Wednesday, November 11, 2015

Novel terbitan fajar pakeer mei 2015




TAJUK : BUKAN CINTA MARVELICIOUS
PENULIS : WANNIE NORDIN
ISBN : 978-967-365-227-3

Zafri Hadif - Dia bukan lelaki yang mudah untuk mencintai seseorang. Tetapi kenapa bila dengan perempuan yang satu ini, tiba-tiba terasa seperti jatuh cinta pula? Pertemuan yang tak sampai 10 minit, perbualan yang tak sampai satu muka surat dan perkenalan yang langsung tak terjadi dalam suasana yang romantik. Tetapi, hanya berbekalkan satu senyuman, hati lelakinya sudah terusik? Dengan hanya bermodalkan lesung pipit di pipi, sudah membuatkan dia menjadi angau dan hanya kerana tak sempat nak berterima kasih dia sudah menjadi lelaki yang jiwang karat? Oh my!

Chempaka Arisha - Dia bukan seperti perempuan lain yang ditakdirkan bertuah dalam soal cinta. Bukanlah sengaja dia hendak menjual mahal dan menolak begitu sahaja cinta Zafri, tetapi dia sudah tidak mampu untuk berada di alam percintaan lagi. Dunia cinta sudah berakhir untuknya. Tetapi kenapa bila berdepan dengan Zafri, perasaan jatuh cinta itu seakan-akan timbul pula? Oh please! Cinta Zafri dan Arisha hanya akan jadi sebuah cerita duka dan sengsara. Dan dia tidak sanggup menjadi punca lelaki itu menderita dan merana!

“Saya suka perempuan yang jual mahal, yang buat-buat lupa bila dah susah payah tolong pimpin saya waktu kemalangan. Dan, paling saya suka perempuan yang tak cam muka handsome macam saya ni walaupun baru sebulan lebih tolong bawa pergi hospital. I like that kind of girl...” - Zafri Hadif

Kisah cinta Zafri Hadif dan Chempaka Arisha bukanlah seindah dan semanis coklat yang terasa lazat dan mengasyikkan. Ada gembira, ada sengsara, namun pasti ada bahagianya. Mereka dua insan yang pernah jatuh cinta, bercinta, putus cinta dan sekarang... mereka akan pastikan bahawa kisah cinta yang penuh berliku dan duka lara yang ditempuhi selama ini akan bertukar menjadi cinta yang lebih marvelicious! 


TAJUK : PRINCESS REBORN
PENULIS : BIKASH NUR IDRIS
ISBN : 978-967-365-230-3

Mohd Izat Effy nama diberi. Perempuan tu macam baju. Suka, pakai. Tak suka, buang. Belum bosan, kelek. Dah boring, golek. Dia dah lama hidup membujang sebagai buaya jadian. Tapi, bila sampai seru jadi manusia biasa, siapa dia untuk tidakkan?

Intan Nazira nama dipilih. Lincah dan periang. Staf AMC panggil dia princess. Konon-konon tak ada dia sebagai jururawat di hospital itu, akan sunyilah mereka. Dia manusia biasa, yang memanglah akan takut kalau buaya jadian ajak bercinta!

“Jadikanlah Izat manusia, Ira. Dah boringlah jadi buaya.” – Mohd Izat Effy

Sudahnya, bergaduhlah Intan Nazira dan Izat Effy. Langsung tak bagi can ibu dan mummy masing-masing yang dah kenan nak berbesan. Mereka tak kenan nak jadi laki bini, okey!

Namun, yang suka gaduh itu mulut, yang jatuh sayang itu hati. Lama-lama bertekak, hati masing-masing pandai berdetak. Izat jatuh cinta, Nazira jatuh suka. Tapi, sayang, baru Izat nak jadi manusia dan bercinta penuh setia, hatinya dihancur Nazira. Nazira paling tadah dengan alasan perasaannya kepada Izat tiada. Sakitnya hati Izat, pedihnya perasaan Izat. Namun, Izat sedar satu perkara, hanya Nazira princess hatinya. Sampai bila-bila.

“Hidup kalau seperti yang kita nak dan rancang saja, kita takkan pandai menghargai di hujungnya nanti, Ira. Sebab tu Allah bagi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita nak.”
“Dan, Izat nak Ira...” 
“Wrong. I need you more than I want you. Allah Maha Mendengar, Ira. Dia sedang beri apa yang Izat perlu, apa yang Ira perlu. We need each other, love...”

Cinta dan perasaan mereka akankah menyatu? Dan, atas sebab apa Nazira tetap menolak Izat, walau lelaki itu bersungguh mengejar? 


TAJUK : ABANG MEKANIKKU
PENULIS : ANA SOFIYA
ISBN : 978-967-365-229-7

Kali pertama mereka bertemu, Aira dah semai perkataan anti dalam hati. Jumpa kali kedua pula, dia sembur serbuk lada pada mata jejaka itu. Kali ketiga pula dia benar-benar dah tak boleh tahan. Baginya, orang itu memang lelaki tak bertamadun, tak ada pelajaran dan kekwat! 

“Haila, abang mekanik oi. Miskin sangat ke awak ni? Sebab itu awak terpaksa buat dua tiga kerja dalam sehari, eh? Tulah! Dulu-dulu masa mak bapak suruh belajar, malas. Kan dah kerja mekanik aje? Lepas tu kena tampung dengan jual burger pulak. Isk, isk, kesiannyalah.” ~ Aira.

Bagi Adham pula, Aira hanya anak orang kaya yang berlagak. Yang kerjanya nak habiskan duit emak bapak. Tengokkan lagak, memang tak akan masuk dalam senarai calon menantu mak. Namun, mereka ditemukan sebagai cikgu dan anak murid. Bermulalah sesi bersoal jawab dan uji-menguji. Dalam tak suka, terus Aira jatuh cinta.

“Mak ai, boleh pulak dia cakap lembut macam gitu, eh? Aduh, abang mekanik. Kamu buat iman gue goncang-goncangan dong! Argh! Mak, Aira nak dia!” ~ Aira.
“Aira, terima kasih kerana sudi suka saya. Tapi saya tak boleh balas. Saya tak dapat nak sebut tiga perkataan tu pada awak.” ~ Adham.

Cinta enggan dibalas. Ada kisah silam yang mencengkam fikiran. Namun kalau godaan demi godaan Aira berikan, mampukah Adham menepisnya? 

Aira tak peduli. Hati Adham harus ditakluki. Berjayakah dia? 
Dan, Adham? Dapatkah bertahan? 
Mungkinkah akan bersatu? Mereka tidak sekufu. Pasti ada duri dan ranjau. Pasti ada ruang dan jurang menjadi batas pemisah antara bahagia dan derita untuk hidup bersama. Tapi, Aira nak abang mekanikku itu saja, okey!



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters