Monday, November 9, 2015

Novel terbitan lovenovel ogos 2015



TAJUK : SESUCI CINTA QASEH
PENULIS : LUVIS EIJA
Terbitan: Lovenovel

Sinopsis:
Cinta??? Benarkah cinta sejati itu wujud? Jika benar, mengapakah ia amat menyakitkan?
QASEH SYAFIQAH, gadis kampung yang tidak pernah percaya pada sebuah ungkapan cinta dan perkahwinan. Lantaran sejarah silam orang tuanya, dia takut untuk membuka ruang di hati bagi sebuah cinta sejati. Kerana sejarah silam juga, dia berdendam dengan ayah kandungnya sendiri.
Hanya kepada Tok Daud tempat dia menumpang kasih. Dan hanya kepada Aamar tempat dia mencurah rahsia hati. Tapi, takdir memang tidak pernah terduga. Perancangan Allah mengatasi segalanya. Atas desakan datuknya, dia berkahwin juga walaupun hati tidak pernah rela. Mampukah rumah tangganya bertahan, kerana di hatinya langsung tiada cinta.
“Aku tak minta lama, cuma setahun aje. Lepas setahun kita boleh berpisah.” - Harith
HARITH HAIKAL, lelaki kacak yang telah dipilih untuk menjadi pelindung kepada Qaseh. Lelaki yang diamanahkan untuk melenturkan dendam dan mencambahkan cinta di hati wanita itu. Walaupun pada mulanya dia sangat membenci, namun terbit jua rasa cinta di hati.
“Awak... ermm, awak ada masukkan duit... dalam akaun bank saya ke?” - Qaseh
“Hmm, kenapa?” - Harith
“Tak adalah... duit baki dalam akaun saya tiba-tiba saja jadi banyak.” - Qaseh
“Entah! Kekasih gelap kau yang masukkan tak? Tak pun sugar daddy kau!” - Harith
Mampukah Harith membenih rasa cinta di hati Qaseh, sedangkan hati perempuan itu sudah lama mati, sudah sekian lama ketandusan cinta dan kasih sayang? Mampukah benteng yang dibina dengan ramuan kebencian dan dendam itu bertahan apabila dilanda lautan kasih dan sayang? Akan lembutkah hati Qaseh dek kesabaran dan kesungguhan Harith? Apakah mampu untuk Qaseh memaafkan ayahnya lantaran kisah silam tetap terpahat utuh dalam ingatan?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters