Monday, November 9, 2015

Novel terbitan buku prima october 2015



Tajuk: LENGLOI
Penulis: Maria Kajiwa
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:
Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa dia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?

“Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza.” –PAK CIK KASIM

“Saya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu.” LIM

“Gua cinta lu sampei gua mati.” – SUZY

Tajuk: ANAK PATUNG NANA
Penulis: Maria Kajiwa, Suzani Nadzir, Eqbal Mohaydeen, Sufi Abqari.
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis: 
Air mata menjadi teman hidup Nana. Dia dibenci oleh bapanya sendiri. Hidup Nana hanya dipayungi ibunya. Tiada teman untuk dirinya. Kesunyian Nana terubat dengan kehadiran sebuah anak patung. Diri Nana seperti dilindungi. Bencana pasti menimpa setiap orang yang menyakitinya. Sehingga terjadi sebuah tragedi yang menyayat hati. Siapakah sebenarnya anak patung itu?



"Seru nama saya dan saya akan datang." / ANAK PATUNG NANA 



Luqman seorang peniaga perabot terpakai. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah meja di dalam stor milik datuknya di Perlis lalu memindahkannya ke kedai. Sejak itu, satu demi satu petaka menimpa. Apakah kaitan antara meja itu dengan satu sejarah yang tercatat dalam kerajaan Ayutthaya 500 tahun dahulu? Dapatkah Luqman menyelamatkan keadaan sebelum terlambat?

“Bumi, langit, air dan api tidak menerimanya!” / GUMANTHONG



Sekumpulan rakan mengatur satu percutian. Keseronokan yang dirancang menjadi peristiwa paling hitam dalam hidup apabila salah seorang ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Bayangan-bayangan yang menggerunkan terus-terusan menghantui. Maut dirasakan berlegar-legar di sekeliling. Pembunuhnya kekal misteri. Satu per satu nyawa diburunya dengan rakus. Antara pemburu dan mangsa, siapakah yang akan memenangi permainan ini?



Apa yang kau percaya tidak semestinya betul. / NGERI

Ketakutan Remmy menjadi nyata apabila dia kehilangan sebelah mata dan hampir menemui ajal ketika bermain sorok-sorok dengan seorang budak lelaki di Jalan Kemboja. Adakah budak lelaki itu punca kesemua kejadian yang berlaku? Kalau ya, mengapa? Dan adakah sebelah lagi mata Remmy dapat diselamatkan atau bakal dikorbankan juga? 

Bila salah berjanji, mata jadi galang ganti. / SOROK-SOROK


Tajuk: PERMAINAN MAUT
Penulis: Helmi Effendy, Aida Adia, Ebriza Aminnudin, Syasya Bellyna.
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis: 
Reunion yang diadakan di sebuah rumah agam yang dibina di sebuah kawasan pedalaman di tengah-tengah hutan menjadi saksi tragedi berdarah, Seorang demi seorang perserta alumni tersebut ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Apa sebenarnya yang berlaku? Siapakah dalang di sebalik tragedi itu?



Kau janji yang kau takkan cerita pasal aku?” – PERMAINAN MAUT



Demi memenuhi tuntutan nafsu dan mengejar kekayaan dunia, perjanjian dengan ‘nenek’ dimeteri dan nyawa keturunan menjadi galang gantinya. Waris keturunan diganggu kerana melanggar perjanjian. Selama manakah waris-waris yang tinggal hidup dengan tenang? Perlukah perjanjian silam diteruskan hanya untuk meraih kebahagiaan dunia?



“Kau perlu pilih satu sahaja antara banyak pilihan.”– NENEK, TOLONG KELUAR!



Vila Amira Syakila yang aman kini kembali berpuaka akibat dendam lama yang tidak terurai. Apabila darah merah pekat mengalir keluar, dia dengan rakusnya menjilat darah itu sehingga menggelikan Farra Fauzana yang masih tersandar pada dinding. Puaka apakah yang menghantui Vila Amira Syakila? Mampukah Farra Fauzana menanganinya?



“Aku takkan lepaskan pena. Aku akan guna kau sehingga selesai misi aku.”– PENA



Kronologi peristiwa sangat rumit. Di sebalik kebenaran yang bercampur pelbagai fakta serta penipuan menyelit di antara sejarah sebenar, wujud watak yang mencipta pewaris dendam. Di sebalik latar kisah penuh renjatan emosi, si pemuja ilmu hitam memainkan peranan.



“Kami datang atas jemputan.” – MALAM OGOS






Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters