Wednesday, January 20, 2016

Novel terbitan lovenovel bulan january 2016

credit to Dinah novel 


Sinopsis:
Biarpun segunung kebencian kau pamerkan, Hakikatnya, dalam hatimu terselit selautan kerinduan...


BLURB:
NURUL IMAN... Seorang gadis lincah dan periang. Sentiasa tersenyum walaupun dalam hati, bermukim kesedihan. Semenjak kecil dia dijaga oleh Wan Bedah dan Mak Su Normah. Dia sentiasa tertanya-tanya tentang statusnya. Siapakah ibu dan bapa kandungnya? Di manakah mereka sekarang? Namun, setiap kali persoalan diutarakan, hanya kebisuan Wan Bedah dan Mak Su Normah yang menjadi jawapan.
Kehadirannya di banglo mewah milik Tengku Faridah telah merubah jalan hidupnya. Entah kenapa, berada di samping Tengku Faridah sentiasa mengundang debaran dalam dada. Tambahan lagi apabila terpaksa berdepan dengan Tengku Amjad Kamil, lelaki kacak yang sentiasa sinis dalam percakapan. Namun, lelaki itu sentiasa memburunya.
“Siapa yang dah masuk dalam bilik aku ni, memang tak akan dapat keluar dengan selamat.” - Tengku Amjad Kamil.
Bertambahlah sesak lagi dadanya apabila Tengku Amjad Kamil nekad mahu menikahinya.
“Tak payah nak mengarut! Aku tak naklah kahwin dengan kau... Kita memang tak sepadan...” - Nurul Iman.
“Aku tak tanya persetujuan kau. Aku tak kira, sama ada kau rasa aku ni sepadan ataupun tak dengan kau. Apa yang aku tahu, walau apa pun yang berlaku. Kau tolak aku sampai tertonggeng pun, aku tetap nak kahwin dengan kau. You are mine! Always be mine, baby...” - Tengku Amjad Kamil.
Mampukah Nurul Iman menerima kehadiran lelaki itu, sedangkan cinta dalam hatinya milik lelaki lain? Wujudkah perasaan rindu dalam hati, sedangkan mulut sering mengungkapkan benci?
Akan tersingkapkah segala rahsia tentang Nurul Iman? Berjayakah misi Mak Su Normah untuk mengembalikan Nurul Iman kepada yang berhak?



Sinopsis:
Semaikan cinta-Nya dalam hati dia…


BLURB:
“Tak guna punya Mat Bangla! Lu buat apa dalam kain gua, hah???” – Aina Cempaka
“Adoi, sakitlah bongok!” – Faiz Iqbal
“Lu jangan main-main sama wa. Nanti wa report sama polis baru lu tau!” –Aina Cempaka
Kerana Mohsin punya angkara, itulah detik pertemuan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal. Siapa sangka, Mat Bangla yang diherdik itu rupa-rupanya bakal majikannya. Pada hari pertama di tempat kerja baru, Aina Cempaka tak tahu mana nak sorok muka. Majalah juga jadi mangsa.
“... resume kau dah ada kat dalam fail ni! Dahlah tu, tak payahlah nak cover muka kau tu lagi...” – Faiz Iqbal
Faiz Iqbal memang selamba.
“Encik Iqbal nak pecat saya ke?” – Aina Cempaka
“Pecat? Kenapa pulak aku mesti pecat kau?” – Faiz Iqbal
Dulu Faiz Iqbal menggeletar dengan perempuan cantik. Sebab itulah ramai sudah setiausahanya dipecat. Menggeletar??? Sebab Faiz Iqbal memang ada kisah silam. Dia trauma. Lantaran itu hidupnya bertemankan arak bagi menenangkan jiwa. Tuhan? Dia sudah lupa.
Tapi dengan Aina Cempaka dia jadi selesa. Bukan sebab Aina Cempaka tak cantik tetapi ada debaran dalam dada yang mula bergema. Saat hati mula berbunga, rahsia lama tersingkap pula. Dialah sebenarnya parut berbekas itu. Kerana rasa bersalah, Aina Cempaka harus dijauhi. Namun, ketiadaan Aina Cempaka pula membuatkan hidupnya jadi tunggang-langgang. Faiz Iqbal lebih rela hidup gelandangan. Merempat di tepi jalan. Berat sangatkah rahsia yang tersimpan?
“Saya minta maaf. Saya lelaki pengecut. Tak guna! Gagal jadi manusia. Saya hanya layak jadi parut dalam hidup awak, Aina Cempaka.” – Faiz Iqbal
Mampukah Aina Cempaka memaafkannya? Bersatukah dua jiwa saat orang ketiga mula menggila?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters