Wednesday, January 20, 2016

Novel terbitan intens bulan disember 2015


credit to Dinah novel 


# Jodoh Aku Cuma Kau Saja

Sinopsis:
IRDINA bernikah dengan Rayyan saat kekasih hatinya, Dani memandang sayu kepadanya. Dia akur kalau keputusan yang diperlukan sangat singkat. Bukan mudah sebenarnya kalau Rayyan itu abang Dani.
RAYYAN, seorang pelukis dan pemilik galeri lukisan yang mengetahui hubungan Dani dan Irdina, bermati-matian menghalang perhubungan mereka, tanpa menyangka dialah jodoh Irdina. Saat hati gusar dan enggan, Rayyan yang digelar ‘Singa Period’ oleh Irdina bertukar jadi ‘Singa Miang’ gara-gara wujudnya sebuah diari hitam.
“Ab….”
Terkejut beruk aku dibuatnya. Sebaik saja aku berpaling ke belakang, terasa satu kehangatan di pipi. Abang Rayyan, entah bila dia menghampiri dan lepaskan kucupan lembut di pipiku. 
“Kau nak goda aku kan? Okey…untuk pengetahuan kau, aku tak dapat tahan lagi walaupun aku masih marah dekat kau. Apa lagi, jomlah tidur! Lain kali tak payah rujuk buku nak pikat suami. Allah bagi akal fikirlah sendiri.” 
Mataku membulat terus pandang novel di meja sebelah. Spontan aku menekup muka. Malu teramat! Alamak, dia tahu ke aku sedang goda dia sekarang? Malunyaa…
DALAM mereka meningkatkan peratusan cinta masing-masing, taufan datang mengucar-ngacirkan keluarga Rayyan. Semuanya berlaku serentak! Lalu Irdina dihukum…
“Dina!” 
“Kenapa Encik Rayyan nak marah? Salah ke saya cuba tegakkan keadilan untuk diri sendiri? Sepanjang saya kerja di sini, Kak Ra selalu dengan saya. Lelaki ini langsung saya tak kenal sehingga hari ini dia datang menuduh saya yang bukan-bukan.”
“Irdinaa...cukup!”
“Saya cu…”
“Cukup aku kata!” Jerkah Abang Rayyan.
“Abang tak percayakan Dina macam mana Dina nak diam! Buat apa nak bincang lagi. Dina tak salah!” 
“Irdina jangan cabar kesabaran aku. Walaupun kau isteri aku tapi, di sini kau pekerja aku.”
BAGI Irdina, setiap yang berlaku pasti ada puncanya. Dia masih mempertahankan perkahwinannya demi amanat arwah granny untuk merungkaikan sebuah rahsia keluarga. Mampukah Irdina melayan kerenah Bella,bekas kekasih Rayyan? Dan adakah sinar kebahagiaan untuk Irdina dan Rayyan?


# Kedua

Sinopsis:
DUA minggu bergelar isteri, Zara Amani mendapati suaminya kembali kepada kekasih pertamanya dahulu. Menjadi isteri solehah, taat dan setia kepada suami, Zara bukan orangnya. Menggoda, bermanja dan sengaja menyerah diri kepada suami juga, dia bukan orangnya. Cemburu pula bagaikan jauh panggang dari api.
MASALAHNYA, setia kepada yang dicintai adalah sikap Amir Haikal. Pantang baginya orang lain memburukkan Tania, kekasih hati yang dicintai sekian lama.
MENYEDARI diri pilihan kedua dan tidak suka dilabel perampas, Zara tidak pernah kisah kewujudan Tania. Amir pulang atau tidak, dia meneruskan kehidupan dengan nada kebiasaannya ke kelab. Masalahnya Tania selalu bikin gawat dalam hidupnya…
Tania memandang Zara dengan sinis. Dia dapat mendengar jeritan Amir yang memanggil namanya dari luar.
“Kau akan kalah kali ini,” ujar Tania dengan senyuman sinis.
Zara memandang Tania dengan hairan. Dia dapat dengar jeritan Amir yang makin lama makin dekat. Dia bertambah hairan apabila melihat Tania menjatuhkan dirinya ke lantai. Apa yang Tania sedang lakukan ini?
Saat Amir tiba, dia lihat Zara sedang berdiri memandang Tania yang kini berada di lantai. Zara menolak Tania! Pantas dia meluru ke arah Zara dan… satu tamparan hinggap di pipi Zara.
Zara terkesima. Terus dia membalas balik tamparan itu. Nafasnya turun naik. Dia memandang Amir. Amir menelan air liur. Dia tergamam. Diusap pipinya. Perit juga tamparan Zara.
BERBULAN mereka membawa haluan masing-masing, malah sudah membuat keputusan untuk bercerai. Namun perancangan keluarga meminta bercuti sempena ulang tahun pertama perkahwinan buat Amir dan Zara serba tak kena!
Amir geleng. “I takkan lepaskan you lagi, princess.” 
Zara telan air liur. Wajah Amir begitu dekat dengannya sehingga dia dapat rasakan hembusan nafas lelaki itu. 
“I love you. You should know that,” ucap Amir. Zara kaku. 
“You love me too, right?” Tanya Amir sebaik dia merenung dalam ke mata Zara. 
Kepala digeleng. Zara masih sedaya upaya menidakkan apa yang dirasainya malam ini. 
Amir senyum. Dia menjauhkan diri dari Zara. “Well then, good night, princess.” Amir bersiap sedia untuk mengundurkan diri sebelum tiba-tiba saja bajunya direntap kasar oleh Zara. Tubuhnya kembali menghadap Zara Amani. 
“If I said I love you, what would you do?” Soal Zara tiba-tiba. Tangannya masih lagi memegang erat bahagian hadapan baju Amir.
Amir senyum. “Then I’m yours, for now and forever.”
“Be mine only,” bisik Zara di telinga Amir.
MAMPUKAH bahagia seminggu di Melbourne berkekalan atau musibah apakah lagi yang akan menimpa pasangan ‘liar’ ini?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters