Thursday, March 27, 2014

Novel terbitan buku prima bulan mac 2014



Akan Datang!!Sebuah lagi novel seram dan mistik daripada Buku Prima yang akan berada di pasaran tidak lama lagi berjudul KALA SENJA DIA DATANG.Gabungan 3 orang penulis seram, A.DARWISY, SAIDEE NOR AZAM & ZAIFUZAMAN AHMAD..
Kala Senja Dia Datang
A. Darwisy
Zaifuzaman Ahmad
Saidee Nor Azam
ISBN: 978-967-0535-85-2
~720 hlm
Bahasa Melayu

Sinopsis

Kala Senja Dia Datang ~ “Anak mak cik, tiba-tiba ghaib! Tolong mak cik, nak!” 

Setiap kali matahari terbenam, Azman akan dihantui dengan kisah silam yang meragut kebahagiaan penduduk kampungnya. Bau hamis yang dibawa angin senja memporak-perandakan penduduk kampung. Anak-anak yang tak berdosa menjadi habuan dan hilang begitu sahaja tanpa diketahui ke mana mereka menghilang. Dan sekarang, nyawa anak-anak Azman pula menjadi taruhan. Apakah sumpahan itu masih belum lenyap? Mampukah Azman menyelamatkan isteri dan anak-anaknya dari menjadi mangsa sumpahan ini? Sedangkan darah yang mengalir dalam
tubuh Azman merupakan susur galur dari keturunan pengamal ilmu syaitan!


Marina ~ “Barang milik orang jangan kita ganggu!”

Marina merupakan seorang gadis yang menuntut di sebuah kolej di ibu kota. Dia seorang yang bersifat naif dan kekampungan. Malah di kolej pun, dia tidak mempunyai ramai teman kecuali kawan sebilik bernama Ashikin. Suatu hari, Marina dan Ashikin telah terjumpa seutas gelang kaki yang tersangkut pada sebatang pokok yang rendang di sebuah fakulti. Bermulalah satu episod seram yang menghantui kiran Marina kerana memakai gelang kaki itu. Rakan baiknya, Ashikin juga mula menjauhkan diri. Sebenarnya, Marina tidak bersendirian, dia telah
diperhatikan oleh seseorang. Siapakah orang itu?


Penumpang Malam ~ “Wajahnya tidak kelihatan tapi bau-bauan sering menguasai teksinya!”

Majid kesempitan wang dan terpaksa mencari kerja part-time. Kawannya, Munir telah menawarkan Majid membawa teksi milik bapa saudaranya, Joned. Bapa saudaranya tidak boleh bawa teksi kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Tanpa disedari, Majid telah diganggu oleh seorang wanita muda yang bibirnya terkoyak dan bau-bauan yang wangi dalam teksinya. Ada ketikanya, teksinya dipenuhi dengan daun asam muda, entah dari mana datangnya. Majid juga sering mendapat mimpi-mimpi ngeri ketika dia tertidur di dalam teksi itu. Dapatkah Majid menyelesaikan masalah yang menghantui dirinya?


Tajuk: Papa Nak Menantu
Penulis: Hasrudi Jawawi.
Terbitan: Buku Prima.

Sinopsis: 
Bila Pak Saad naik hantu, terus dia nak menantu! Walau apa pun yang terjadi, dia mahu satu-satunya anak tunggalnya carikan dia menantu sebelum atau selewat-lewatnya pada hari lahirnya yang ke 50 tahun. Itu mahunya. Dia dah tak tahan dengan sikap anaknya yang kasar, keras kepala dan pemalas mengalahkah kambing gurun! Dia berharap, bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.

Syahirah terkejut. Permintaan abahnya itu memang klise! Tapi, demi mengelak dia dikahwinkan dengan Pak Mat jual tempe yang sudah berusia 54 tahun itu, dia terpaksa mencari bakal suami pilihannya sendiri. Dia tak sanggup bersuamikan lelaki tua yang sudah ada cicit. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya. 

Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato’, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam pun ada! Pening! Semuanya – rejected! 

Tujuh lelaki yang dia temui, semua tak boleh pakai. Dia hampir berputus asa. Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki ke lapan – Aidil si badan ketak-ketak. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama – Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Aidil si badan ketak-ketak, atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?


Akan Datang!!Novel terbaru AKU KELIRU! karya NURUL SYAHIDA akan berada di pasaran tidak lama lagi..
Aku Keliru!
Nurul Syahida
ISBN: 978-967-0535-86-9
~748 hlm
Bahasa Melayu

Sinopsis:

~ Teori dan praktikal dalam hubungan adalah dua benda yang berbeza.

Semuanya bagaikan sudah selesai. Si novelis kembali pada lelaki berambut merah itu. Bahagia selama-lamanya. Oh tidak sekali-sekali. Ada banyak yang Safiah perlu sedar. Menerima lelaki yang aneh seperti Roul sebagai kekasihnya memerlukan komitmen dan kesabaran. Menerima khabar tentang perkahwinan rakan karibnya memerlukan kekuatan dan kesedaran. Dan apabila dia berkenalan dengan Zaniel dan melihat sendiri hidup teman serumahnya Masni semakin lama semakin tenggelam, Safiah sedar realiti dan fantasi di sebalik ‘bahagia selama-lamanya’ dalam novel tidak sama. Pertama kali dia tidak pasti adakah dia sudah bersedia untuk melepaskan sahabat karibnya yang ingin melangkah ke dunia perkahwinan, adakah dia masih boleh menjadi insan sarkastik dan selamba seperti dulu, dan sama ada Roul memang pilihan yang tepat dalam hidupnya.

"Awak pun tahu bezanya," katanya.
"Beza apa?"
"Sesuatu yang awak perlukan berbanding sesuatu yang awak inginkan." - Zaniel

"Ini bukan novel. Aku bukan damsel in distress yang perlukan lelaki kaya raya untuk selamatkan aku. Aku bukan perempuan clumsy yang bertemu lelaki gila-gila dan akan hidup bahagia tak kira macam mana mengarut pun lelaki tu layan aku." - Safiah

"Gua memang tak tahu banyak benda, Lulu. Gua memang tak kaya. Memang tak banyak duit. Memang tak macam lelaki yang mampu didik Lulu jadi isteri solehah. Tapi gua anggap Lulu yang akan ajar gua bab tu. Lulu yang akan tolong gua sebab walaupun tak boleh nak jadi lelaki paling alim dalam dunia untuk Lulu, gua boleh buat banyak benda lain. Gua boleh halang orang dari sakitkan Lulu. Gua boleh jadi tembok untuk Lulu. Biar orang lain belasah gua supaya Lulu tak apa-apa." - Roul

Eh, Biar Betul?
Junie Octovian
ISBN: 978-967-0535-84-5
~576 hlm
Bahasa Melayu

Sinopsis
~ “Manusia merancang dengan cita-cita... Allah menentukan dengan cinta-NYA.”

Nur Najwa Sallehuddin, seorang setiausaha di Mega Bina Holdings telah kehilangan suaminya pada hari mereka diijabkabulkan dan automatik memegang title jandaberhias.

Perempuan janda berhias itu sangat dikenali penduduk di situ kerana majlis walimahnyayang bertukar menjadi tragedi. Puas orang taman makan nasi minyak free padahari itu selepas majlis sanding yang tidak jadi.
Ada beberapa orang pemuda dan jejaka di kawasan itu yang cuba untuk mengisi jawatan kosong itu, tetapi sehingga setakat ini masih belum dipeduli.
Jeffri, anak Mak Som yang kerja dengan JKR itu? Cuma dia tidak berkenan dengan Mak Som itu yang gaya Mami Jarum. Bergerak kaki, bergerak juga mulutnya. Kalau dah jadi mentua, sudah tentu bila orang mengata, dia sama dapat tempiasnya. Itu yang dia reject lamaran dari Jeffri dahulu.

Yusman yang pakai motor Aprillia RSV tu? Hisy! Lelaki tu memang buat orang sakit jantung dengan bunyi deruman motosikalnya yang berkuasa tinggi itu ibarat guruh membelah bumi. Habis satu taman pakat-pakat menggelarnya dengan nama Man Tonggek kerana motosikalnya itu.

Bagaimana pula dengan Najmi, Khairul Syafiq, Dato’ Khairy dan Tan Sri Azizan? Jodoh itu rahsia Allah. Di antara lelaki-lelaki itu, tulang rusuk kiri siapakah yang dimiliki oleh Nur Najwa?

“Malulah saya Sin... hari tu saya pergi rumah dia pinang untuk anak lelaki saya. Sekarang ni, kamu nak suruh saya pulak yang kahwin dengan dia, tak malu ke?” ~ Tan Sri Azizan

“Wawa pun tahu jugak, mak mesti malu dengan teman-temannya sebab Wawa pilih Tan Sri untuk jadi suami. Untuk mengelak daripada gosip yang berpanjangan, lebih baik Wawa keluar dari daerah ni, ayah.” ~ Nur Najwa

“Betullah! Tak ingat ke you pernah pijak kasut I kat kantin sekolah waktu rehat berebutkan mi kari mak cik kantin tu yang kaw-kaw rasanya?” ~ Najmi



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters