Monday, November 9, 2015

Novel terbitan penulisan2u november 2015




Tajuk : Sungguh, Saya Cintakan
Penulis : Shaista Haziq
Penerbit : Penulisan2u
ISBN : 978-967-0567-95-2
Terbitan : November 2015

“Sesungguhnya cinta itu milik-Nya dan Dia beri kepada sesiapa yang berhak memiliki cinta-Nya.”

Cinta pandang pertama? Sukar untuk dipercayai tapi ternyata ia wujud. Nur Adra Nayli juga tidak ketinggalan. Turut sama terjatuh cinta pada pandang pertama. Renungan dan pandangan daripada Syed Muhammad Ajmal bisa menggetarkan hatinya. Namun, tidak pada kata-kata daripada mamat poyo itu. Menyakitkan hati adalah!

“Cantik memang cantik. Tapi cantik saja tak guna kalau tak tutup aurat.” - AJMAL

“Habis tu, awak ingat eloklah awak tegur dengan cara memalukan orang macam ni? 

Nak tegur kena cakap baik-baik dan di tempat tertutup supaya orang yang ditegur tak terasa malu!” - ADRA

“Wow, tahu agama rupa-rupanya. I am impressed. Dah tu bab tutup aurat tak tahu kenapa? Tak sempat belajar ke? Cikgu meninggal ya tak sempat ajar?” - AJMAL

Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Apabila dah kenal, maka bercintalah! Ajmal dan Adra bersatu atas dasar cinta. Suka sama suka. Namun, bahagia mereka tidak lama apabila satu rahsia besar Ajmal diketahui Adra. 

“Aku ni girlfriend Ajmal. Bakal tunang Ajmal. Ahad ni majlis pertunangan kami. Aku nak bagi amaran kat kau. Kau tinggalkan Ajmal. Jangan ganggu dia lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, kau taulah nasib kau.” - YASMIN

Kehadiran Yasmin benar-benar membuatkan Adra tertekan. Baru menyulam cinta buat kali pertama dalam hidupnya, tapi sudah diuji sedemikian rupa. Adra rasa tertipu dengan kata-kata Ajmal. Kata cinta, tapi kenapa sudah nak bertunang? 

“Kalau awak tak suka dia kenapa awak nak bertunang dengan dia?” - Adra

“Saya terpaksa. Dah banyak kali sangat umi saya minta. Lagipun saya tak ada siapa-siapa masa tu, jadi saya terima. Kalau saya tau saya akan jumpa awak, saya takkan setuju dengan rancangan umi saya tu.” - Ajmal

Dalam hati Ajmal hanya ada Adra. Namun, bagaimana pula dengan cinta Yasmin, calon pilihan umi Ajmal? Mampukah Ajmal mempertahankan hubungan cintanya dengan Adra saat waktu pertunangannya hanya tinggal beberapa hari lagi dan semua persiapan telah dilakukan? Antara cinta dan keluarga, yang mana menjadi pilihan Ajmal? Sungguh, Saya Cintakan Awak 
merungkaikan kisah cinta yang penuh emosi ini.


Tajuk: Encik Suamiku Hipster
Penulis: Hazel Jay
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-94-5
Terbitan : November 2015

Hania telah melanggar tradisi keluarganya. Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunan ibunya perluberkahwin sebelum atau selewat-lewatnya pada usia 23 tahun. Namun, kala usianya sudah mencecah 25 tahun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami.

“Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar tradisi keluarga dia. Umur aku tahun ni dah dua puluh lima tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab itulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu.”~ Hania

Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Dia hanya boleh melihat bakal tunangnya itu selepas dia sah bertunang! Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah 
encik tunang menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan.

“Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan, ek?” - Saffarin

Alangkah terkejutnya Hania apabila melihat bakal suaminya ialah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelanggaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia anggap ‘sesuatu’ itu ialah tunangnya! Haru-biru hidupnya. Selain itu, gaya pakaian bakal suaminya yang digelar fesyen hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebiji macam alien di matanya!

“Tapi, abang aku tu kaya tau? Kondo ni aje dekat dua juta harganya, dia boleh beli dengan selamba.

Kereta Volkswagen Beetle dia tu pun mahal. Semua dia beli dengan duit hasil jual baju-baju dia tu.

Sebelum kau kena cerai dengan dia, kau kikislah harta dia dulu.” - Hakem

Bisakah Hania menerima encik suami hipster sebagai teman sehidup sematinya.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters