Monday, November 9, 2015

Novel terbitan karya seni november 2015




Tajuk: My Sewel Guy
Penulis: Aimy Haniya
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-69-2
Terbitan : November 2015

“Sewel bukan halangan untuk aku merasai manisnya cinta kita…”

Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia 

mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil.

“Awak sengaja nak kacau saya ke?” - Nur Dahlia

“Aku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.” – Nasri Haikal

“Bukan kacau yang itu…” - Nur Dahlia

“Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?” - Nasri Haikal

Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya.

“Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?” - Nur Dahlia

“Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?” - Nasri Haikal

“Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.” - Nur Dahlia

“Itu kan telefon aku.” - Nasri Haikal

Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. 

Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat, Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.

“Kalau kau buka mata kau besar-besar, kau tentu nampak ada lelaki yang nak kahwin dengan kau.” - Nasri Haikal

“Dah… Dah buka besar-besar ni. Dekat mana lelaki tu? Dekat dalam kereta depan tu ke?” - Nur Dahlia

“Ni… Lelaki tu dekat sini.” - Nasri Haikal

“Mana? Awak ke?” - Nur Dahlia

Perlukah dia meletakkan cintanya kepada seorang lelaki sewel sekali gus menolak Ridzwan yang pernah berada dalam hati kecilnya? Setiap masa dan perbuatan Nasri Haikal… Takkan tidak pernah mencuit hatinya? Akan bahagiakah Dahlia jika menerima lelaki sewel idalam hidupnya?


Sekual novel Cinta Si Wedding Planner
Tajuk: Anugerah Cinta Daripada
Penulis: Dhiyana
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-70-8
Terbitan : November 2015

Di antara anugerah yang terindah adalah cinta kita.

Lantaran cinta pertama tidak kesampaian bersama Zara, Bazli membawa diri ke Zurich dan bekerja di sana. Ketika di Zurich, Bazli bertemu dengan Dania yang merupakan seorang graduan 

tahun akhir di University Of Zurich. Hari-hari dilalui oleh Bazli yang dulunya suram kini diceriakan oleh kehadiran Dania yang sememangnya seorang yang ceria dan ramah.

“Ikmal Bazli... I love you so much.” – DANIA.

Namun, hati Bazli masih belum terubat… Bazli yakin bahawa bukan Dania yang akan jadi cinta terakhirnya.

“Berikan I masa untuk semua ni. Cinta pertama I baru saja hancur, musnah!” – BAZLI.

Dalam menjalani hari-hari di Zurich, Malaysia tanah air tercinta tetap diingati. Laman Facebook jadi pengubat rindu dalam hati. Hanya kerana melihat komen di status akaun Facebook milik Zara, tiba-tiba membuatkan perasaan Bazli bagaikan dilanda ribut. Berkecamuk! Sebaris nama sudah mampu membuatkan Bazli terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Serius? Rindukan saya?” – BAZLI.

“Hah? Saya tak kata rindukan awak. Saya hanya kata rindu. Rindu kepada Si Chemong! Anak kucing gebu jiran sebelah rumah!” – SYAKIRIN.

Kerana kesilapan tanpa diduga, hubungan yang mula mekar tiba-tiba terpaksa melalui jalan yang penuh dengan cabaran dan juga dugaan. Syakirin akur! Bazli pasrah! 

Pelbagai cabaran, dugaan dan juga ujian yang perlu dilalui oleh Bazli untuk memiliki Syakirin. 

Kesilapan masa lampau dan juga masa kini tetap mengejarnya sehingga semakin menyukarkan keadaan untuk mereka berdua menemui jalan kebahagiaan. Setiakah Syakirin apabila mengetahui kisah lampau Bazli? Mampukah Bazli memiliki kebahagiaan yang selama ini diimpikannya? Mampukah Syakirin menerima bahawa cinta pertama Bazli ialah Zara yang 
merupakan kawan baik kepada Syakirin?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters