Monday, November 9, 2015

Novel terbitan kakinovel November 2015






Tajuk: SIGNAL HATI
Penulis: SHA IBRAHIM
Jumlah muka surat:- 712
Terbitan: Kaki Novel

Sinopsis:

“Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!”

Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. 

“Kau ingat nikah kahwin ni macam gula-gula ke? Boleh rasa-rasa. Eh, kejap! Yang kau tiba-tiba tanya aku soalan ni kenapa? Kau nak kahwin ke? Dan yang paling penting… kenapa perlu tanya aku? Bukan ke kau dengan aku ni ibarat Israel dengan Palestin?” ~ Qaisara

“Yang pasti kau Israel!” ~ Naqib

“Kaulah Israel! Pembuli!” cebik Qaisara.

“Eleh… macam kau tak pernah buli aku balik!”~Naqib

Perjalanan hidup Qaisara yang pada mulanya tenang dan aman bertukar menjadi hiruk piruk saat dia dituduh berkhalwat dengan sahabat baiknyaAnas dan terpaksa dikahwinkan. Puas dia merayu, puas dia meraung, namun tiada siapa yang mempercayainya. Saat dia melutut memegang kaki Naqib dan menuntut janji, Naqib pula berlalu pergi.

“Tapi percayalah cakap aku, Sara. Kalau ditakdirkan satu hari nanti, dah tak ada sesiapa untuk kau mengadu nasib, kau boleh datang pada aku. Aku tak akan tinggalkan kau. Aku akan tetap terima kau, walaupun ditakdirkan satu dunia buang dan membenci kau. Itu janji aku, Sara.” ~ Naqib

“Naqib… kau tak boleh buat aku macam ni? Kau tak boleh tinggalkan aku. Kau kena pujuk ma supaya percayakan aku. Kau kena yakinkan ayah yang aku tak salah dalam hal ni. Tolong aku, Naqib. Kau tak kesiankan aku ke? Naqib! Buka pintu! Tolong aku! Naqib!” ~ Qaisara

Tanpa disangka-sangka, Naqib sepupu merangkap musuh ketat Qaisara melamar Qaisara untuk menjadi isterinya. Lamaran yang pada mulanya ditolak oleh Qaisara
terpaksa diterima disebababkan alasan yang tertentu.

Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Naqib sepanjang menjadi suami Qaisara. Dan bagi Qaisara, Naqib yang dulunya sepupu dia jauh sangat bezanya dengan Naqib yang sudah menjadi suaminya kini.

Tajuk: ARJUNA…I MISS YOU!
Penulis: Zya Za
Jumlah muka surat:- 792
Terbitan: Kaki Novel

Sinopsis:-

“Bila hati disapa Arjuna, jantung berdegup bagai nak gila.”

Setelah bertemu ‘Arjuna’, si penyelamat kucing sewaktu dia melarikan diri dari blind date yang mamanya aturkan, Hani sudah canang pada mamanya yang dia jatuh cinta.

Arjuna bukan macam lelaki lain. Lelaki itu bukanlah penggoda seperti lelaki-lelaki lain. Arjuna yang manis senyumannya. Arjuna yang sopan tutur katanya. Arjuna yang tampak penyayang. Tapi itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu Arjuna.

Kewujudan lelaki itu disanggah oleh mama dan papanya bahkan rakan baik sendiri mengatakan dia bermimpi pada siang hari.

Atas desakan untuk menewaskan rancangan mamanya, Ariq diupah menjadi teman lelaki Hani untuk satu malam. Rancangan itu berjaya kerana Puan Sri Syura berkenan dengan watak Adam Darwish yang dilakonkan oleh Ariq. Namun setelah mengetahui semua itu sekadar lakonan, Puan Sri Syura melenting sakan. Rasa marah pada Ariq yang dianggap mata duitan berubah sama sekali apabila lelaki yang dibenci itu telah menyelamatkan dia dalam satu kejadian malang.

Akhirnya, rancangan untuk mengahwinkan Hani dengan Edy bertukar kepada mengahwinkan Hani dengan Ariq. Tapi, dua-dua berat hati untuk disatukan.

“Cik Hani, tolong jangan pengsan. Bertahanlah sekejap aje lagi. Mereka sedang bantu kita.”

“Sa….” Hani tidak dapat meneruskan ayatnya. Terasa segala isi di dalam perutnya membuak-buak di tekak. Terus disembamkan mukanya ke dada bidang Ariq. 

Bwekkk!!!


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters