Tuesday, March 25, 2014

Gagal Lagi. Eh?!



Meh sini meh. Duduk sini. Ada benda saya nak cerita... amboi! banyak tah aku punya cerita.. 

Rasanye masih belum terlambat untuk saya ucap tahniah pada Marsya yang dapat full mark utk ugama, dapat 100% kan? utk Qiqah dapat 91% untuk paper MIBkan? dan Hazwan dapat 60% untuk paper chemistry. tahniah semuanya jugak yang memperolehi markah yang memuaskan ;) teruskan usaha ~ 


saya pulak dapat markah seperti berikut...

MIB: 81% 
chemistry: 40% (fail) 
ugama: 88%

Markah yang cukup-cukup makan je .. baru dapat 1 'o'. Yang lain, FAIL!  alahai, tunggu 4 subject lagi... bm / eng / bio/ add maths. Entah macam mana keputusannya? ok, or fail lagi? harap-harap tak fail lagi erkk... :( 

untuk pelajar yang dapat markah kurang memuaskan termasuk saya sendiri jangan pulak bersedih... macamlah kamu akan sedih pulak kan? inilah yang selalu saya pesan kepada diri sendiri... Semoga dapat maafaatnya ;) 


Gagal dalam test or exam bukan bermakna gagal dalam hidup kan? tidak. Redha. Ya... setiap yang terjadi adalah suratan terbaik untuk kita. Reflect balik... mungkin usaha kita kurang sebelum ni. Jadi... jadikan kegagalan kali ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang. buktikan yang kita tak lemah. Kita boleh berjaya macam orang yang dapat straight A berjaya... betul kan? 


Fokus...sekarang fokus untuk masa depan. Jangan terbawak dengan kesedihan masa lalu tuh. Macam saya sendiri, mula-mula rasa bila dah banyak kali dapat markah rendah pada subject yang sama. Macam tak ada harapan je. Tak dapat 6 'O' dan selalunya nama saya tak termasuk dalam top 10 macam yang my mom harapkan. Kalau nak harapakan saya, belum tentu jua. Tunggu kucing bertanduk sekali pun belum tentu akan berlaku. Adik saya selalulah dapat highest mark on every subject dan adalah namanya termasuk diantara top 10 tu. Tapi bila difikir balik, kalau my brother can, why no me kan? Kalau orang lain boleh dapat highest mark, kenapa pulak saya tak bolehkan? Jadinya kesimpulan yang dapat saya berikan ialah plan baik-baik untuk masa depan, insyaAllah kita boleh berjaya... 


satu lagi,  panjang lagi perjalanan yang perlu kita tempuhi... masih banyak rintangan dan cabaran hidup yang bakal menanti. so kuatkan semangat. jangan give up.... moga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat. amin :) 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...