Monday, November 9, 2015

Novel terbitan lovenovel september 2015


TAJUK : PERMAISURI HATI
PENULIS : IZZ JAJA
TERBITAN: Lovenovel Publication

Sinopsis:
Bahagia di dalam dada ini hanya Tuhan yang tahu ertinya. Kasih ini untukmu, namun aku terkedu tatkala manisnya cinta yang aku berikan, kau balas dengan segala keperitan.

“… dulu saya anggap cinta itu manis dan mendamaikan, tetapi sekarang cinta itu hanya sesuatu yang melukakan bagi saya.” – Amalina Bashira

NIZAM… Aku tidak pernah mengerti di mana silapku, sehingga begitu tegar kau melafazkan kata perpisahan. Tidak cukupkah cinta yang kita bina bertahun lama? Tapi... tidak! Kesalahan bukan daripada pihakku. Aku juga bukan bodoh. Kerana itu, tidak mungkin aku mengalah. Aku akan terus mendongak ke atas, mencari sejalur sinar bahagia di langit Tuhan.

“Dulu abang cintai Lina. Lina dekat tapi abang jauhkan diri. Mungkin karma. Sekarang abang masih cintakan Lina. Walaupun dekat, terlalu jauh untuk abang capai.” - Nizam

RAFAEL HAMDANI... Kehadiranmu mendamaikan hati. Engkau bagaikan hembusan-hembusan cinta yang membangkitkan semangat. Engkau di sisi saat sakit di dada ini belum padam sepenuhnya. Aku juga ingin merawat luka dan pedih di hatimu. Apakah engkau sudi menggenggam tanganku, bersama-sama berlari mengejar cinta?

“… mungkin I tak sehebat lelaki impian you, I mungkin bukan lelaki yang selalu hadir lewat mimpi-mimpi indah you, tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk memenangi hati you…” - Rafael

ZAHID... Aku tidak pernah mengenali dirimu. Jauh sekali mendambakan kasih sayangmu. Aku tidak tahu sejak bila engkau mencintaiku dalam diam. Sungguh, aku hargai perasaanmu. Tapi maaf, kita tidak mungkin bersama. Aku sudah punya dia... dia yang sangat mengerti hatiku.

“Hati I tetap pilih you. Kalau you masih tak bersedia, I boleh tunggu Lina. Just give me a little hope.” - Zahid

Aku wanita biasa, namun antara ketiga-tiga lelaki ini, aku hanya ingin menjadi permaisuri hati untuk seorang sahaja…


TAJUK : DIA... MR. PERFECT AKU!
PENULIS :AZIEANA
TERITAN: Lovenovel Publication

Sinopsis:
DIYA... Mr. Perfect baginya ialah lelaki yang mampu memberi impak besar kepadanya. Tidak semestinya sempurna, kacak, kaya dan bergaya tapi mampu buat hatinya berdebar-debar walaupun dengan hanya pertemuan pertama.

“Abang tak nak desak Diya untuk buat keputusan sekarang. Ambillah seberapa lama masa yang Diya perlukan. Abang akan sabar menunggu kerana sayang dan cinta abang pada Diya tulus dan tak ada tarikh luput...” – Aniq

ANIQ... Dia telah lama memendam rasa. Menaruh harapan agar Diya menjadi miliknya. Baginya Diya membuatkan dia kenal rasa rindu, sayang dan cinta. Dia sentiasa ada saat Diya perlukan seseorang di sisi dan dia juga tidak pernah putus asa menawan hati gadis itu walaupun dia tahu hakikat sebenarnya.

Jodoh itu ketentuan Tuhan.

SHAH... Dia dikatakan berhati beku dan kayu. Sedangkan Hanim, tunangnya pun tidak dia layani. Siapa sangka suatu ketika dulu, saat dia hilang ingatan, dia telah menawarkan diri memperisteri Diya tanpa pengetahuan keluarganya. Diya ditinggalkan tanpa khabar berita kerana saat ingatannya pulih dia tidak ingat apa-apa. Hanya bayangan dua manusia muncul sebagai petanda.

“Kita berdua sebenarnya dah kahwin dan Encik Shah suami saya, suami yang sah.” - Diya
“Kalau you boleh bawa bukti yang kukuh, I akan terima you… no matter what. I akui, I sukakan you... tapi tu bukan bermakna yang I dah jatuh cinta dengan you sekarang.” - Shah
“Saya tahu Encik Shah sukar nak jatuh cinta, tapi saya akan buat Encik Shah jatuh cinta dengan saya.” –Diya

Mampukah Diya meraih cinta Shah? Mampukah dia mengharungi pelbagai dugaan yang melanda untuk memiliki suaminya semula atau akur dengan ketentuan sama ada Shah bukan Mr. Perfectnya?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters