Monday, March 24, 2014

GAGAL DALAM COMMON TEST FOR 2 SUBJECT !!


Fail?? Tidakkkkkk.... memang 'sakit' la bila dapat tahu fail lagi untuk subject yang sama kan?  Tapi gagal dalam test ni tak bermakna aku akan gagal untuk seterusnya. Aku harus optimis dan berusaha untuk mengubah pemikiran aku so that there will be no words failure kat dalam kepala otak aku. Tapi, nak bangun daripada kejatuhan memang susah, kita kena kerja kuat, lebih kuat daripada orang lain. Orang lain tengah rileks borak-borak tetapi kita terpaksa kerja kuat untuk memastikan kita boleh berjaya. 

Macam subject maths D ni, saya rasa sedikit kecewa dengan markah sendiri. Dalam hati ku, ada jua soalan macam ni, 'kenapa tah aku ni cuai sangat? , working betul, tapi bagi jawapan yang salah, kenapa tah aku lupa formulae ni?' tapi perkara sudah berlakukan? mana dapat diubah lagi. Sebenarnya, selepas selesai je test maths D ni aku dan kawan-kawan terus jumpa cg. Nasib baik cg bagi kami peluang tengok jawapannya. Bila aku tahu macam tu working dan jawapan.. rasa ada sedikit regret. Dalam otak kepala ni, dah 'ohh, macam ni rupannya', 'macam lain jer dengan apa yang ku tulis'  so secara automatic sudah ku tahu apa markah yang bakal diberikan dan bakal aku terima. tak perlu aku tahu semasa cg berikan hari ni. cg ni pun suruh work harder on mid year exam, and get 90%.. chaiyok ;) . Ada 8 subject lagi perlu tunggu markahnya, doakan semoga dapat 'PASS'... AMIN :) 

result: maths D - 49% and physics - 35% 

Fail dalam exam bukan fail selamanya kan?  It just a number on a paper. Wah! Haha.  So jangan give up bila fail. Belajar, jangan main2, work harder. kata cikgu saya tadi sebelum saya balik, tq cikgu, cg memang yang terbaik...hanya cg yang faham perasaan saya... :p

    Alamak! Panjang pulak. Tapi itu lah cite nye. Hidup ni sekali je. Bila lagi nak rasa hidup susah, sedih senang gembira kan. Perjalanan aku sendiri pun jauh lagi. Tak tau lagi apa yang akan terjadi akan datang. Tu semua kerja Allah. Cume kite hambe Dia berdoa je semoga kite diberi kekuatan untuk tempuh apa pun dugaan yang bakal datang. fuuh... dah keluar dah ceramah ku... Pengalaman hidup jugak banyak sangat ajar aku hidup sebenar & jadikan aku lebih matang. Bukak mata aku...

Putus asa bila gagal... Tapi bak kata autie aku ( yang saya sudah anggap sebagai ibu saya)  kegagalan itu komponen kejayaan. Tanpa kegagalan, mungkin susah kita nak mencapai kejayaan sebab dari kegagalan lah kadang2 kita mengambil iktibar dan mula berfikir tentang kekhilafan diri. Aku pernah gagal pada test dan exam sebelum ni. Aku pernah menjadi seorang yang sangat pasif sebab malu dengan kegagalan aku. Putus asa, kecewa memang tak dapat nak elak.  Peritnya masa tu...:( Tapi sekarang aku sedar yang semua tu ada hikmahnya. Mungkin kalau aku tak gagal dulu, aku takkan berada di mana aku berada sekarang. Aku takkan jadi apa yang aku jadi sekarang. Setiap apa yang diberikan Allah kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Semuanya mengandungi hikmah yang kadang2 kita sebagai manusia yang lemah tak dapat jangka pun apa hikmahnya. So, kita sepatutnya lebih pandang ke depan. Apa yang bakal kita hadapi. Apa yang dah berlalu, jadikan iktibar, pengalaman dan pengajaran. Berusahalah untuk menjadi lebih baik. Dan ingatlah, setiap kejayaan yang kita dapat hari ni hanyalah dengan izin Allah semata2. Usaha kita yang dianggap besar tu sebenarnya hanyalah aksesori tambahan dalam mencapai kejayaan. 


"Life at its best is a series of challenges. A big enough challenge will bring out strengths and abilities you never knew you had. Take on challenges and you will bring yourself to life. Please, never give up!"

Bait kata - kata ini menjadi peneman ku di saat kekuatan suam - suam kuku dan making me - layu. Terima kasih sahabat yang sentiasa di kiri dan kanan ku. *Terharu* :')

kegagalan itu satu titik mula untuk sebuah kejayaan yang lebih bermakna.Oleh itu, terpulang pada kita sendiri untuk memahami sifat kegagalan itu sendiri. Cara kita sendiri dalam mentafsir sebuah kegagalan.
“ Kejayaan hanya dicipta dengan mencuba. Tiada apa-apa yang rugi dengan mencuba. Sebaliknya terdapat banyak faedah jika percubaan itu berjaya. Jika percubaan itu menemui kegagalan, ianya bukanlah satu pengakhiran. Oleh itu hendaklah kita sentiasa mencuba”

 Done. Mostly aps yang aku taip dalam blog usang ni adalah pengalaman aku sendiri. Aku share dengan korang sebab aku rasa korang pun penah alami apa yang aku alami kan?  Ok. Tata




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters