MY WEDDING AGREEMENT
Ainune Najiehah Samsuri
CINTA abadi sangat diharapkan oleh setiap insan. Kebahagiaan dalam berumah tangga merupakan impian yang harus dicapai. Tetapi semua itu tidak diperolehi Aina. Hidup Aina bagaikan di dalam neraka. Setiap hari Aina dijamu penampar, penumbuk dan penendang Nazri.
“Jika diberi pilihan sama ada memilih kau atau pisau. Aku akan memilih pisau. Kemudian, pisau itu akan kupacak ke dadamu kerana rasa sayang sudah tidak mengalir lagi di dalam diriku.” NAZRI
Aina terpaksa juga mengharungi neraka itu disebabkan perjanjian perkahwinan yang telah dimaterai secara rahsia dengan Nazri. Perjanjian perkahwinan antara Aina dan Nazri wujud kerana kisah silam mereka berdua yang penuh kegelapan.
“Walaupun kita telah menemui cinta baharu, memori manis masa lalu akan terus memburu kita sepanjang hayat.” AINA
Pengalaman Aina bersama Faiz benar-benar mengusik jiwa. Faiz merupakan putera sempurna. Dia memberikan cinta dan kasih sayang yang sangat luar biasa kepada Aina. Namun, itu semua hanya tinggal sejarah.
“Muzik boleh berhenti. Tetapi hati saya tidak. Hati saya akan terus memainkan sebuah lagu, lagu itu berjudul ‘cinta sejati’.” FAIZ
Seorang mualaf hadir dalam diri Aina. Mualaf yang bernama Daniel itu bagaikan si penyelamat. Daniel sanggup menjadi benteng terakhir untuk mempertahankan Aina daripada terus menjadi mangsa Nazri. Semua itu dilakukan Daniel disebabkan rasa sayang yang mendalam. Tetapi, rasa sayang itu tidak dapat dicurahkan kerana Aina masih lagi berstatus isteri orang.
“Cinta membuatkan kita lebih bodoh dari kalangan yang bodoh. Kebodohan kita itu akhirnya menuju kemusnahan. Tetapi masih ada jalan untuk keluar dari kebodohan itu bagi mengelak kemusnahan berlaku.” DANIEL
4 comments:
dah lama tak baca novel...sebab bila baca mata mula la nak pejam..hihi
samalah..macam adik saya.. mula2 memang excited.. baru baca page 1.. dah mula menguap dan mata pun dah pejam...
comel je blog ni..kak ana memang dah lama tinggalkan dunia nove ni chien si puteri,nice sharing dear
hehe.. terima kasih akak..
tak adalah, biasa2 je..
Post a Comment