Tuesday, November 12, 2013

Novel terbitan Penulisan2u November 2013



Tajuk: Suamiku Mr. Blind
Penulis: Danisyarahmat

Sinopsis:
“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.

Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran. 

“Aku tak nampak apa-apalah!” 

Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu. 

“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.

Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.

“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.” 

AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind! 

Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!

Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar? 

“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.” 
Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?


Tajuk: Kahwin 6 Bulan Aje?!
Penulis: Anabella
Penerbit: Penulisan2u


Sinopsis:
RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya. 

EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!

“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?”

“Hitam.” - Ixuna

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir

“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna

“Grrr… Lain?!” - Emir

“Lut sinar.” - Ixuna

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan… 

Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya… 

Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan! 

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? 

Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters