Friday, October 24, 2014

Novel terbitan fajar pakeer bulan November 2014





TAJUK: KAHWIN DENGAN AKU AJELAH!
PENULIS: REEANI ANNUR

Kata Hajah Rokiah kepada Muslim, “Ya, kahwin! Nenek rasa Mus kena kahwin untuk ubah sikap Mus yang tak ada sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan diri orang lain.”
Balas Muslim pula, “Yang nenek rajin sangat pergi cari calon isteri Mus tu, kenapa? Kalau Mus nak kahwin nanti pandai-pandailah Mus cari sendiri. Nenek tak payahlah susah payah macam ni.”
Tapi, kalau nenek dengan cucu bertekak mestilah orang tua yang menang. “Kahwin atau turun pangkat!”

Nak tak nak, Muslim terpaksa minta tolong dengan si pakar cinta bernama Sudin Otai. Pertolongan Sudin telah menemukan dia dengan gadis bernama Zara. Kali pertama tengok Zara, jantung berdegup macam baru lepas lari pecut 100 meter! Sampai tersasul cakap, “Okey! Saya setuju kahwin dengan dia.”
Terkejut Zara mendengarnya. Dan tanpa dia sangka, Muslimlah lelaki yang bakal buat hidupnya jadi huru-hara sampai terjebak dengan konspirasi kahwin paksa.

Penangan cinta Zara buat Muslim jadi angau. Lalu masalah itu dirujuk lagi kepada Sudin. Sudin beri kepada Muslim sekeping kertas yang bertulis 10 cara-cara memikat perempuan.

“Kau yakin semua cara ni menjadi? Kau tak tipu aku?”
“Pernah ke kau tengok aku kena reject dengan mana-mana perempuan sebelum ni? Ha… itulah rahsianya. Jadi, kalau kau nak pikat Zara, kau guna semua cara tu. Aku jamin kau pasti akan berjaya dengan cemerlang. Percayalah cakap aku.”

Lalu, dengan 10 cara itu, bermulalah acara Muslim memikat Zara. Walaupun Zara meluat dengannya, namun dia tak berputus asa kerana dia hanya nak Zara seorang sahaja kahwin dengannya.


TAJUK: JODOH TEMUKAN KITA
PENULIS: SHAZIE KAMARUZAMAN

“Saya berhak untuk tahu. Untuk pengetahuan awak, saya ni cucu sulung dia! 
“Saya peduli apa awak ni cucu sulung ke, cucu kelima ke. Untuk pengetahuan awak jugak, saya ni pun cucu datuk awak tulah!”

Angin tak ada, ribut tak ada, Huda Nahilah tiba-tiba muncul di depan rumah Baddrol Aqhar. Siap mengaku sebagai sepupunya dan cucu datuknya, Tan Sri Haslan. Tak sampai sebulan tinggal serumah, mereka disuruh pula berkahwin. Ah, sudah!

Idea perkahwinan itu ditentang hebat oleh Datin Nerina dan sepupu-sepupu baru Huda Nahilah. Liyana yang sudah lama menyimpan rasa cinta terhadap Badd dan Aabid yang mula tangkap cintan dengan Huda, paling keras membangkang. Wujudlah pula cinta bersegi-segi! Tapi, bukan antara Badd dan Huda. Badd tak kenan Huda, Huda lagilah tak suka Badd. Sombong, berlagak, takkan nak buat suami kan!

Tapi... nak buat macam mana. Dah atuk suruh kahwin, kenalah ikut. Tak nak jadi cucu derhaka konon.

“Kau kentut ya, Huda?” 
“Ha’ah. Kenapa?” 
“Pengotorlah kau ni, Huda! Busuk tau tak!” 
“Alah, Badd, standardlah tu kalau kentut bau busuk. Cuba kau cakap dengan aku, kentut siapa aje yang wangi? Tak ada sesiapa pun, kan?” 

Kalau dah namanya jodoh, takkan ke mana. Semakin hari, semakin berputik cinta dalam hati. Bukan setakat berputik, berakar dah pun! Huda dan Badd saling jatuh cinta. Hari-hari dilalui dengan cukup indah. Namun, semuanya goyah apabila identiti Huda mula dipertikai kembali. Siapa sebenarnya Huda dan apa tujuan dia muncul semula? Mampukah lafaz akad yang diucapkan Badd menepis segala keraguan yang mula muncul dalam hati? Atau... sebagaimana singkatnya perkenalan mereka, sesingkat itu jugakah hubungan rumah tangganya dengan Huda?


TAJUK: MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
PENULIS: EMMA MARIAM

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.
“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” - Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata. 

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka? 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

4 comments:

Mummy MM said...

Rasa seronok pulak bila baca sipnosis buku2 nie.

bysyiraishak said...

Nampaknya cover page fp dah ada improvement..makin lawa.
www.bysyiraishak.blogspot.com

Tinta cinta said...

hehe.. betul tu...skrg, Novel2 FP dah best sgt jalan ceritanya dan jgn lupa bulan november semua novel2 tu..

Tinta cinta said...

betul tu.. dah memikat hati especially novel MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER tu.. tajam renungan lelaki tu... aduuhh cair2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters