Thursday, October 16, 2014

Novel terbitan Lovenovel bulan october 2014





Tajuk : Demi Bahagia Ini 
Penulis : Lynn Safiya 
Terbitan : Lovenovel Publication 

Sinopsis :
SOFIAH QISTINA, gadis yang dibesarkan dengan segala harta dan kemewahan. Namun dia hanya dahagakan kasih dan sayang papa dan mamanya.

Paksaan papa Qistina, Tan Sri Ali Saifuddin, untuk mengahwini lelaki durjana bernama Remy tidak diendahkan demi menjaga maruah serta imannya. Maka dia lebih rela dihalau keluar dari rumah daripada berkahwin dengan Remy. Lantas peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Ian Iskandar tidak mahu dilepaskan. Dia lebih rela menjadi seorang peneman kepada ibu Ian Iskandar walaupun terpaksa meninggalkan bumi Malaysia dan berhijrah ke kota London.

IAN ISKANDAR, lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang serius lagi tegas. Hidup di bawah satu bumbung bersama Qistina membuat hati lelakinya terusik. Buat pertama kali hatinya terbuka ingin memiliki dan dimiliki. Pertama kali jugalah dia merasakan apa itu kasih, sayang, cinta, marah dan cemburu, hanya kerana seorang gadis. 

Kehidupan Qistina menjadi huru-hara dengan perhatian rapi yang diberikan Ian Iskandar. Sikap lelaki itu yang terlalu ingin memiliki Qistina mengiringi setiap langkahnya. Sifat cemburu Ian Iskandar terhadap hubungannya dengan Dr. Ilyas Khan benar-benar melemaskannya. 

“Will you marry me, Qistina? Apa yang susah sangat nak faham, Qistina? Soalan simple macam tu pun awak tak boleh faham? Straight forward je kan? Takde bahasa kias, takde teka-teki…” – Ian Iskandar

Mampukah Qistina menerima Ian Iskandar setelah apa yang Remy lakukan terhadapnya? Mampukah Ian Iskandar menerima Qistina seadanya? Mampukah mereka pertahankan bahtera cinta mereka apabila mengetahui Remy masih memburu Qistina? Siapa pula Remy? 

Betapa hebatnya cinta seorang lelaki bernama Ian Iskandar terhadap cinta hatinya. Demi Qistina, Ian Iskandar sanggup melakukan apa sahaja… apa sahaja demi kebahagiaan seorang isteri! 


Tajuk: ELUSAN KASIH
Penulis: A'je Fazlina
ISBN: 978-967-0657-56-1
Terbitan: Lovenovel Publication

Blurb: 
SITI FAZZURA - Hidupnya penuh dengan derita dan sengsara. Hanya kerana menjadi seorang isteri kepada lelaki yang dicintainya, dirinya kian dipinggirkan keluarga. Hanya disebabkan dia sudah tidak menarik lagi pada pandangan seorang suami dia juga diceraikan. Saat itu Riyadh hadir sebagai penyelamat. Menghulurkan kasih sayang yang tulus hanya untuk kedua-dua anaknya.

MOHD RIYADH RIZQULLAH - Dia lelaki sempurna. Bila takdir menemukan dia dengan Aqilah dan Fazmizie, pintu hatinya terbuka untuk sebuah ikatan perkahwinan dengan kekasih hati yang dicintai. Malangnya, tatkala masa itu tiba dia kehilangan. Bahkan dia ditinggalkan tanpa sebarang kata. Saat itulah takdir bagai menyatukan dia dengan Fazzura.

Bagi Fazzura dia hanya mahu lelaki ini membenci dirinya. Dia hanya janda yang tidak layak untuk berdampingan dengan jejaka sempurna seperti Riyadh.
“Aku dah agak... keluarga aku sendiri pun tak nak bela orang gila ni. Kau pulak yang teringin nak bela. Tu pun sebab anak-anak aku je. Kalau tak sebab anak-anak aku ni tak mungkin kau nak dengan aku. Aku ni janda! Cacat! Gila!”- Siti Fazzura

Kehendak orang tua Fazzura yang ingin dia berkahwin dengan lelaki yang merangkap sepupunya sendiri membuatkan Fazzura kian terluka. Menerima Ammar Haikal sepupunya sendiri umpama menyerahkan diri untuk terluka bagi kali yang kedua. Namun, apa pilihan yang dia ada apabila ibunya kian mendesak. 

“Saya janji ini bukan sahaja soal anak-anak. Tapi, soal cinta. Saya cintakan awak. Siapa pun awak, apa pun adanya awak, yang penting hati saya awak dah tawan. Mereka mahu saya menjaga awak. Mereka tinggalkan kita dengan semangat dan pesanan yang sampai bila-bila pun saya tak akan lupakan.”- Mohd Riyadh Rizqullah.

Dapatkah mereka bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan? Mampukah Fazzura memberi hatinya peluang untuk menerima Riyadh. Elusan kasih Riyard tidak pernah putus untuknya. Ikhlaskah? Atau itu hanya atas alasan simpati terhadap dirinya semata-mata?

Elusan kasihmu bagaikan gerimis yang meredakan kebuntuan silam



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters