Sunday, September 1, 2013

Novel Penulisan2u Jun 2013



Tajuk : Jerat Hati 
Penulis : Tina Derika
Terbitan: Penulisan2u

Sinopsis:
Kerana apa bibir ini mengukir senyuman, kerana kau menjadi pengukir terhebatnya.
“Boleh tak kita berkawan?” - HAFIZA

“Kita tak setanding. Malu aku nak kawan dengan budak kureng macam kau.” - ASYRAF

Zaman persekolahan. Kisah Asyraf si ketua kumpulan bajet Westlife. Pengawas popular berdarah campuran Turki dan paling cemerlang akademiknya, disayangi para guru. Maklumlah, anak Tan Sri. Manakan setaraf dengan Hafiza. Tapi tak berhakkah dia untuk berkawan dengan
Asyraf?

Sejak peristiwa yang memalukan itu, Hafiza menjadi mangsa sindiran kumpulan bajet Westlife yang sombong itu. Kononnya Hafiza yang tidak setaraf dengannya itu tidak tahu malu. Asyraf tidak sudah-sudah mencari pasal.

“Malang betul laki kau esok dapat bini macam kau.” - ASYRAF

“Kalau macam tu, aku pun boleh kata bini kau nanti malang dapat laki macam kau.”- HAFIZA

Lebih menyakitkan, sepupu Hafiza, Darina yang cantik dan kaya dipilih oleh Asyraf menjadi kekasih hatinya. Sembilan tahun berlalu, malangnya Darina menghilang tanpa meninggalkan khabar berita. Pergi begitu sahaja… Ke manakah dia?



Tajuk : Suami Ekspres
Penulis : Fieyta An Nisa 
Terbitan Penulisan2u

Sinopsis :

Bila cinta bertemu, bicara menjadi kaku. Cukuplah hati kita yang bersatu demi DIA yang satu.
“Eh, wait Adriana… Awak bakal isteri saya!!!” - FARIS
“Hah, apa?!” – ADRIANA

FARIS AR RAYYAN - Pensyarah muda yang dididik dengan ilmu agama dan tarbiah yang hebat. Dididik supaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita di sekelilingnya. Dia dilamar sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.

ADRIANA QISTINA - Seorang gadis yang ceria dan positif dengan hidupnya sendiri. Daripada gadis yang biasa, dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan bertemu dengan suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkah lakunya matang melebihi usianya.

Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Baru bahagia dirasa, ujian sudah datang menyapa. Kejadian yang menimpa orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka.

“ Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Ilahi.” – FARIS

“Cukuplah Riana punya suami soleh yang berusaha membawa cinta kita menuju cinta Ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kita cinta 'high class' di mata
Pencipta.” - ADRIANA

Mampukah cinta mereka menuju cinta Ilahi dan seterusnya menggapai syurga Ilahi? Bagaimanakah Adriana dan Faris mengemudi bahtera rumah tangga mereka berpaksikan cinta kerana Allah? Mekarkah cinta mereka menuju cinta Ilahi?





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters