Wednesday, November 11, 2015

Novel terbitan fajar pakeer jun 2015




TAJUK : KALUTNYA CINTA
PENULIS : ZAZA QRY
ISBN : 978-967-365-231-0

Nadya Bahtarina gadis yang agak baran tetapi dapat bertolak ansur jika kena dengan gayanya. Dia punya keluarga yang bahagia dan empunya sebuah butik. Dek pernah kecewa dengan cinta ketika di universiti dia mengharamkan terus dirinya daripada rapat dengan mana-mana lelaki.

“Hei! You jangan masuk! You kotor!” 

Perkenalan pertama Ezas Faris dan Nadya Bahtarina penuh dengan kata marah. Mereka berdua bagai anjing dan kucing. Sentiasa mahu bercakaran tidak kira di mana mereka bertemu. Saling memberi gelaran untuk diri masing-masing. Mamat penagih dan Perempuan bodoh sombong.

Namun, kerana mahu elak daripada kena kahwin paksa, Nadya bertindak nekad mengangkat Ezas sebagai kekasihnya, dengan bantuan Ezanisa, adik Ezas. Tapi, pelan A mereka terus menjadi. Ezas sungguh-sungguh jadi kekasih Nadya, kemudian tunang dan akhirnya suami.

“Kak Nadya nak tak jadi kakak ipar Nisa?” 
“Hisy, selisih. Mulut macam abang Nisa tu, lebih baik Kak Nadya tak kahwin hingga ke tua. Tak sanggup kalau hari-hari dengar mulut dia membebel kat Kak Nadya.” Nadya geli-geleman tatkala terfikirkan bagaimana kalau jodohnya dengan Ezas.

Walaupun Ezas tak suka Nadya, entah mengapa dia ikutkan saja jodoh yang diaturkan itu. Malah, Nadya pun sama. Agaknya dalam asyik bergaduh mereka tertangkap cinta. Tapi... takkanlah. Sebab dah jadi suami isteri pun mereka masih usik-mengusik. Hubungan yang begitu kalut sekali.
Namun, dapatkah perkahwinan tanpa landasan cinta bertahan hingga ke penghujungnya? 

TAJUK : DIA CINTA PERIBADI
PENULIS : HIDAYAH IZATI
ISBN : 978-967-365-233-4

Simon dan Fatiha, mereka datang daripada dunia yang berbeza. Berbeza dari segi agama, status, juga cerita kehidupan. Fatiha, seorang wanita yang berhadapan dengan kebencian ibu mertuanya, mencari pelindung di saat suaminya meninggal dunia dan disahkan mengandung sulung. Simon, seorang lelaki yang berkarisma tinggi, komited dalam kerjaya, tetapi gagal dalam percintaan. Kegagalannya membuatkan dia bangkit mencari nur Ilahi. 

Mereka bertemu di bawah satu bumbung. Pada pandangan pertama saja Simon jatuh hati kepada Fatiha. Lahirnya Rafiq memberikan Simon peluang mendekati Fatiha. Malangnya, si ibu mendiamkan diri setelah lamaran dibuat ke atasnya.

“Awak ambillah seberapa banyak masa yang awak perlukan, saya akan tunggu.” - Simon

Sampai bila Fatiha boleh berdiam? Selama mana Fatiha mampu untuk menahan? Akhirnya dia terpaksa melakukan sesuatu.

“Tak tahu macam mana nak fikir. Diana ada bagi suggestion, tapi masih fikir lagi.” “Cadangan apa? Mana tahu saya boleh bantu.” 
“Dia suruh saya cari suami baru, tapi saya mana ada calon. Mr. Simon nak jadi calon suami saya tak?” 

Perkahwinan yang diikat atas dasar ingin mencari pelindung, bertukar jadi lain. Siapa tahan, hari-hari menghadap si mata sepet, mendegar suara romantisnya, layanannya. Akhirnya Fatiha menyerah. Simon mengangkat dirinya terlalu tinggi, sehingga cintanya juga dipandang terlalu peribadi. 
Dapatkah Simon bertahan dengan cinta peribadinya? Bagaimana pula Joanne, yang datang menagih cinta lama? Zulaikha, yang memendam rasa terhadap Simon? Yang pasti, kisah cinta mereka terlalu peribadi untuk dikongsi... 


TAJUK : JADI SUAMI AKU
PENULIS : ARIANNA
ISBN : 978-967-365-232-7

Sepupu yang tidak pernah serasi langsung, tiba-tiba dicalonkan untuk menjadi suami. Anehnya, tak ada pula bantahan daripada pihak Nur Husna. Serupa pasrah pun ada sedangkan dia tahu Muhammad Harris itu bagaimana orangnya. “Kita percepat majlis nikah kita.” 

“Apasal? Abang bunting?” 
“Kalaulah abang boleh bunting, abang nak buntingkan Una saja tau.” 

Sewel plus sengal! Mahu diapakan lagi. Terpaksalah Husna jadi pak turut. 

Ada alasan kenapa Harris mahu cepat menjadi suami Husna. Dia bimbang Husna terlepas ke tangan sepupu mereka, Hakim. Sejak mula, Hakim juga mencintai Nur Husna. Dan pastinya Hakim tidak akan berdiam diri. 

“Jadi, Una kena bersedia?” 
“Bersedia apa?” 
“Bersedia jadi isteri abang.” 
“Una sudah bersedia untuk jadi isteri abang, masalahnya abang sudah bersedia ke jadi suami Una?”

Perkahwinan itu terbina juga akhirnya atas dasar kurang percaya. Bahagia tetap mereka rasa, namun Hakim sejak mula lagi tak pernah berputus asa. Dia juga terlalu mengharapkan kasih Husna. Perlbagai cara dia lakukan untuk merobohkan istana milik Harris dan Husna. 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters