Wednesday, October 1, 2014

Novel terbitan penulisan2U bulan oktober 2014




Tajuk: Bersatu Selamanya
Penulis: Royal Keoss
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-39-6

Pertemuan pertama antara FAZRI dan FAZIRA terus memberi kesan dan terpahat kukuh dalam hati si teruna. Cukup untuk membuatkan si teruna menanam tekad untuk menyunting si dara menjadi suri dalam hatinya walaupun si dara langsung tidak mengendahkan kehadiran si teruna.

Namun bagi Fazira, kehadiran insan bergelar lelaki itu cuba dihindari walaupun hati mula menerima lelaki itu. Namun, jika sudah jodoh, Fazira tidak mampu menolaknya. Atas restu keluarga, mereka dijodohkan walaupun Fazira memberi seribu alasan agar lelaki tersebut tidak memilihnya sebagai isteri.

“Saya mahu perkahwinan kita... diteruskan. Kita tetap akan berkahwin.” - FAZRI

“Jangan mengarut… Awak dah lupa dengan apa yang pernah saya katakan pada hari tu? Awak tak takut menyesal lepas berkahwin dengan perempuan seperti saya?!” - FAZIRA

“Saya akan lebih menyesal kalau lepaskan awak pergi!” - FAZRI

Akhirnya, bahtera yang dibina tetap bersulam bahagia. Namun tidak sangka perkahwinan mereka benar-benar diuji dengan bermacam dugaan. Kemunculan orang ketiga umpama asid beracun, mengikis rasa cinta dan kepercayaan Fazira terhadap Fazri. Ditambah pula rahsia hitam yang cukup perit untuk diluahkan kepada Fazri.

“Macam mana nak pakai kalau bentuk badan tu hilang nanti? Helo?! Dah lama berkahwin, takkanlah tak faham-faham lagi. I’m sure bentuk badan tu hilang lepas your wife mengandung.” - ERIN

Sampai ke satu saat, berlaku satu insiden yang tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana wanita termasuklah Fazira. Disebabkan rasa kecewa yang tidak mampu dibendung, dia membawa diri dengan membawa hati yang lara. 

Dia reda andai itu yang terbaik bagi dirinya.
Bagi Fazri pula, kehilangan Fazira umpama kehilangan nyawa sendiri. Tekadnya cuma satu, membawa pulang isteri tercinta dan kembalikan cahaya cinta dalam rumah tangganya. Berjayakah Fazri? Dan apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Fazira?

*******


Tajuk: Isteri Tak Dijangka
Penulis: S. N. Hidayah Haron
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-40-2

ASMYALIANA ARIFFIN... Dia tidak sangka nasib hidupnya berubah dalam sekelip mata. Terpaksa berdepan dengan ujian, Mya reda menjadi umi dalam sekelip mata, menjadi isteri tak dijangka. Demi menjaga maruah diri, dia harus mengkhianati dan melukai hati seseorang

Atas alasan itu, Mya dan ZALIFF MOHAMMAD disatukan atas ugutan Mya sendiri setelah dirinya dinodai lelaki itu. Biarpun sudah beristerikan NATRAH yang merupakan kakak angkat baik kepada Mya, pemikiran cetek Zaliff yang berlandaskan nafsu telah menyebabkan Mya dilanda kegelapan. FAZZY, si kekasih hati Zaliff pula menjadi penambah duka dan lara kepada isteri pertama Natrah dan Mya isteri kedua.

“Dalam sampul surat ini ada dua barang. Satu barang adalah laporan kesihatan aku dan yang kedua adalah CD rakaman pencerobohan kau ke dalam rumah aku. Kau tengok dan kau analisis dulu okey? Lepas itu baru kau buat keputusan sama ada kau nak kritik atau kau nak aku jadi juri?” – MYA

“Kau nak ugut aku?” – ZALIFF

“Aku tak ugut kau, tapi aku cuma nak ingatkan kau. Kalau aku buat laporan polis, agak-agak kau boleh hidup aman macam orang lain tak? Kau dapat tak kahwin dengan Fazzy?” – MYA

Itu cerita sebelum Zaliff menikahi Mya, selepas kahwin perasaan benci terhadap Zaliff mula menipis dan mula terdetik dalam hati Mya apabila layanan kasar Zaliff terhadapnya semakin berubah secara perlahan ke arah kebaikan. Namun, Mya sedar siapa dirinya kepada Zaliff.

“Helo, tak bermakna bila aku minta kau kahwin dengan aku, aku kena ikut semua cakap kau. Hak aku adalah milik aku. Rumah aku tidak ada sesiapa pun boleh masuk sesuka hati kecuali aku.” – MYA

“Aku suami kau. Walau apapun jadi, aku masih tetap suami kau, walaupun kita nikah dekat Songkhla tapi pernikahan kita sah. Aku dah daftar pun pernikahan kita dekat pejabat agama. Kau kena ingat Mya, reda aku sebagai suami syurgalah tempat kau, murka aku sebagai suami, neraka jahanamlah tempat kau. Kau pilih, mana yang kau nak check-in?” – ZALIFF

Menjadi isteri kedua yang tak dijangka? Bersambutkah cinta? Bertautkah jiwa yang selama ini menjadi Tembok Besar China dalam hatinya? Bagaimanakah pula nasib Natrah yang menderita memendam rasa? Akankah ada penghujung cerita cinta tak dijangka antara Zaliff dan Mya?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters