Thursday, October 30, 2014

Novel terbitan karyaseni bulan November 2014




SINOPSIS:-

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” – IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA
“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.

Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.


SINOPSIS:-

Segalanya bermula apabila Fakhri Wafiy yang dipaksa membuat part time di restoran abangnya bertembung dengan Nurul Damia semasa gadis itu kalut untuk masuk ke Restoran Seri Puteri. Pertembungan itu menyebabkan topi cef milik Damia terjatuh ke dalam baldi yang berisi air bekas mop lantai. Oh, sadis sungguh apab!ila melihat topi putihnya itu sedang berenang-renang di dalam air kotor.

“Sebagai homework kau, aku nak kau bawa balik rumah topi tu basuh bersih-bersih, faham?! Jangan lupa letak Downy sekali. Kalau tak ada Downy, Softlan pun boleh. Yang penting, wangi!” - NURUL DAMIA

“Tapi apa pasal pula saya yang kena basuh? Saya memanglah pembantu Cik Damia tapi bukan orang gaji Cik Damia pun.” - FAKHRI WAFIY

Nurul Damia, seorang cef yang sudah lama menyimpan perasaan cinta untuk bosnya di restoran tempat dia bekerja, Fahim Rayyan. Rancangan untuk menggantikan tempat bakal tunang Fahim mengubah hidupnya seratus peratus apabila dia bertunang dengan Fahim tapi kahwin dengan Fakhri! Apa kes ni?
Walaupun mereka sudah disatukan, namun kehidupan mereka tetap tidak berubah. Seperti anjing dan kucing, sehari tidak bertekak, tidak sah! Namun, siapa sangka, dalam diam perasaan cinta dan sayang Damai mula teguh untuk si suami. Manakala bagi Fakhri pula, si isteri ini adalah cinta pertama dan terakhir buat dirinya.

Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Fakhri Wafiy bagaikan hilang nyawa apabila mendapat tahu sebuah rahsia yang selama ini kukuh dalam pengetahuan mamanya. Dia reda. Kalau dahulu untuk mendapatkan gadis itu, dia yang mencipta rancangan. Dan sekarang untuk membuang gadis itu, dia juga yang terpaksa membuat aturan.

“Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi, faham?! Aku harap kau fahamlah bahasa mudah yang aku guna ni. Aku benci tengok muka kau. Aku malu ada isteri yang lebih tua dan langsung tak menarik macam kau ni, Nurul Damia!” - FAKHRI WAFIY

“Fakhri... Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak curi hati saya sedangkan pada masa yang sama awak akan lukakannya? Kenapa buat saya sayang awak? Kenapa buat saya cinta awak? Kenapa buat saya kenal awak? Kenapa Fakhri? Kenapa?!” - NURUL DAMIA

Rahsia apa pula yang disembunyikan oleh mama Fakhri? Bagaimana pula dengan cinta Damia yang baru bercambah buat Fakhri? Semuanya dalam Saya Kenal Sayang Sayang!


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters