Monday, November 9, 2015

Novel terbitan lovenovel oktober 2015




TAJUK : JANGAN GANGGU BUAH HATIKU
PENULIS : ISMA ADELIYA
TERBITAN: LOVENOVEL

BLURB:
Cari mama, pujuk mama supaya rujuk semula dengan papa, satukan semula keluarga yang sudah berpecah, kemudian baru fikirkan tentang diri sendiri. Tapi bagaimana mahu buat Irsyad Rifqi yang tidak putus asa menggoda, memujuk dan mendesak faham akan keutamaannya?
“Sekiranya menyayangi awak, merindui awak, mengambil berat tentang awak adalah satu kegilaan… saya sanggup gila sepanjang hayat.”- Irsyad Rifqi
Keadaan menjadi lebih rumit apabila rupa-rupanya kekasih mama ialah abang kepada Irsyad Rifqi. Nanti apa gelaran pangkat yang perlu dia panggil, abang ipar atau bapa tiri?
“Saya tak boleh paksa awak terima angah saya sebagai suami baru mama awak. Tapi jangan disebabkan mereka, hubungan kita terganggu. Saya sayangkan awak dan tak ada apa yang boleh menggugat rasa cinta yang ada.” – Irsyad Rifqi
Tambah kalut apabila wujud Aish Mirza, lelaki kekwat bermulut pedas yang merasakan kehadiran Samirah begitu menyusahkan.
“... Jangan perasan aku nak peluk kau. Tiang lampu tu lagi sedap dipeluk daripada kau!” – Aish Mirza
Bila si kekwat tiba-tiba berubah, setia menemani, menasihati dan mendengar setiap keluh-kesah, ikhlaskah dia, atau ada niat jahat yang tersembunyi?
“A good girl like Samira deserves a good man like me. Ingat, jangan ganggu buah hati aku!” – Irsyad Rifqi
“Apa pun perasaan aku terhadap Ira tak penting. Aku tak suka nak ganggu buah hati orang...” – Aish Mirza
Berjayakah Samirah menyatukan keluarganya dan antara CEO muda yang punya segala dan seorang lelaki yang biasa-biasa, siapakah yang berjaya menawan dan menjadi buah hati Samirah?


TAJUK : SEMUSIM KASIH
PENULIS : ADZRA SUE
TERBITAN: LOENOVEL

BLURB:
Ailyn Batrisya menyertai rancangan realiti TV Pilihan Hatisetelah dicabar rakan serumahnya, Nadia. Alah.... bukannya tidak pernah mengikuti rancangan realiti mencari jodoh sebegitu? Sudah berlambak!
Tika uji bakat berlangsung, seorang pemuda berjambang menegur. Jiwa bertukar rasa, hati mula terpaut.
“Saya Budin.”
“Budin?”
“Awak nak ketawa… ketawa ajelah, Ailyn. Saya tahu, nama saya buruk...”
Episod pengenalan merungkai rahsia. Hero Pilihan Hati, Yang Mulia Tengku Budriz Aizuddin dan ‘Budin’ ialah orang yang sama. Ailyn rasa mahu pengsan!
Sepanjang rakaman, hati sudah bertukar tawar. Ailyn lebih rela tersingkir awal.
“...saya tak pernah bermimpi untuk berdampingan dengan Tengku. Saya cuba uji bakat Pilihan Hati ni pun atas desakan Nadia. Dan Tengku nak tahu nilai Tengku di mata saya? Sama nilainya dengan ganjaran yang housemate saya tawarkan jika saya terpilih. Tiga bulan top-up prepaid handphone saya sebanyak 50 ringgit sebulan!” - Ailyn
Menafikan cinta buat Tengku Budriz, bukannya mudah. Along Fidz pula sudah sekian lama memberi isyarat cinta. Aduh, sesak rasa. Kepala makin berserabut.
Di penghujung Pilihan Hati, Tengku Budriz memilih Ailyn berbanding dua finalis akhir. Pentas grand finale gamat!
“...kenapa sebut nama saya? Awak sepatutnya pilih Juwita ataupun Ariana. Bukannya saya.” - Ailyn
“Sebab saya cinta awak. I love you so much! Susah sangat ke awak nak faham?”- Tengku Budriz
Lautan mana yang tidak bergelora. Begitu juga hati manusia. Semusim menyemai kasih, duka bertandang lagi. Apa makna termaterinya pernikahan, jika hanya untuk ditinggalkan? Misteri kehilangan Tengku Budriz, angkara siapa? Adakah ada bahagia untuk Ailynn Batrisya? Milik siapakah dia sebenarnya?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters