1) Sebelum kamu lelapkan mata, apa kata minum segelas susu segar yang telah di campurkan dengan beberapa titis madu.
2) Gunakan cadar dan sarung bantal yang bersih agar kamu terasa lebih selesa.
3) Sebelum tidur, pastikan perut kamu tidak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang.
4) Tidur dalam keadaan terang sebenarnya akan menganggu sedikit sebanyak waktu tidur kamu.
Jadi apa kata biasakan diri dengan tidur dalam keadaan gelap ataupun malap. Ini kerana, cahaya yang malap atau gelap dapat memberikan impak ‘mood mengantuk’ pada mata kamu.
5) Ada sesetengah beranggapan, mandi sebelum tidur akan membuatkan mood untuk tidur ‘terbantut’. Namun, sebaliknya ia dapat membantu kamu untuk tidur lebih lena.
6) Ada orang berpendapat, selimut mampu membuatkan seseorang itu terlajak tidur. Jadi, sekirannya kamu mahu tidur yang nyenyak apa kata biasakan diri dengan memakai selimut melainkan kalau kamu kena bangun awal pagi.
SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA
No comments:
Post a Comment