kau tu. Thanks to me.”

“Meja kerja ni... aku tak guna sangat pun sebenarnya. You may use it anytime. Kau nak buat apa-apa, ikut suka hati kau. Kau nak tidur atas ni pun, aku tak larang. Thanks to me again.” Mikhail bangun dari duduknya.

“Rak buku ni....” Jari Mikhail menuding satu per satu buku yang tersusun rapi. “Aku tak pernah baca pun sebenarnya. Most of them, papa yang bagi. You may read them anytime. Thanks to me again.”

“Hijau pokok kerana klorofilnya, terang bulan kerana mataharinya, aman rumah tangga kerana suami isterinya, bahagia Mikhail kerana Lunanya.”


DAN BILA AKU JATUH CINTA
No. ISBN:- 978-967-0448 -83-1
Jumlah muka surat:- 600

Sinopsis:-
“Pada firasat dan pandangan hati saya la cikgu, cikgu asyik pandang saya aje kat kelas tadi. Sekarang ni cikgu tanya hal peribadi saya pulak. Cikgu minat kat saya ek? Macam ni la, cikgu. Saya bukan tak suka kat cikgu, tapi saya tak minat kat cikgu. Sorry...” 

“Ehem! Kalau tu anggapan awak kat saya, memang awak silap besar la. Maaf. Saya pun tak ada perasaan kat awak. Walaupun sebesar kuman. Tolong jangan perasan, ye. I’m not interested with you. You are my student. And you are definitely not my taste. 

Siot kau, Arief! Aku pun tak hinginkan kau. Bukan hensem sangat pun! Tapi, hensem la jugak. Eee... kenapa la member aku boleh duk minat kat kau yang angkuh macam ni?

Syazana memang boleh buat dia jadi gila. Niat aku just nak bagi kau nasihat. Tapi, ni pulak yang terjadi. Tetapi, apa yang boleh membuatkan dia berdebar adalah senyuman Syazana. Walaupun senyuman mengejek, tetapi penuh berbisa! Fuh... boleh ‘cair’! 

~Aiman Asyraf~

Aiman tergelak dengan sinis, “Senangnya bagi kau, dendam aku pada kau akan hilang bila....” Aiman menghentikan ayat, dia mendekati Syazana, mendekatkan tubuhnya dengan Syazana “Bila kau tinggalkan Arief sama macam kau tinggalkan abang aku”.

~Iyntan Syazana Athirah~

“Bila masa aku mengaku yang aku mencintai kau, kau ini memang bodoh, senang sangat jatuh cinta pada seseorang, patutlah Adriana tinggalkan kau sebab kau ini terlalu obses. Aku tidak pernah mencintai kau, kau cuma satu permainan untuk aku. By the way aku dan Aiman kami akan bertunang, so aku harap proses penceraian kita berjalan dengan lancar” Syazana berkata dengan bongkak.

~Arief Hakimi~

“Kau memang perempuan yang paling kejam yang pernah aku jumpa, jangan berharap untuk aku menceraikan kau sebab aku akan gantung kau tak bertali seumur hidup kau, kau tak mungkin dapat berkahwin dengan Aiman seumur hidup kau”

“Sekali aku jatuh cinta, selamanya dia akan tertanam di dasar hati. Tetapi, mampukah aku menggapai cinta ini untuk kau hayati?”


CINTA ADA DI SINI
No. ISBN:- 978-967-0448- 84-8
Jumlah muka surat:- 1312

Sinopsis:-
Kepulangannya ke pangkuan daddy dan abang-abangnya setelah 10 tahun terpisah membuatkan persaannya tidak menentu. Kerana amanat yang ditinggalkan oleh arwah mummynya menyebabkan dia terpaksa menagih semula kasih yang telah lama tidak disemai. 

Edlynn Jasmin, namanya cukup indah bersesuaian dengan wajahnya yang begitu jelita. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Cina dan sentiasa kelihatan 'stylo' kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Seorang gadis yang begitu obses dengan fesyen dan dunia tarian. Namun segala-galanya harus dilupakan setelah dia menjejakkan kaki ke villa mewah milik daddynya. Dia harus mengubah penampilan yang selama ini menjadi darah dagingnya. Semuanya gara-gara dia ingin menjadi individu yang berbeza. Tujuannya ke villa itu hanya satu. Ingin menagih semula kasih yang sudah lama dia dambakan.

Di villa mewah itu, misinya bermula. Dia cuba menagih semula kasih sayang dari daddy serta dua orang abangnya. Namun apa yang diharapkan tidaklah seindah seperti apa yang dia bayangkan. Kehadirannya di situ seakan-akan tidak diperlukan. Malah kewujudannya seperti langsung tidak diendahkan. Jelas dia memang dipulaukan oleh keluarga kandung sendiri. 

"EJ? Siapa EJ? Adik bongsu kesayangan? Wait...wait...Adam, kita ada adik ke?" - ASYRAFF

"Macam ni sajalah, aku tak tahu kenapa daddy suruh kau datang sini, tapi apa yang aku tahu, aku dengan Asyraff tak pernah ada adik, kami tak pernah ada adik yang namanya apa tadi...Yes! Edlynn, nama dah moden tapi orangnya tak adalah moden mana pun," – ADAM

Lama-kelamaan hati Edlynn mula berbelah-bahagi. Dia mula goyah. Amanat mummnynya sedikit demi sedikit semakin dia dilupakan. Buat apa dia mengejar pada yang tidak sudi? Kenapa pula dia harus berubah semata-mata untuk insan yang langsung tidak menghargai dirinya? Sudah tiba masanya untuk dia tunjuk siapa dirinya yang sebenar. Biar semua terkejut. Biar semua makan hati. Dia bukan gadis lemah yang hanya mampu menelan apa saja perkara yang menghiris perasaannya.

“I know mummy...Jasmin tahu kalau mummy ada...mummy mesti marah dengan apa yang Jasmin buat sekarang ni. Tapi mummy tak ada. Buat apa Jasmin nak jaga hati mereka yang langsung tak ambil berat pada Jasmin. Kan best kalau mummy masih ada, dah tentu telinga Jasmin dah kena pulas sekarang ni. Dah tentu pipi Jasmin dah merah kena cubit kan?”- EDLYNN JASMIN

Mampukah Edlynn untuk berada di dalam villa itu? Apakah rahsia sebenar yang menyebabkan daddy dan mummynya terpisah? Adakah Maria mampu menjadi sebahagian daripada hidupnya walaupun dengan jelas wanita itu sangat membenci dirinya? Semuanya akan terjawab dalam 'CINTA ADA DI SINI'.

“Selagi ia wujud dalam hati… selagi itulah rindu akan terus bersemi.”






Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters