Sunday, March 30, 2014

Novel terbitan karya seni bulan April 2014



HARI-HARI AKU RINDU IZZ Alejandra
Terbitan: Karyaseni


Sinopsis:
Angkara kisah hitam yang menghantui hayatnya sebelum ini, Nur Sarah Nadya trauma tidak berkesudahan. Harga diri dan hatinya juga hancur lebur. Apa yang dia mahu adalah membuang jauh peristiwa pahitnya ketika bersama Fariz yang telah membuatkan kehidupannya kelam derita.

Tatkala memori hitam terpendam bersama Fariz masih tidak dapat dilupa, hadir pula insane lain menambah luka.

“I tak nak kahwin dengan you. I bencikan you. I tak tipu. I tak boleh kahwin dengan orang yang I benci. What do you expect from me? You ingat I boleh jadi isteri yang baik untuk you selepas apa yang dah jadi ni? You ingat I terdesak sangat sampai terpaksa jadi isteri you?” – Dhia.

Dialah Khalish Naufal. Lelaki yang sukar diramal hati dan tingkah lakunya. Pandai bermain kata-kata manis. Tiada yangbaik tentang empunya diri. Benarkah dia lelaki yang hanya tahu ambil kesempatan?

“Tak payah nak baik dengan I.” – Dhia.
“Why? You takut jatuh hati dengan I?” – Naufal.
“You buat lawak ke apa, ni? Hari-hari hidup celaru sebab you! Hari-hari I rasa nak bunuh you!” – Dhia.
“Esok lusa you akan rindu I pula. Hari-hari. I’m sure of it.” – Naufal.

Rentetan sebuah rahsia yang sengaja disembunyikan, hidup Nur Sarah Nadya tambah tertekan. Rahsia yang menyebabkan Fariz kembali mengganggu dirinya. Apa yang dimahukan oleh Fariz? Antara harta dan kasih sayng, mungkinkah nyawa menjadi taruhan?

“Apabila lelaki ni tak ada nanti, Sarah akan jadi milik abang. Hanya abang seorang aje yang berhak dapat Sarah. Abang akan pastikan lelaki ni tak wujud lagi selepas ni!” – Fariz.

Teman Lelaki Upahan Azura Rasiddin

Sinopsis:

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” Krya Lydia

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” – EL

“Syarat? Syarat apa?” – Kyra Lydia

Syarat yang pertama, Krya Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL.Ops, tambahan syarat lagi… Krya Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, El seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga El, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata El Berjaya mengubah perangai buruk Krya Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian dating merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjrat dalam permainan yang diciptanya bersama Krya Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you, Krya Lydia! I loathe you so much!”

Mulut kata benci, tapi hati kata saying. Rasa cinta EL yang mekar buat Krya Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Krya Lydia melenyapkan rasa dendam El yang membara terhadap dirinya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters