Sunday, September 1, 2013

Novel Karya Seni Jun 2013


Tajuk: Mr. Pai Epal
Penulis: Mardihah
Penerbit: Karyaseni

Sinopsis:
Kalau dia inti pai epal, aku kulit pastrinya. Apabila dicantum, rasanya manis seperti cinta!

Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

“Cik Yaya sayang? Ooo... Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – IZZ AMIR

“Gila!” – YAYA

“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” – IZZ AMIR
Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka bersatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.

Namun musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita menjadi pengganti dan aku mengusir namanya yang pernah bermukim dalam kotak hati. Namun hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhannya. Mata dia, benar-benar menawan seluruh jiwa dan raga.

“Ya, saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa, Yaya. Please. Please. Beri saya ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak.” – IZZ AMIR

“Aku benci kau, Izz Amir! Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!” – YAYA

Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya dalam jiwa ini? Mengapa?




Tajuk: Rahsia Hati
Penulis: Azimah Lily
Penerbit: Karyaseni

Sinopsis:
Jika itu dugaan untukku, aku pasrah. Aku akan tempuhi semuanya dengan reda. Akan aku lindungi orang yang aku sayangi.

“Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”

TENGKU DANIA DAHLIA – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...

Setelah kepergian mama dan papanya dalam nahas yang dirancang, TENGKU DANIA DAHLIA bertekad habis-habisan melindungi satu-satunya adiknya, Tengku Daniel Darius.

“Papa... Mama... Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”

Demi menjaga status, TENGKU DANIA DAHLIA ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan HAIRI AZWAN. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.

“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci perempuan macam kau.” - HAIRI AZWAN

“Aiii... Jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih.” - TENGKU DANIA DAHLIA

Tapi orang kata, jangan terlalu membenci nanti lama-lama... jadi sayang. Ya. Akhirnya itulah yang berlaku!
Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi TENGKU DANIA DAHLIA, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu HAIRI AZWAN, si kaki perempuan. 

Tapi kenapa TENGKU DANIA DAHLIA seolah-olah jual mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran HAIRI AZWAN? Apa benar benci yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci... tapi sayang?

Bocorkan rahsia ini dalam RAHSIA HATI.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters