Wednesday, January 20, 2016

Novel terbitan penulisan2u bulan januari 2016


credit to Dinah novel 


# Bila Kau Kata Cinta 

Sinopsis:
“Sweetheart, I miss you so much. Where have you been?”

Siti Sara, si pramugari jelita menyangka, panggilan sweetheart yang diterimanya daripada Idzham merupakan petanda bahawa jejaka itu ada hati padanya. Namun, saat Iftitah diperkenalkan sebagai bakal isteri Idzham, Siti Sara bingung. Luluh hatinya tika melihat cinta pertamanya menjadi milik insan lain. 
Lantaran itu, pabila pinangan yang tidak disangka datang menerpa, dia hanya pasrah dan menerima; dengan harapan nama Idzham dapat dilupuskan dari ingatan. 
Akhirnya tanpa dia sedar, dia sudah menerima lamaran seorang duda merangkap penumpang yang pernah memalukan dirinya di kabin! 
“Agaknya selain daripada waktu kerja awak yang berembun, waktu sosial awak juga tak kurang hebatnya. Tengah malam macam ni pun, masih lagi berpelesiran. Itu sebab awak ni selalu cuai, macam orang mabuk.” – Khalif Imran 
“Excuse me! Siapa awak untuk judge saya? Awak tak ada kena-mengena dengan hal saya!” – Siti Sara

Bagi Khalif Imran pula... Pinangan itu bukanlah ikhlas daripada jiwanya, malah tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menduakan cinta arwah Zulaikha. Pinangan itu sekadar syarat untuk menebus kesalahan yang pernah dilakukan terhadap mama dan papanya. Dia nekad, tiada cinta terhebat selain cintanya bersama Zulaikha. 
“Awak cantik dan cukup sempurna. Tidak sukar untuk buat saya jatuh cinta. Tetapi saya takkan mengkhianati pengorbanan arwah Zulaikha. Buat masa ini saya boleh menerima awak... tapi saya tak mampu untuk berikan cinta.” – Khalif Imran

Hinggalah akhirnya dia mula merasa getar yang aneh tika bersama Siti Sara. Cuma, apa yang melukakan hati Siti Sara adalah apabila kata-kata cinta yang diucapkan kepadanya disulami dengan nama wanita lain.
Miss you so much! I love you, Ika.” – Khalif Imran
“Saya Siti Sara, bukan Ika!” – Siti Sara

Hati isteri mana yang tidak terhiris? Dapatkah Khalif Imran fahami kehendak hatinya sendiri? Siapa kini dalam hatinya? Bunga cinta lama yang pernah mekar atau kuntum cinta baru yang tidak kurang indahnya?



# # Hurt 

Sinopsis:
Tiga tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq 
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib

Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.

“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq

Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.

“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib
“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq
“Fiq, aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib

Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters