Saturday, October 4, 2014

Novel terbitan october bulan october 2014




NOVEL BAKAL BERADA DI PASARAN!

ZIKIR CINTA
Karya: Nuraqilah Syuhaida
ISBN: 978-967-0707-21-1

“Kan aku dah cakap, aku cuma mahu lelaki kacak dan kaya. Budak kampung tu bukan taste aku.”

Daniel, dia hanya lelaki biasa. Anak seorang penjual kuih. Penghijrahannya selama tiga tahun ke kota Canberra telah mempertemukan dirinya dengan Cinta Aulia. Namun angkuhnya gadis itu dengan kekayaan yang dimiliki menjadikan dia tahu mencermin diri sendiri.

“Aku mengaku aku sukakan dia, tapi aku tak pernah berangan nak bersama dengan dia. Aku sedar yang status keluarga aku dan dia ibarat langit dengan bawah tanah.”

Cinta Aulia, dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang pedih luka hidupnya ketika zaman kanak-kanak. Peristiwa silam yang menjadikan dirinya seorang pendendam dan membenci lelaki. Tujuannya hanya satu; mahu lelaki tunduk dan patuh di kakinya!

Tiba-tiba Cinta Aulia meluahkan perasaan membuatkan Daniel begitu bahagia, menyangka gadis itu benar-benar ikhlas mengasihi dirinya. Namun tanpa sedar, perasaannya hanya dijadikan bahan gurauan dan dipijak-pijak bagai tidak berharga.

Namun lelaki yang dipermainkan dan dihina itulah yang akhirnya menjadi penyelamat maruahnya. Lelaki itulah yang membimbing dan menyedarkan dirinya daripada terus leka dengan permainan dunia. Saat Cinta Aulia mulai sedar dia telah menemui cintanya di dalam diri Daniel, Daniel sudah tidak sudi untuk menoleh kepadanya untuk kali yang kedua.

Tetapi takdir seakan-akan mempermainkan dirinya kerana sekali lagi takdir menemukan mereka di Malaysia. Dan Cinta Aulia yang kini dijumpainya bukan lagi Cinta Aulia yang dikenalinya sewaktu di Canberra dulu. Lalu… tekad Daniel akhirnya tewas dengan hatinya sendiri.

Siapa menyangka, pertemuan mereka pada kali ini menemukan mereka kepada kebenaran. Kebenaran yang menyebabkan perasaan antara dua insan itu tidak mendapat restu sekali gus membatalkan niat suci Daniel. Dan kini… setelah mereka mengetahui yang mereka tidak boleh bersatu, adakah masih ada ruang untuk Cinta Aulia mengecap kebahagiaan bersama lelaki bernama Daniel?

“Saya cintakan awak dan saya perlukan sokongan awak. As long as you’re with me, come what may... I know that I will be able to face it…”


BUKAN SEMENTARA
Karya: Alia Ali Ahmad
ISBN: 978-967-0707-20-4

“Aku rasa aku dah jatuh cinta. Antara aku dengan Azura tu... aku lagi berhak ke atas suami aku.”

“Ini soal hati, Farisa. Kita baik macam malaikat sekali pun, kita cantik macam bidadari sekali pun, kalau hati tak suka, tak guna juga.”

Tapi aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Semenjak aku bergelar isteri kepada Afiq Qusyairi, aku Siti Farisa, telah berikrar bahawa perkahwinan ini bukan sementara.

Walaupun pada mulanya aku sanggup mengorbankan usia mudaku untuk lelaki itu semata-mata demi janji yang aku buat dengan Azura, namun setelah mendengar nasihat mak, aku nekad untuk memikat hati lelaki yang kugelarkan suami.

“Angah dengar ni nasihat mak, walaupun angah kahwin dengan Afiq bukan atas dasar cinta, tapi semailah cinta dalam hati angah, insya-Allah... suatu hari nanti, angah akan menjadi kecintaannya. Jadikan dia insan yang beruntung kerana memiliki angah.”

“Dalam rumah tangga tu ada pergaduhan tu, biasalah ngah. Tapi jangan sampai melarat. Maafkanlah kerana memaafkan itu akan membuatkan cinta dalam hati makin bersemi. Kalau si suami sedang marah dan berpaling muka dengan angah, jangan pancing amarahnya lagi. Angah kena pandai ambil hati suami tau.”

Baiklah, mak. Angah pasti tak akan sia-siakan setiap ajaran mak kepada angah. Angah relakan semua ni bukan saja sebab mak dan keselamatan adik-beradik perempuan angah, tapi angah juga mahu menjadi seorang isteri yang bakal mencium haruman syurga.

Tapi…benarkah aku tidak boleh mencintai suami aku sendiri, hanya disebabkan janji yang dah tak boleh aku mungkiri?

“Farisa... kenapa jadi macam ni? Jangan utamakan orang yang menjadikan kau pilihan. Tolonglah, Farisa. Kau tahu kan apa akibatnya kalau kau suka Abang Afiq. Kau tahu kan Abang Afiq hanya sukakan Kak Zura. Kau tahu kan semua tu?”

Tapi benarlah. Cinta itu pelik. Cinta itu memang ajaib. Kadangkala susah untuk memikirkannya. Begitu juga perasaan cinta yang dialami Farisa. Adakah cintanya akan berbalas? Dan layakkah Farisa dihukum atas kesalahannya yang memungkiri janji yang dulu berlaku antara Afiq, Azura, dan dia? Aku bukan isteri sementara Afiq Qusyairi. Bukan!

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...