Saturday, November 1, 2014

Novel terbitan alaf21 bulan November 2014



Tajuk: PERGI BERSAMA JANJI
Penulis: Azilah Wahab.
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Pada usia 17 tahun, salahkah Marissa Norhanis bercinta? Dia nekad. Demi sebuah cinta suci, dia rela menempuh segala rintangan. Dia tidak mahu kalah sebelum berjuang.

Siapa kata cinta itu melalaikan? Dia sudah pun membuktikannya. Biarpun bercinta di bangku sekolah, dia tetap memperoleh keputusan cemerlang.

Disebabkan itu, dia membuat keputusan drastrik. Cinta bersama Zafran harus diteruskan. Namun, memateri cinta tanpa restu keluarga, tentu banyak cabarannya.

Saat dia ditinggalkan sepi, Marissa Norhanis sedar kekhilafan lalu. Ikut rasa pasti binasa, ikut hati merana sendiri. Dia berusaha bangkit, mencari harga diri yang hampir hilang


Tajuk: MISI REBUT HATI
Penulis: Nuriz Aida
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Syed Ikram Hakimi mempertaruhkan segala-gala untuk mencari kepuasan hidup. Jiwa muda membuatkan dia mudah tergelincir dari landasan sebenar. Baginya, muda hanya sekali. Jika tidak dinikmatinya sekarang, bila tua tiada maknanya lagi. Malah demi membuktikan dirinya bukan hamba cinta, dia juga sanggup menyahut cabaran sesiapa sahaja.

Kehadiran Aleesya Arianna membuatkan Ikram berpaling dua kali. Gadis itu ibarat jinak-jinak merpati. Malah mampu menjadi mawar yang berduri. Mendekati gadis itu membuatkan hati lelaki ini bergetar hebat. Dalam masa yang sama, dia perlu membuat pilihan.

Ketika hati mula menerima cinta, dia terpaksa menelan racun yang diciptakannya sendiri. Benar kata orang, ‘terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya.’ Sekali lagi Arianna terluka. Tapi kali ini dia sudah bersedia. Manusia seperti Ikram tidak layak mendapat cintanya.

Bagi Ikram, semua manusia berhak mendapat peluang kedua. Dia tidak sanggup membiarkan cintanya hilang begitu sahaja. Bagi Arianna pula, cinta di dalam hatinya sudah tiada makna lagi. Biarlah dia sendiri menanggung lara ini!

Saat bidadari pergi… matahari tak lagi menyinari… awan tak secerah yang kuimpi… hujan renyai terus membasahi… saat itu yang kutakuti… bimbang bidadari tak lagi kembali… menemani diriku lagi… 


Tajuk: HUMAIRAH, PIPIMU MERAH
Penulis: IRIS IXORA
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Humairah ibarat ‘bunga suci’ menjadi kegilaan lelaki di kampungnya. Kulitnya putih dan pipinya sentiasa merah bak delima! Khairil, jurutera dari keluarga berjaya akhirnya menjadi tunangan Humairah.

Tetapi, Humairah memutuskan pertunangan itu kerana cintanya terhadap Jimi. Dia diusir keluarga dan membawa diri ke Kuala Lumpur. Sayangnya, Jimi menghilangkan diri. Bertahun-tahun dia menunggu, tapi lelaki itu tidak pernah ketemu. Akhirnya, dia menerima ijab kabul Norman. Malangnya, enam bulan kemudian, Humairah bergelar ‘janda pipi merah’.

Humairah kemudiannya menjadi ‘permaisuri’ kepada Tengku Muzzafar, tetapi mahkota itu juga tidak bertahan lama. Dia kembali menjanda dan akhirnya bertemu dengan Datuk Rusdi yang memberikan Humairan kasih seorang suami yang tiada bandingannya.

Sedang Humairah diulit bahagia dengan Datuk Rusdi, Jimi muncul semula dalam hidupnya. Lelaki itu mahu menyambung semula cinta mereka yang tidak pernah padam itu... Hati Humairah berada di persimpangan.


Tajuk: TAKLUK JAGAT
Penulis: Zaki Zainol
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: 
Tanah Ini akan bergolak. Tiada siapa yang menyangkanya dan tiada siapa yang bersedia. Antara Dasyuria dan Sedinggi – dua negeri yang bersempadan, ada api dalam sekam yang terpendam sekian lama.

Bayu Adi Jata, seorang pemuda yang tinggal terasing bersama-sama datuknya, tidak menyangka akan terjebak dalam sengketa antara negeri dan juga antara alam.

Bermula dengan sebuah kematian dan kehilangan keris panjang yang cuma menjadi sendal pintu pondoknya, Bayu Adi Jata terpaksa memulakan pencarian. Daripada sebuah pondok terpencil ke dunia luas. Satu demi satu rahsia hidupnya terbongkar. Antara kebaikan dan kejahatan, ada jalur kelabu di tengah-tengah. 

Dia mengenal siapa Ariasha Cinta Castra, gadis misteri yang seakan-akan mengetahui rahsia hidupnya. Tanpa dapat ditolak, Bayu Adi Jata menjadi perantara antara alam manusia dan bunian. Kemudian munculnya, Pemusnah Jiwa, orang yang paling ditakuti di Tanah Ini.

Dapatkah Bayu Adi Jata menamatkan pencariannya? Mampukah dia menggantikan dendam dengan kemaafan? Atau adakah kegelapan akan menelannya dan melenyapkan cinta yang baru berputik?

Demi menundukkan Lambang Kekejaman, Penzalim yang Sunyi terpaksa dibangkitkan!

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters