Saturday, November 2, 2013

NOVEL TERBITAN KARYASENI NOVEMBER 2013




My Indo Chick - Marissa

RAY jejaka tampan yang sudah bertahkta dalam hati Indah Natasya sejak mula, sering saja membuatkan kepala Indah serabut dengan kerenahnya yang selamba dan sedikit angkuh. Tapi disebabkan sayang, Indah pendamkan saja. Mahu diapakan lagi? Nasib badanlah… Siapa suruh gatal bercinta dengan lelaki kerabat diraja itu?

“Awak tak takut ke kalau-kalau ada artis yang berkenan kat saya? Manalah tahukan…” - INDAH NATASYA

“Awak, tak ada artis yang berkenan kat awak tu. Kalau adapun, sah artis tu hilang skru. Percayalah, selain saya, tak ada siapa yang sanggup ambil awak jadi kekasih.”- RAY

“Tapi awak jangan menyesal nanti.” - INDAH NATASYA

“Jangan nak perasan lebih-lebih. Tengok cermin dulu kalau masih tak sedar diri. Lawak betullah awak ni.” - RAY

Namun kehadiran Gibran Alias, seorang pengurus artis membuatkan pandangan Indah Natasya tentang lelaki dan cinta berubah sama sekali. Rupa-rupanya ada yang lebih istimewa daripada Ray.

“Nama saya Gibran Alias. Umur saya 30 tahun. Saya pengurus artis syarikat Prime Rekod. Dan saya handsome orangnya.” - GIBRAN ALIAS

Aduhai, serius tak boleh blah mamat ni. Suka buat Indah ketawa, suka buat perasaan Indah berbunga-bunga. Tetapi hati Indah hanya ada satu. Mana boleh dilapah jadi dua? Dan satu-satunya hati itu mahu diserahkan kepada siapa? Kepada Ray yang bajet bagus itu atau kepada Gibran yang ala-ala kadar saja? Entahlah…

Isteri Untuk Disewa - Syamnuriezmil

Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters