“Arghhhhhh, mata panda.. buruknyaaaaa! Malulah kawan-kawan semua mengejek!”
Pernah rasa macam ni ? macam-macam sudah di cuba tapi masih sama ?
Tahukah kamu punca lingkaran gelap bawah mata adalah kerana ada jenis cecair ‘terperangkap’ di daerah bawah mata. Kerana itu lah mata senang membengkak.
Jadi Jom ikuti penulis ketahui apakah langkah atasi lingkaran hitam di mata.
1) Gunakan krim mata. Aplikasi dengan cara ‘menempek’ di bahagian bawah mata kea rah luar untuk mengurangi cairan yang terkumpul.
2) Gunakan kelebihan buah strawberi, timun atau kentang untuk menyegarkan mata yang penat.
3) Ambil bungkusan ais yang di bungkuskan dengan kain, kemudian tekapkan pada kedua belah mata sebelum melakukan sebarang aktiviti.
4) Kerap minum air masak
5) Gunakan teh hijau untuk mengurangi cairan yang menyebabkan mata bengkak.
6) Atur waktu tidur dengan secukupnya.
7) Cara yang mudah untuk menutupi kesembapan pada mata adalah dengan menggunakan make-up. Sapukan sahaja concealer dengan warna yang lebih cerah sedikit daripada warna kulit dan beri penekanan pada daerah mata sementara bahagian wajah lain disapu foundation jenis cair sewarna dengan kulit. Akhir sekali, sapukan bedak secara rata pada wajah.
SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA
No comments:
Post a Comment