Saturday, February 15, 2014

Novel terbitan Idea Kreatif bulan februari




Tajuk : DOA CINTA SEORANG LELAKI
Penulis : PENA KAYU
Muka Surat : 667
ISBN : 978-967-12267-6-6

Sinopsis :
Dia kelulusan Universiti Al-Azhar yang baru pulang dari Mesir dan digelar kolot kerana namanya. Tiba-tiba dia jatuh cinta pada seorang perempuan stylo. – Abu Hanifah

Dia seorang yang trendy dan sering menjadi buruan lelaki kerana kecantikannya. Tetapi, lelaki yang dia pilih pula berlaku curang. - Nadine

Permintaan otak seorang Abu Hanifah ialah mencari isteri sebagus Saidatina Khadijah. Tetapi… tatkala terpandang Nadine, jantung lelakinya terpanah. Dia mula belajar bahasa rindu. Dan siapa sangka, wanita itu adalah jiran rumah barunya.

Bagi Nadine, lelaki pelik + kolot a.k.a Abu Hanifah itu bermulut lepas. Suka jaga tepi kain orang dan suka menyindir. Misi hidupnya, harus menjauhi lelaki itu sejauhnya. Namun, siapa sangka yang akhirnya dia harus menerima lelaki itu sebagai suaminya.

"Tak boleh ke awak buat tak tahu? Tak boleh ke awak tutup sebelah mata saja? Tak boleh ke awak buat Nadine macam tak wujud? Nadine tak pernah kacau hal awak pun. Tapi kenapa awak selalu buat Nadine susah hati macam ni? I hate you. I hate you very much!”- Nadine

"Aku lelaki yang tidak pandai menyentuh hati seorang perempuan. Tuhan..tolong pinjamkan aku kekuatan untuk memujuknya, mengubati gundah di hatinya. Dan kalau permintaan ini terlalu besar, cukuplah aku menjadi udara yang selalu menemaninya dalam diam. Rasanya, itu sudah cukup untuk lelaki sepertiku." – Abu Hanifah

Mampukah Abu Hanifah meraih cinta si dara manis bernama Nadine Qhaisara? Bagaimana dia mahu membuat Nadine Qhaisara jatuh cinta padanya kalau dia sendiri kosong dalam hal-hal cinta? Dan isu paling besar, bagaimana caranya mahu menamatkan perang Teluk versi kecil-kecilan antara mereka berdua?


‪#‎DOACINTASEORANGLELAKI‬ .... Diari rahsia Nadine Qhaisara ~
**Muka surat 45 Marah. Sakit hati. Sedih. Rasa nak cekik orang. Sampai hati Amirul curang dengan perempuan lain! Dan hari yang malang ni bertambah malang bila jumpa lelaki kolot. Saya tanya lain, dia jawab lain! Macam nak bunuh saja lelaki kolot tu. Tapi, dia baik hati. Dia beri sapu tangan.
**Muka surat 97 Ya Allah! Kenapa jiran baru saya mesti ada lelaki yang suka jaga tepi kain orang? Berani sungguh dia beri tazkirah free. Suka hati sayalah nak tutup aurat ke tak. Geramnya. Tiba-tiba rasa nak 'tenyeh-tenyeh' kepala lelaki ala-ala ustaz tu!
**Muka surat 166 Percaya tak kalau saya kata, hari ni saya jadi tunang lelaki kolot tu? PERCAYALAH! 
**Muka surat 223 Saya patut rasa bahagia ke? Beberapa jam lagi saya bakal bergelar isteri kepada Abu Hanifah / kolot / suka jaga tepi kain orang / sengal / Mengada-ngada.Abu Hanifah + Nadine Qhaisara = ?Jadi apa agak-agaknya?Tolong! Tolong sesiapa batalkan majlis ijab dan kabul ni. Saya tak bersedia nak jadi isteri kepada lelaki kolot tu. 


Nota PK : Muka surat diari rahsia Nadine Qhaisara banyak buat 'lompat kijang'. Sila tunggu versi CETAKnya yer ~

**** 

Tajuk : YANG PERNAH TERLUKA
Penulis : HANA EFRIENA
Muka Surat : 700
ISBN : 978-967-12267-5-9

Sinopsis :
Ugutan keras melumpuhkan mulut untuk berbicara. Kerana maruah dan harga diri, dia terpaksa menerima lelaki yang memang mahu menjahanamkan hidupnya. Dia rela demi menutup aib yang mungkin kunjung tiba. Inilah padahnya suka mempermainkan perasaan kaum Adam suatu ketika dulu. – Merlissa Umairah

Dendam ini tak pernah padam. Orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Nadzril perlu mendapat pembalasan. Dia akan buat gadis itu menderita kerana mempermainkan perasaan sahabatnya itu. Dan.. jalan terbaik adalah ‘memaksa’ gadis itu menerimanya sebagai suami. – Syed Adryan Firdaus 

“Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk menutup aib. Kalau kau berani buka mulut, kau akan menyesal” ~ Firdaus.

“Buatlah apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa. 

Banyaknya luka yang Firdaus guriskan di hati Merlissa sehingga parutnya memenuhi setiap ruang. Dan…bila hati tiba-tiba bertukar rasa, ruang yang diminta untuk menyemai benih kasih seakan tiada lagi.

“Lissa mohon pada Fir, lepaskan Lissa.” ~ Merlissa 
“Fir tak boleh Lissa. Tolonglah… “ ~ Firdaus

Jika dendam mahu ditukar menjadi cinta, berapakah harga yang perlu Firdaus bayar untuk ‘membeli’ kembali kepercayaan Merlissa? 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...