Friday, March 21, 2014

Novel terbitan Buku Prima bulan mei 2014




Tajuk: London, Kami Datang!
Penulis: Eka Fahara
ISBN: 978-967-0535-92-0
~224 hlm
Bahasa Melayu
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
“Tiket menonton perlawanan bola sepak Manchester United melawan Chelsea di Old Trafford! London, aku datang!” laung Zira girang.

Zira, Rini dan Ezri tiga orang remaja yang baru selesai menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia terbang ke London. Mereka bakal menumpang di rumah Azat, abang Zira. Zira juga telah membuat ‘surprise’ kepada Adrian, rakan kenalan di internet dengan meminta Azat memberikan sekeping tiket perlawanan bola sepak
ke alamat rumah Adrian.

Zira berharap dapat duduk sebaris dengan Adrian di stadium. Tentu Adrian terkejut sewaktu Zira memperkenalkan diri di stadium dan memberitahu tiket itu merupakan hadiah daripada Zira.

Namun, debaran bermula sebaik sahaja tiba di Kota London! Azat tidak muncul di lapangan terbang. Mereka menjejak rumah Azat, tetapi, Azat tiada. Bagaimana mereka harus meneruskan kembara mereka? Nak tinggal di mana? Duit poket dah semakin kurang. Nak telefon ibu dan ayah? Oh, tidak mungkin!

Bagaimana mereka mengatasi masalah itu? Apakah yang terjadi kepada Azat sebenarnya? Adakah Zira berjaya membuat kejutan kepada Adrian? 


Hati Suamiku GK
Azalea Eshal
ISBN: 978-967-0535-96-8
~604 hlm
Bahasa Melayu


Sinopsis

Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ‘Gila Kuasa’ tetapi dia tidak kisah semua itu. Tiba-tiba hadir seorang gadis bernama Wafa Natasha. Gadis itu cukup selamba dengannya membuatkan dia berasa geram. Tanpa disedari, sikap selamba itulah menarik perhatian si GK ini untuk terus memiliki gadis itu.

Wafa Natasha seorang gadis lincah dan tiada apa yang dapat menggembirakan hatinya kecuali dapat melihat senyuman ayah dan emak tercinta. Itulah harta yang paling berharga yang pernah dia miliki sejak dilahirkan. Suatu hari, di saat dia gembira dengan keputusan SPM yang cemerlang, dia dikhabarkan berita kematian ayah dan emaknya akibat kemalangan jalan raya. Namun kehadiran seseorang memberitahunya bahawa keluarga Putra Huzaiman penyebab kemalangan itu. Dia menyimpan dendam pada keluarga itu yang dikatakan ada hubungan keluarga dengan arwah emaknya.

Segala perancangan dilakukan dengan teliti oleh Wafa Natasha demi sebuah dendam. Demi sebuah dendam dia sanggup berkahwin dengan Putra Huzaiman. Demi sebuah dendam dia sanggup dilukai. Dan demi sebuah dendam dia sanggup korbankan cintanya. Adakah dendamnya terbalas? Antara dendam dan cinta, apa yang menjadi pilihan Wafa Natasha?

"Kalau apa-apa yang terjadi pada mama dan papa aku, aku takkan maafkan kau, Sha. Takkan! Walaupun aku mencintai kau selamanya." - Putra Huzaiman

Aku nak Man sayang aku seorang. Aku seorang aje. Tapi... mahu ke Man terima aku semula setelah apa yang aku lakukan? - Wafa Natasha

Putra Huzaiman, kau takkan selamanya dapat memiliki Wafa Natasha. Dia milik aku! - Hamdan


Tajuk: Lelaki Itu Untukku
Penulis: Mazni Aznita
ISBN: 978-967-0535-80-7
~720 hlm
Bahasa Melayu
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
ORKED Harlina, anak tunggal ayahnya, tetapi tidak pernah ada istilah ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh si ayah yang jelas-jelas membencinya. Mungkin
kerana itu, dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan, sedikit ‘liar’ tetapi masih sekuntum bunga yang rapuh di pelosok hati. Apabila si ayah berkahwin
dengan seorang janda anak satu, lagilah dia panas hati.

Kes tidur lokap semalamnya kerana bergaduh di kelab malam, mempertemukannya dengan Idlan Riyaz, anak emak tirinya yang selama ini belajar di luar negara. Maka
bertemulah buku dengan ruas. Idlan Riyaz yang sentimental, cool, penuh kematangan dan pandai ‘mengenakan’ membuatkan hati si bunga liar berasa menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan jelas, dia tidak ingin Idlan Riyaz menjadi abangnya. Takkan sekali!

Tetapi itu kata mulut. Hati di dalam paling tahu apa yang diingini. Apabila dia yang tidak pernah dilindungi tiba-tiba punya guardian angel, bukan dari syurga tetapi dari Kota London, siapa yang tidak mahu? Apabila dia yang tidak pernah dikasihi, tiba-tiba diberi perhatian, maka episod baru tercipta. Jadilah dia secret admirer abang tirinya sendiri. Dan kerana Idlan Riyaz, dia mula belajar untuk menyayangi, mempercayai dan menerima.

Dan kerana Idlan Riyaz juga dia kenal Tengku Emery Iskandar, si playboy a.k.a BFF Idlan Riyaz yang ada karakter yang Masya-ALLAH, kereknya mamat ini. Baginya, Idlan Riyaz lebih sempurna dan penyayang berbanding Tengku Emery Iskandar. Cuma satu sahaja dia harus akui, dalam tidak kesempurnaan Tengku Emery Iskandar di matanya, lelaki itu punya hati nurani yang luhur.

“Aku memang macam ni, dari dulu pun macam ni. Aku tak pernah berpura-pura pun di hadapan kau. Dan aku tak pernah suruh pun kau bawa aku ke tempat bodoh macam ni!” - Orked Harlina

“Abang tahu Orked ni kuat orangnya. Tapi yang kuat nilah yang abang risaukan. Abang risau. Abang takut Orked hanya kuat di luar tapi rapuh di dalam. Sebab tu Orked perlukan abang. I’m gonna be your shoulder to cry.” - Idlan Riyaz

“ I’m not perfect. He’s either. And the two of us will never be perfect. But if I can make you smile at least once, causes you think twice about me... then I’m perfect for you.” - Tengku Emery Iskandar 


Tajuk: Awekku Kembar
Penulis: Siti Rozilah
ISBN: 978-967-0535-97-5
~640 hlm
Bahasa Melayu
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
ANNESSA dan Adeela bertuah kerana dilahirkan dari rahim yang sama. Sebagai pasangan kembar seiras, hubungan mereka berdua terlalu akrab bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Namun takdir sentiasa muncul untuk menguji. Apabila Adeela tiba-tiba hilang kerana diculik maka bermulalah sebuah pencarian. 

Hidup Annessa sudah tidak lagi berjumpa tenang. Dia sering diganggu oleh visi dan mimpi yang seolah-olah hadir sebagai petunjuk untuk memberitahu siapakah penculik dan di manakah adiknya disembunyikan. Ketika itulah dia bertemu dengan Tengku Najib. Lalu hati saling terpaut.

Namun cinta mereka adalah cinta yang dilatari tragedi. Tanpa disedari jejaka itu, Annessa ada agendanya sendiri. Dirinya dipergunakan Annessa dalam usaha untuk menjejaki kembarnya yang hilang.

Firasatnya selama ini benar belaka. Maka terbongkarlah sebuah rahsia. Yang menculik dan memperkosa adik kembarnya tidak lain dan tidak bukan ialah Tengku Amirul, bapa saudara Tengku Najib sendiri. Lantas terkulailah bibit-bibit cinta yang baru hendak berputik. Bagaimanakah akhirnya kisah cinta mereka? Apakah terputus di tengah jalan atau ada bahagia di penghujung cerita?

Petikan Dialog:

“Aku ni dah rosak, Anne. Dah rosak! Siapa yang nak kawan dengan aku?” – Adeela.

“Kita ni sedarah sedaging, Deela. Kau tu adik kembar aku. Takkan aku sanggup mengguris hati kau? Najib tu orang luar. Dia tak penting pun dalam hidup aku. Tapi kau... kau penting dalam hidup aku, Deela!” – Annessa.

“Memang betul dulu aku ada ramai perempuan tapi mereka tu semuanya tak penting. Sekadar teman untuk bersuka-ria. Anne lain. Anne amat bermakna pada diriku.” – Tengku Najib.





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters