Wednesday, January 20, 2016

Novel terbitan fajar pakeer bulan januari 2016


credit to Dinah novel 


# Suamiku Pembuli Cinta 

Sinopsis:
Wafiyyah Iman, hidup cerianya dilengkapi dengan mak, abah dan adik lelakinya. Tapi, siapa sangka di sebalik sikap happy go luckynya, dia mempunyai kisah silam yang memeritkan. Sejak pertemuannya dengan seorang lelaki yang dia kira agak misteri, jantungnya mula berdegup tidak tentu hala. Petanda apakah ini? Dia sendiri tidak pasti! 

Irsyad Rykarl, kehadiran lelaki misteri ini sungguh tidak terduga. Kenapa semua perkara tentang dia lelaki ini boleh tahu? Namun, siapa akan menjangka bahawa Irsyad Rykarl sebenarnya mahu dia menjadi teman hidupnya!

“Awak kenal saya tak sampai pun setahun…”
“Hmm... Dah terlebih kenal pun sebenarnya.”
“Apa dia?”

Tapi kalau dah namanya jodoh, lari ke hujung dunia pun akan bertemu juga. Irsyad yang caring, Irsyad yang menawan, Irsyad yang menggoda, perempuan mana saja yang tidak cair? Mungkin jantung dan hati boleh tercabut dari tangkainya.

Akhirnya, Wafiyyah Iman akur dan menerima ketentuan daripada Tuhan. Irsyad akan menjadi suami pertama dan terakhir buatnya, tak ada yang lain. Sungguh, Irsyad pandai melayan dirinya. Membuatkan dia terasa di awang-awangan. Membuatkan dia terasa seperti puteri raja. Dan apa yang pasti, dia tidak menyesal memilih lelaki itu sebagai soulmatenya.

Tetapi, lumrah kehidupan tidak pernah terlepas daripada masalah. Alam rumah tangga yang pada awalnya bahagia mula bergoncang akibat satu rahsia yang tersimpan kemas oleh Irsyad. Sungguh, dia tidak pernah menyangka bahawa Irsyad sanggup mengkhianatinya! Tapi rahsia apa yang Irsyad sorokkan daripada Wafiyyah Iman sehingga menyebabkan isterinya itu bertindak menjauhkan diri?


# Dudaku Suamiku 

Sinopsis:
Reesa Aimee bukanlah perempuan ideal untuk Adam Syarez berkahwin, namun dengan Reesa Aimee juga dia melayari perkahwinan. Tidak panjang usia perkahwinan itu, mereka membawa haluan masing-masing. Enam tahun terpisah membuatkan Adam Syarez melupakan segala-galanya tentang Reesa Aimee. Takdir Allah itu indah, mereka bertemu semula apabila Reesa Aimee sudah mempunyai anak dan seorang ‘suami’.

“Umarif tak tolong?” tanya Syarez agak panas hati apabila niatnya yang baik ditolak oleh Reesa.
“Tolong... ” Panjang jawapan Reesa.
“Tolong apa macam ni? Tengok, dia dah berjalan kat sana. Agaknya dia tolong dalam bilik tidur aje kut!”

Cemburukah Adam Syarez kepada bekas isterinya yang sudah berbahagia dengan suaminya? Dia sendiri yang meninggalkan Reesa Aimee kerana mahu kembali kepada Suzy, namun jika difikirkan memang Adam Syarez cemburu.

“Awak hanya senyum untuk Adam saja ke? Untuk orang lain tak boleh nak ukirkan senyuman ke?” 

Versi harukah Syarez ini? Ikut sukalah, isteri orang. Bukan isteri dia nak senyum kepadanya ataupun tak? Pening kepala kalau mahukan isteri orang senyum kepada dia saja. Takdir bagaikan sudah mengikat mereka berdua. Elak macam mana sekalipun mereka tetap akan bertemu.

“Awak yakin ke kita boleh buat sebaiknya untuk Adam?”
“Boleh.” 

Mampukah perkahwinan kali ini membahagiakan semua? Berapa banyak hatikah yang akan terluka dengan keputusan mereka berdua? Dan, bagaimana pula dengan hati Suzy dan Umarif?


# Cik Pemanis Hati 

Sinopsis:
Niatnya hanya satu, mahu hidup berdikari tanpa pertolongan keluarga. Kehidupannya sebagai seorang kerani di Adam Group mula berubah huru-hara semenjak cucu Tengku Dahlia melanggar bahunya tanpa mahu meminta maaf.

“Tadi encik keluar dari lif, encik ada terlanggar apa-apa tak? Contohnya, bahu orang.”
“Ada rasanya. Tapi, benda remeh aje, kan? Kenapa ya? Boleh ringkaskan?” 

Sikap selamba Adam yang menyakitkan hati itu membuatkan Hana terus menggelar lelaki itu Mr. Tak Ada Adab. Ingatkan itulah kali pertama dan kali terakhir Hana berdepan dengan lelaki yang penuh menyakitkan hati, namun sangkaannya meleset sama sekali. Mereka bertemu sekali lagi apabila Adam muncul menggantikan tempat Tengku Dahlia sebagai CEO Adam Group. 

Tujuan utama Adam menjadi CEO pun disebabkan mahu mengambil hak miliknya semula daripada Hana. Kalau bukan disebabkan itu, jangan harap dia mahu munculkan diri lebih awal. Dan disebabkan itu, dia sanggup menaiki tren buat pertama kali dalam hidupnya.

Tanpa diduga perasaan benci perlahan-lahan bertukar menjadi berbunga. Rupa-rupanya dalam kedinginan sikap Adam, hatinya penuh dengan kemanisan. Hana yang sering menidakkan perasaannya mula merindukan Adam. 

“Five seconds please.”
“Saya rasa tempoh masa lima saat tu dah tamat.”
“30 seconds please. No, one minute would be just nice for us.” 

Kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila kisah silam Adam mula menghantui kehidupan mereka. Apakah kisah silam yang membuatkan jiwa Adam tidak tenteram? Mampukah Hana bertahan menghadapi perubahan sikap Adam yang mendadak itu? Dan, bertahankah cinta mereka yang semanis brownies itu?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters