Monday, November 9, 2015

Novel terbitan alaf21 julai 2015


Tajuk: JANDA 916
Penulis: Raihan Zaffya
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Melah tak sangka dalam usia yang masih muda, dia sudah bergelar janda. Bukan dia yang meminta, tapi Arief yang tersilap kira. Sudahnya, Arief sesal sendiri.

Susahnya nak mengurus hati. Dalam ramai pemuda yang memikat Melah, Jelan juga bertahta di hati. Anak muda setengah tiang itu membuat tidurnya jadi tak lena. Jelan selalu membuatnya rasa tak tentu hala.

Mana mungkin Pak Sood membiarkan Melah memilih Jelan. Sudah tentu dia lebih layak memiliki janda berhias itu. Pak Sood akan tentang siapa saja yang cuba mendekati Melah. Termasuklah Ejul, seorang guru muda di kampung itu.

Mana boleh jadi! Melah tak suka dirinya menjadi buah mulut orang. Dia mula merancang sesuatu untuk menguji kebijaksanaan orang-orang yang mahu menjadikannya isteri.

Melah mahu memilih orang yang otaknya bergeliga dan bukannya bersifat munafik! 


Tajuk: CINTA TAK PERNAH USAI
Penulis: Juriah Ishak
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: 
Merah padam muka Dayana bila dia dimalukan oleh seorang pemuda di khalayak. Terbantut hasratnya untuk memasarkan kerepek buatannya di Pasar Mini Akif. Namun hatinya sejuk semula lalu pasar mini itu dikunjungi sekali lagi.

Alangkah terkejutnya dia, pemuda yang memalukannya tempoh hari adalah pengurus pasar mini itu. Apa lagi, amarah datang berapi lalu melampiaskan ke arah pemuda tersebut.

Ah, Akif hanya senyum sahaja. Entah kenapa ada keistimewaan pada gadis itu. Dia mula suka pada Dayana.

Akif baik. Dayana pula tergoda. Tapi, bagaimana dengan Ikhwan? Mereka sudah berkawan sejak kecil.Dia buntu bila Ikhwan datang melamar. Malangnya, ibu Ikhwan tidak sukakannya. Dia hanyalah pembuat kerepek berkelulusan SPM!

Akif dan Dayana ditunangkan. Belum sempat bernikah, Akif tiba-tiba menghilang. Puas dicari, Akif tidak ditemui. Ke mana dia menghilang? Dayana terus menanti. Ikhwan yang masih mengharap, kembali menagih cinta.

Yana sayang, aku telah memilihmu menjadi pendamping hidupku kerana kaulah cinta pertama dan terakhirku. Akan kujagamu dengan cintaku kerana dirimu separuh jiwaku. Percayalah sayang, tidak ada yang akan memisahkan kita,kecuali TUHAN. – Akif

Dayana jadi tak tentu arah.

Tajuk: BENCI KE SAYANG?
Penulis: Nurina Feeza
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Bertunang? Gila ke apa? Tambah-tambah lagi, bakal tunangnya adalah Dr. Qasyiful Hakim a.k.a Dr. serius 24 jamyang tak habis-habis dengan muka ketat dia. Oh, tidak! Stress la macam ni! Dia tidak mahu, tapi dia terpaksa. Bencilah!



Ah, Erena Amani kena cari idea untuk buat Dr. Qasyiful Hakim tarik diri dari pertunangan ni. Plan A? Hmm… gagal! Plan B? Gagal juga! Plan C pun sama. Pendek kata, semua plan gagal! Aduh, nak buat macam mana ni? Encik tunangnya itu langsung tidak terkesan dengan segala idea gilanya. Dia siap boleh tayang muka tak ada perasaan lagi.



“Awak dengar baik-baik, ya! Walaupun papa beria-ia nak saya kahwin dengan awak, tapi awak jangan berangan yang saya akan jatuh cinta pada awak!”



Kemunculan Natasya yang begitu mesra dengan encik tunangnya membuatkan Erena cemburu! Eh, aku dah terjatuh cinta ke? Bermacam-macam perkara dilakukan untuk menarik hati Qasyiful, tetapi encik tunangnya itu buat-buat tak nampak. Lagi parah, Natasya sentiasa mencari jalan untuk mengganggu-gugat hubungan mereka.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters